backup og meta

Rakan Anda Mangsa Penderaan: Apa Yang Patut Dilakukan?

Rakan Anda Mangsa Penderaan: Apa Yang Patut Dilakukan?

Melihat rakan yang menghadapi perhubungan yang menyakitkan boleh menjadi perkara yang sangat menakutkan dan anda mungkin merasakan seperti anda tidak tahu cara terbaik untuk membantu mereka. Walaupun keputusan akhir terletak di tangan mangsa, namun, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan untuk membantu rakan anda mangsa penderaan untuk kekal selamat.

Apa yang perlu anda ketahui?

Anda mungkin tidak pasti sama ada rakan atau ahli keluarga sedang melalui penderaan atau tidak. Selalunya, ia tidak menampakkan sebarang tanda yang jelas, tetapi terdapat beberapa tanda yang boleh menunjukkan berlakunya penderaan, antaranya seperti:

  • Pasangan mereka merendahkan harga diri mangsa di hadapan individu lain
  • Mereka sering kali mencipta alasan untuk melindungi tingkah laku pasangan
  • Mereka kerap risau jika membuat pasangan mereka marah
  • Pasangan mereka terlalu cemburu atau terlalu bersifat melindungi
  • Mereka secara perlahan-lahan berhenti meluangkan masa bersama rakan dan keluarga
  • Mereka mungkin mengalami lebam dan kecederaan yang tidak dapat dijelaskan
  • Mereka alami kemurungan atau kegelisahan, atau terdapat perubahan ketara dalam personaliti mereka

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Tetapkan masa untuk berbual. Pastikan perbualan itu bersifat peribadi dan tidak akan terganggu atau diganggu
  • Beritahu kepada mereka bahawa anda risaukan keselamatan mereka
  • Berlaku jujur. Biarkan mereka menyedari apa yang mereka lalui adalah tidak wajar. Dan beritahu mereka bahawa anda ingin membantu
  • Beri sokongan. Ingat bahawa ia sesuatu yang sukar untuk mereka meluahkan perasaan sebenar mereka, untuk berbicara tentang penderaan
  • Tawarkan bantuan tertentu, seperti membantu mereka melakukan kerja rumah, menjaga anak-anak atau menyediakan pengangkutan
  • Elakkan meletak rasa malu, bersalah, menghakimi ke atas rakan anda. Mereka telah melalui lebih dari itu. Jangan berkata, “Awak hanya perlu meninggalkannya”, sebaliknya, katakan, “Saya risau memikirkan apa yang mungkin berlaku kepada awak.”
  • Dorong mereka untuk bercakap dengan individu yang boleh membantu seperti, agensi keganasan rumah tangga tempatan, pihak berkuasa. Anda boleh menawarkan diri untuk pergi bersamanya.
  • Galakkan rakan anda untuk lebih kerap berjumpa rakan atau melawat keluarga
  • Sentiasa ingat bahawa anda tidak dapat ‘menyelamatkan’ rakan anda. Hanya mereka sahaja yang berhak memutuskan sama ada untuk mendapatkan bantuan atau tidak. Sokonglah walau apapun keputusan mereka
  • Biarkan rakan anda tahu bahawa anda akan sentiasa bersamanya walau apapun yang terjadi

Penderaan adalah mengenai kuasa dan kawalan. Jika seseorang yang anda sayangi merupakan mangsa penderaan, ia adalah terlalu sukar untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan. Naluri anda pastinya ingin ‘menyelamatkan’ mereka dari perhubungan tersebut, tetapi ia bukanlah semudah yang dikata. Cara terbaik terbaik untuk membantu mereka yang berada dalam perhubungan yang menyakitkan ini adalah dengan mencari jalan bagaimana anda dalam memberikan mereka kekuatan untuk membuat keputusan sendiri.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

‘My friend is trapped in an abusive relationship. How can I help?’. http://www.telegraph.co.uk/women/life/my-friend-is-trapped-in-an-abusive-relationship-how-can-i-help/. Accessed December 22nd, 2016.

Domestic Violence – How to Help. http://www.webmd.com/mental-health/tc/domestic-violence-how-to-help. Accessed December 22nd, 2016.

Versi Terbaru

24/06/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan