Sebagai contoh, anda dan pasangan sudah memilih dekorasi majlis pernikahan dan persandingan yang bertemakan moden. Namun tiba-tiba sahaja orang tua atau mertua anda tidak bersetuju dan inginkan tema tradisional.
Mungkin benar pendapat dari setiap ahli keluarga adalah diperlukan. Namun, perbezaan pendapat inilah yang akan menyebabkan pertengkaran kalian berdua. Anda mungkin akan berasa serba salah untuk menyokong pihak yang mana kelak.
Oleh itu, bakal pengantin sewajarnya mengelakkan campur tangan dari ahli keluarga secara berlebihan. Lagipun, inikan majlis anda yang akan dikenang sampai bila-bila nanti. Jadi, keputusan utama sebenarnya terletak di tangan kalian.
#4. Jemputan perkahwinan di hari pernikahan
Bagi setiap bakal pengantin, jemputan semasa hari pernikahan dan persandingan adalah sangat penting. Ini kerana kita sudah pasti mahu kenalan yang rapat dengan kita hadir pada hari paling penting dalam sejarah hidup kita.
Pun begitu, bagaimana jika pasangan anda tidak mahu orang yang ingin anda jemput hadir? Ini mungkin disebabkan oleh faktor pasangan sebenarnya tidak menyukai kenalan anda itu. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jumlah sudah terlalu ramai.
Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini toleransi dan komunikasi amatlah penting. Semasa merancang jemputan perkahwinan ini, jangan bertengkar. Sebaliknya, utamakan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan yang betul-betul rapat dengan anda terlebih dahulu.
#5. Pasangan hanya bersikap sambil lewa
Jika ditanya pada mana-mana pasangan yang mahu berkahwin, sudah pasti mereka akan berasa teruja dan tidak sabar untuk melaluinya.
Pun begitu, ada juga segelintir pasangan yang sebenarnya tidak gemar terlibat dalam hal belakang tabir menjelang hari pernikahan itu.
Disebabkan itu, mereka cenderung untuk bersikap sambil lewa sahaja dan kelihatan acuh tak acuh dengan perancangan perkahwinan ini.
Ini sudah pasti akan membuat pasangan berasa kecil hati dan beranggapan bahawa pasangan mereka tidak mengambil berat tentang hal perkahwinan ini. Sebenarnya, bukan begitu. Mungkin mereka benar-benar tidak tahu apa perancangan yang sesuai?
Jadi, janganlah perkara ini dijadikan isu pergaduhan. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, berbincanglah bersama pasangan secara baik dan minta mereka berikan komitmen sepenuhnya di hari penuh makna kalian ini.
Konklusi
Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang mungkin terjadi dan akan mengakibatkan masalah menjelang hari pernikahan. Pun begitu, cuba elakkannya sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa perkahwinan adalah suatu ikatan suci dan murni yang perlu diabadikan kenangannya sampai ke tua nanti.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen