backup og meta

Menjelang Hari Pernikahan, Pasangan MESTI Elak Dari Bertengkar Tentang 5 Perkara Ini!

Menjelang Hari Pernikahan, Pasangan MESTI Elak Dari Bertengkar Tentang 5 Perkara Ini!

Dalam masa beberapa hari sahaja lagi, anda akan bergelar pasangan hidup seseorang. Pun begitu, anda dan pasangan masih lagi bergaduh sesama sendiri kerana tidak puas hati dengan pendirian masing-masing. Ini adalah perkara yang biasa terjadi akibat masalah menjelang hari pernikahan.

Manakan tidak, ini adalah waktu yang paling penting dan sibuk dalam hidup anda berdua. Disebabkan itu, kadangkala anda mungkin akan gagal mengawal tekanan lalu terlepas kepada pasangan anda. Lantaran itu, terjadilah pergaduhan yang akan menjejaskan mood kalian.

Ya, mungkin pertengkaran dan masalah menjelang hari pernikahan ini adalah perkara biasa jika ia melibatkan hal yang kecil sahaja. Namun, bagaimana jika ia melibatkan hal yang lebih besar?

Bakal pengantin, elak dari bertengkar menjelang hari pernikahan

Hakikatnya, pertengkaran sesama bakal pengantin selalu terjadi kerana masing-masing pasti mempunyai pendapat sendiri tentang sesuatu.

Sebagai contoh, yang lelaki mahu persalinan ini tetapi yang wanita pula mahu persalinan itu. Inilah yang dinamakan sebagai ‘gaduh manja’.

Namun, tidak semua pertengkaran itu adalah ‘manja’ lebih-lebih lagi jika ia melibatkan isu yang lebih besar dan boleh mengundang . Apakah ia? Ini adalah perkara yang pasangan mesti elak daripada bertengkar akibat masalah menjelang hari pernikahan kalian:

#1. Mengungkit memori silam

hari pernikahan

Cuba bayangkan, anda sedang sibuk mengatur urusan pernikahan kalian namun tiba-tiba sahaja pasangan mengungkit memori silam anda. Jika ia adalah kenangan yang indah, tidak mengapa. Namun, apa yang diungkit adalah berkenaan kesilapan yang pernah dilakukan.

Hakikatnya, tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan kesemuanya pasti pernah melakukan kesilapan. Namun, tiada apa yang perlu anda risaukan kerana ia adalah masa silam anda. Ia sewajarnya dimaafkan dan dilupakan demi kesejahteraan hubungan kalian.

Pun begitu, kepenatan dan keletihan yang dihadapi oleh bakal pengantin menjelang hari pernikahan ini sudah tentu menjadi faktor pemicunya. Kesalahan yang kecil sekalipun sudah pasti akan menjadi besar.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, berkomunikasilah dengan bijak dan baik. Jika ada yang anda tidak puas hati, suarakan dengan nada dan cara yang baik. Jangan terus meninggikan suara, kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan.

#2. Bajet hari pernikahan

Wang adalah antara perkara terpenting bagi mengelakkan masalah menjelang hari pernikahan. Tanpanya, segala yang anda dan pasangan rancangan, sudah pasti tidak menjadi.

Disebabkan kos sara hidup yang terlalu tinggi kini, anda tidak seharusnya bergantung kepada seorang pasangan sahaja. Perkahwinan itu sendiri adalah satu kerjasama bukan?

Jadi, jangan sesekali mempersoalkan kewangan pasangan anda. Jika mereka sudah kesempitan atau kekurangan wang untuk memenuhi kriteria perkahwinan impian anda, janganlah memaksa atau merajuk jika mereka sudah tidak mampu.

Sebaliknya, cuba untuk bertimbang rasa dengan pasangan. Jika anda mempunyai duit lebih, tiada salahnya untuk anda mendahulukan wang anda. Atau jika kalian berdua memang tidak mampu, mungkin boleh fikirkan alternatif yang lain?

Tidak perlu terpedaya dengan majlis pernikahan atau persandingan orang lain, anda adalah diri anda sendiri. Jadi, jangan amalkan konsep biar papa asal bergaya. Lebih baik jika anda ukur baju di badan sendiri!

#3. Campur tangan ahli keluarga

hari pernikahan

Ya, memang benar perkahwinan melibatkan setiap ahli keluarga anda. Pun begitu, ia tidak bermakna mereka perlu masuk campur dalam setiap urusan menjelang hari pernikahan!

Sebagai contoh, anda dan pasangan sudah memilih dekorasi majlis pernikahan dan persandingan yang bertemakan moden. Namun tiba-tiba sahaja orang tua atau mertua anda tidak bersetuju dan inginkan tema tradisional.

Mungkin benar pendapat dari setiap ahli keluarga adalah diperlukan. Namun, perbezaan pendapat inilah yang akan menyebabkan pertengkaran kalian berdua. Anda mungkin akan berasa serba salah untuk menyokong pihak yang mana kelak.

Oleh itu, bakal pengantin sewajarnya mengelakkan campur tangan dari ahli keluarga secara berlebihan. Lagipun, inikan majlis anda yang akan dikenang sampai bila-bila nanti. Jadi, keputusan utama sebenarnya terletak di tangan kalian.

#4. Jemputan perkahwinan di hari pernikahan

Bagi setiap bakal pengantin, jemputan semasa hari pernikahan dan persandingan adalah sangat penting. Ini kerana kita sudah pasti mahu kenalan yang rapat dengan kita hadir pada hari paling penting dalam sejarah hidup kita.

Pun begitu, bagaimana jika pasangan anda tidak mahu orang yang ingin anda jemput hadir? Ini mungkin disebabkan oleh faktor pasangan sebenarnya tidak menyukai kenalan anda itu. Selain itu, ia juga mungkin disebabkan oleh jumlah sudah terlalu ramai.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah ini toleransi dan komunikasi amatlah penting. Semasa merancang jemputan perkahwinan ini, jangan bertengkar. Sebaliknya, utamakan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan yang betul-betul rapat dengan anda terlebih dahulu.

#5. Pasangan hanya bersikap sambil lewa

Jika ditanya pada mana-mana pasangan yang mahu berkahwin, sudah pasti mereka akan berasa teruja dan tidak sabar untuk melaluinya.

Pun begitu, ada juga segelintir pasangan yang sebenarnya tidak gemar terlibat dalam hal belakang tabir menjelang hari pernikahan itu.

Disebabkan itu, mereka cenderung untuk bersikap sambil lewa sahaja dan kelihatan acuh tak acuh dengan perancangan perkahwinan ini.

Ini sudah pasti akan membuat pasangan berasa kecil hati dan beranggapan bahawa pasangan mereka tidak mengambil berat tentang hal perkahwinan ini. Sebenarnya, bukan begitu. Mungkin mereka benar-benar tidak tahu apa perancangan yang sesuai?

Jadi, janganlah perkara ini dijadikan isu pergaduhan. Ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Sebaliknya, berbincanglah bersama pasangan secara baik dan minta mereka berikan komitmen sepenuhnya di hari penuh makna kalian ini.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat banyak perkara yang mungkin terjadi dan akan mengakibatkan masalah menjelang hari pernikahan. Pun begitu, cuba elakkannya sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa perkahwinan adalah suatu ikatan suci dan murni yang perlu diabadikan kenangannya sampai ke tua nanti.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.huffpost.com/entry/arguments-couples-have-before-wedding_n_5aa83582e4b018e2f1c264c8?guccounter=1&guce_referrer=aHR0cHM6Ly9oZWxsb3NlaGF0LmNvbS9oaWR1cC1zZWhhdC9zZWtzLWFzbWFyYS9tYXNhbGFoLW1lbmplbGFuZy1wZXJuaWthaGFuLw&guce_referrer_sig=AQAAALnPmfVklOy6dfqqJfYRvF11J90MC8672rEx_CJ3FXKEJv1dyO3Vvq11Qcp9CFLwPHiqdiQLbZ16rkZoM172mBfwDB0rOnxi9c__CPNWcM2ZNIdybr6TBqbQZM3P_9KhEsgayCyucdoB18M8FrND5jxprhwUQM1t7sTCHvKlmKXH

https://www.huffpost.com/entry/how-to-avoid-those-inevitable-wedding-planning-fights_b_581a1249e4b0cee6c6d130b6

https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-joint-adventures-well-educated-couples/201209/fighting-marriage-is-good-thing 

Versi Terbaru

11/03/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/03/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan