backup og meta

Pasangan Muda Yang Tengah Simpan Duit Untuk Kahwin, Cuba Buat 7 Tip Ini!

Pasangan Muda Yang Tengah Simpan Duit Untuk Kahwin, Cuba Buat 7 Tip Ini!

Sebenarnya, perkahwinan itu bukan sahaja memerlukan persediaan mental dan fizikal malah juga dari aspek kewangan. Jadi, pasangan muda yang bercadang untuk berkahwin kena tahu cara simpan duit dengan betul!

Kami tidak kata perkara ini mudah dan pantas kerana ia memerlukan usaha serta tekad. Jom baca artikel.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Harga sebuah perkahwinan di negara kita

Malaysia adalah antara negara yang popular dengan masyarakat berbilang kaum dan bermacam agama, adat serta budaya. Majoritinya dipelopori oleh kaum Melayu, Cina dan India.

Perkahwinan di dalam resam kaum Melayu biasa terbahagi kepada tiga tahap utama iaitu merisik, meminang dan akad nikah di mana ketiga-tiganya mungkin menelan kos yang besar.

Kos ini meliputi duit hantaran, barang hantaran, cincin bagi setiap proses serta kenduri-kendara. Umumnya, perbelanjaan perkahwinan adalah sekitar 10,000 ke 20,000, kurang atau lebih.

Sama juga dengan kaum lain yang turut memerlukan perbelanjaan besar terutama buat mereka yang ingin menjalankan majlis perkahwinan atau persandingan serba meriah lagi gilang-gemilang.

cara simpan duit

Namun, harga sebuah perkahwinan itu tidak murah dan persediaan dari awal juga sangat penting!

Bagaimana cara simpan duit kahwin?

Proses persiapan dan penyimpanan kos untuk perkahwinan itu memang sangat sukar. Akibatnya, tidak kurang ramai yang mula terjejas dari aspek kesihatan mental dan fizikal mereka.

Pasangan muda yang ingin berkahwin mungkin terpaksa membuat lebih banyak pekerjaan demi menyara diri dan menyimpan duit sehingga menjejaskan tubuh badan masing-masing.

cara simpan duit

Tenang, kami akan cuba bantu anda dengan beberapa tip tentang cara simpan duit yang berikut:

Cara simpan duit kahwin #1. Bajet

Menurut kajian seliaan pemain industri perancang perkahwinan Wedding Wire, 74% daripada pasangan berbelanja melebihi bajet akibat kurang berwaspada dengan kemampuan.

Sebagai permulaan, anda dan pasangan perlu menyediakan sebuah lejar untuk mencatat serta mengira semua kos perkahwinan bagi memperlihatkan apa yang bakal dibelanjakan.

Langkah pertama adalah kalian perlu menyenaraikan perkara yang penting dan perlu, contohnya:

  • Cincin kahwin
  • Kad kahwin
  • Duit hantaran
  • Barang hantaran
  • Kenduri (khemah, dewan, jamuan dan lain-lain)

#2. Ukur baju di badan sendiri

Angkara ingin ikut trend atau iri dengan kenalan, ada pasangan yang mungkin mahukan majlis besar namun tidak melihat kemampuan diri dan terpaksa membuat pinjaman atau gadaian. Kami tidak kata perkara ini salah, cuma ia akan membebankan diri anda kelak!

#3. Gabung majlis di satu tempat

Cara simpan duit yang seterusnya adalah anda dan pasangan mungkin tidak perlu buat majlis di dua tempat berbeza sebaliknya menggabungkan ia di satu tempat sama – dua dalam satu.

Fikirkan lokasi yang mudah untuk ahli keluarga dan sahabat-handai daripada kedua-dua belah pihak untuk bersama dalam satu majlis. Bukan sahaja ia lebih jimat, malah sudah tentu bakal jadi lebih meriah.

Baca lagi artikel berkaitan:

#4. Simpan duit dari awal lagi

Siapa kata anda perlu tunggu sehingga berjumpa pasangan tepat untuk mula menabung? Ia perlu dimulakan dari awal yakni ketika anda berada di usia remaja atau awal dewasa lagi.

Anda bukan sahaja boleh menyimpan di bank, malah banyak lagi pelaburan unit atau saham yang boleh anda ceburi. Dengan ini, individu akan dapat lebih bersedia dengan lebih awal.

#5. Ia bukan beban satu individu

Dalam pada itu, anda juga perlu tahu bahawa belanja perkahwinan itu bukan beban satu individu sahaja tidak kira lelaki atau wanita kerana kalian harus bekerjasama untuk berkahwin.

Mungkin akan jadi lebih mudah dan cepat jika tabungan itu disimpan bersama dengan pasangan. Dalam masa yang sama, ia juga dapat jadi latihan untuk anda berdua lebih bertoleransi.

cara simpan duit

Cara simpan duit kahwin #6. Fokus

Fokus di sini bermaksud anda dan pasangan perlu menanam azam serta tekad dengan hanya fokus pada satu perkara yakni perkahwinan. Bermakna, cuba untuk tidak lari daripada agenda kalian.

Misal kata, anda ada lebih pendapatan pada bulan ini dan ada pilihan untuk menabung untuk perkahwinan atau berbelanja di gedung beli-belah, anda tahu yang mana satu keutamaan, bukan?

#7. Elak pinjaman dan gadaian

Memang benar bahawa perkahwinan itu menjadikan anda raja dan ratu sehari, namun itu bukan lesen untuk anda menghabiskan semua simpanan anda itu dalam masa satu hari sahaja.

Hakikatnya, apa yang lebih penting adalah kehidupan selepas berkahwin. Anda masih perlu duit untuk perabot rumah, barang dapur dan bermacam lagi perbelanjaan untuk meneruskan hidup berkeluarga.

Konklusinya, apa yang penting dalam usaha cara simpan duit kahwin bukan sahaja berapa yang perlu dikumpulkan, malah apa dan bagaimana ia perlu dibelanjakan. Ia penting agar kesihatan mental dan fizikal anda sentiasa dalam kondisi yang baik!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Money-Saving Tips For Planning Your Own Wedding, https://firstthings.org/money-saving-tips-for-planning-your-own-wedding/, Accessed May 19 2022.
  2. Planning a Wedding and Staying on Budget, https://momentum.org/planning-a-wedding-and-staying-on-budget/, Accessed May 19 2022.
  3. New Rules: Who Pays for the Wedding?, https://www.aarp.org/money/budgeting-saving/info-2017/who-pays-for-the-wedding.html, Accessed May 19 2022.
  4. Budgeting for Your Wedding, https://www.foryourmarriage.org/spending/, Accessed May 19 2022.
  5. Get More Wedding for Your Money, https://www.consumerreports.org/weddings/get-more-wedding-for-your-money/, Accessed May 19 2022.

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Adakah Ibu Bapa Perlu Campur Tangan Dalam Konflik Perkahwinan Anak-anak?

Perkahwinan: Adakah Anda Benar-benar Bersedia Menempuhi Fasa Baru Kehidupan?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan