Menurut beliau lagi, ramai di antara kita yang menganggap bahawa individu yang sedang mengalami keresahan dan depresi adalah seorang yang lemah dan tidak sesuai untuk berada dalam sesuatu komuniti.
Calum Hughes menegaskan, isu kesihatan mental perlu dilihat secara sama rata dengan isu-isu perubatan lain. ]Kita jarang sekali mendengar stigma atau persepsi negatif bagi mereka yang menghidap diabetes.
Begitu jugalah layanan yang sepatutnya diperoleh oleh mereka yang mempunyai keresahan atau kemurungan.
Salah faham 4: Mereka yang mempunyai keresahan dan juga kemurungan mengalami simptom yang sama
Sebenarnya, keresahan dan depresi adalah satu terma yang luas yang melibatkan pelbagai jenis pengalaman.
Bagi sesetengah individu, keresahan yang dialami mungkin melibatkan kerisauan yang melampau berkenaan masa hadapannya.
Manakala bagi individu lain, mereka mungkin akan mengalami serangan panik yang tidak dijangkakan setiap minggu atau ketakutan terhadap benda-benda tertentu.
Selain itu, kemurungan juga boleh mempunyai pelbagai simptom. Seseorang yang mempunyai depresi mungkin akan tidur sepanjang hari, tidak mempunyai tenaga dan mempunyai tahap emosi yang sangat rendah.
Manakala individu lain yang juga mempunyai depresi mungkin akan mudah berasa marah, kurang selera makan dan juga hilang minat dalam melakukan sesuatu yang pernah diminati sebelum ini.
Kesimpulannya, simptom-simptom bagi kedua-dua keadaan ini adalah berbeza, bergantung kepada individu tersebut.
Salah faham 5: Anda tahu bahawa anda sedang mengalami keresahan dan kemurungan

Untuk pengetahuan anda, ini jelas sekali tidak benar. Sebahagian besar mereka yang mengalami keresahan dan kemurungan sebenarnya tidak mengetahui bahawa mereka sedang mengalami keadaan tersebut.
Kadangkala, simptom keresahan dan kemurungan yang muncul mungkin tidak dianggap sebagai simptom berlakunya keresahan dan juga kemurungan.
Menurut Winfried Sedhoff, seorang ahli perubatan keluarga dengan kepakaran berkaitan penyakit mental berkata, ramai pesakitnya tidak mendapatkan diagnosis terhadap keresahan dan kemurungan sehinggalah mereka mengalami simptom-simptom fizikal.
Antara simptom-simptom fizikal tersebut termasuklah kesukaran untuk tidur, kerisauan yang melampau, sakit dada, pening kepala, rasa letih tanpa sebab fizikal yang kukuh.
Ini menunjukkan bahawa ramai diantara pesakit-pesakit ini sebenarnya tidak menyedari bahawa mereka sedang men
Kesimpulan
Jika anda pernah mempunyai stigma atau persepsi yang sama terhadap pesakit mental seperti yang dinyatakan di atas, anda mesti mengubahnya mulai hari ini.
Banyakkan pembacaan dan pendedahan terhadap isu-isu yang berkaitan kesihatan mental.
Kesedaran seperti ini sedikit sebanyak akan membantu mengubah persepsi negatif yang telah membelenggu masyarakat sejak sekian lama.