backup og meta

5 Tanda Sperma Anda Sihat! Salah Satunya Berkaitan Dengan Pakaian Dalam?

5 Tanda Sperma Anda Sihat! Salah Satunya Berkaitan Dengan Pakaian Dalam?

Tanda sperma sihat #1. Anda suka makan ikan

Jika sumber protein kegemaran anda adalah ikan, air mani anda mungkin berkualiti tinggi.

Para pengkaji telah mendapati bahawa lelaki yang paling banyak memakan daging yang diproses mempunyai bilangan sperma berbentuk normal jauh lebih rendah berbanding mereka yang paling sedikit mengambil daging yang diproses.

Sebaliknya, ikan nampaknya mempunyai kesan perlindungan.

Lelaki yang makan ikan paling banyak, terutamanya ikan daging gelap seperti salmon dan tuna, mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang makan paling sedikit.

Terima kasih kepada asid omega-3, kerana asid lemak poli tak tepu rantaian panjang memainkan peranan dalam penghasilan sperma.

Jadi, jika anda adalah ingin meningkatkan kualiti air mani anda, pastikan anda mengambil lebih banyak ikan dalam pemakanan harian anda.

tanda sperma sihat

#2. Anda tidak merosakkannya dengan plastik

Menyimpan makan malam semalam di dalam bungkusan plastik adalah mudah, tetapi anda perlu tahu bahawa air mani anda boleh terjejas.

Bisphenol-A (BPA), iaitu sejenis bahan kimia yang boleh luluh dari plastik ke dalam makanan anda apabila dipanaskan, dan kemudian ke dalam badan anda.

Penyelidik mendapati bahawa lelaki yang mengandungi tahap BPA tertinggi di dalam air kencing mereka mempunyai peratusan sperma yang jauh lebih rendah berbanding lelaki yang mengandungi tahap BPA yang rendah.

Sebabnya tidak jelas tapi dipercayai bahawa BPA mungkin memberi kesan kepada aktiviti estrogen dan androgen di dalam epididimis di dalam buah zakar.

Hal ini dipercayai boleh menghasal perkembangan normal sperma.

Jadi, sebelum anda menyimpan makanan anda, anda hanya perlru mengambil masa beberapa minit untuk memindahkannya dari bekas plastik ke bekas kaca.

Tanda sperma sihat #3. Seluar dalam anda tidak ketat

Satu kajian telah mendapati bahawa lelaki yang memakai boxer adalah 24 peratus lebih kurang berkemungkinan untuk mempunyai kiraan sperma yang bergerak perlahan berbanding lelaki yang memakai seluar dalam ketat.

tanda sperma sihat

Kemampuan sperma untuk berenang, adalah penting, kerana sperma yang lembap mempunyai kesukaran untuk mencapai telur bagi menjalani proses persenyawaan.

Seluar dalam yang sedikit longgar menyebabkan suhu buah zakar lebih rendah berbanding seluar dalam yang terlalu ketat justeru dapat meningkatkan kualiti air mani.

Terdapat juga bukti bahawa suhu buah zakar yang tinggi boleh menghalang penghasilan sperma.

Jadi, jika anda mahukan sperma yang berkualiti, berikan ia ruang untuk bernafas.

#4. Anda memiliki tabiat kerap ke gimnasium

Penyelidik mendapati bahawa lelaki yang membuatkan jantungnya mengepam darah melalui sukan sederhana atau berat 15 jam atau lebih seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Senaman bukan sahaja membantu mengawal berat badan dan memastikan anda sihat yang boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan, tetapi ia juga boleh meningkatkan antioksida di seluruh badan anda.

Oleh itu, dengan senaman berkala sebenarnya boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel sperma.

Sebaik sahaja anda selesai melakukan senaman, cuba untuk menahan keinginan untuk baring di atas sofa sambil menonton TV.

Lelaki yang menonton TV lebih daripada 20 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 44 peratus lebih rendah.

tanda sperma sihat

#5. Anda mempunyai suara yang sederhana rendah

Lelaki yang mempunyai suara yang rendah cenderung mempunyai sperma yang kurang berkualiti.

Penyelidik mendapati bahawa walaupun wanita menilai suara bernada rendah sebagai lebih maskulin dan menarik, mereka sebenarnya mempunyai kepekatan sperma yang lebih rendah dalam air mani mereka.

Tahap testosteron mungkin puncanya kerana testosteron dikaitkan dengan ciri-ciri muka lebih maskulin dan suara yang lebih rendah, tetapi jika terlalu banyak, ia sebenarnya mungkin mengurangkan penghasilan sperma.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://pressfrom.info/ca/lifestyle/health/-321868-7-signs-your-semen-is-healthy-and-strong.html
  2. https://dadtribe.in/13-signs-of-healthy-sperm/
  3. https://www.smartparents.sg/conceiving/fertility-advice/8-signs-prove-your-sperm-healthy
  4. https://www.smarterhealth.sg/watery-sperm-vs-healthy-sperm-causes-and-solutions/
  5. https://www.smarterhealth.sg/the-7-colors-of-sperm-and-how-they-affect-male-fertility/

Versi Terbaru

13/08/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

9 Masalah Kelainan Sperma Yang Mungkin Jadi Punca Isteri Masih Belum Hamil!

Senaman Adalah KUNCI Sperma Berkualiti & Berkuantiti! Berapa Kerap Lelaki Perlu Buat Ya?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/08/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan