backup og meta

Alamak! Kena Minum Air Gula Semasa Hamil, Ibu Kena Faham Kenapa Ujian Ini Penting!

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 16/12/2021

    Alamak! Kena Minum Air Gula Semasa Hamil, Ibu Kena Faham Kenapa Ujian Ini Penting!

    Prosedur minum air gula atau dikenali sebagai ujian toleransi glukosa (GTT) digunakan untuk mendiagnosis penyakit diabetes semasa hamil (diabetes gestasi) dengan memeriksa keadaan tubuh anda mengawal paras gula dalam darah.

    Walaupun ia adalah biasa, ujiannya tidak dilakukan secara rutin.

    Ujian akan diberikan sekiranya anda ada kemungkinan mendapat diabetes gestasi.

    Kebiasaannya ujian dilakukan apabila kandungan berusia antara 24 hingga 28 minggu.

    Ujian juga boleh dilakukan seawal kandungan 16 minggu bergantung kepada sejaran perubatan anda.

    Kenapa perlu minum air gula semasa hamil?

    GTT atau minum air gula adalah penting kerana diabetes gestasi selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas.

    Jika diabetes gestasi tidak dikenal pasti dan dirawat ia mungkin boleh merisikokan anda dan kandungan.

    Simptom kebiasaan diabetes gestasi adalah:

    minum air gula

    Diabetes gestasi berlaku apabila badan anda gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi.

    Insulin adalah hormon yang memastikan paras gula dalam darah anda stabil.

    Ia juga membantu tubuh untuk menyimpan gula apabila anda memerlukannya pada masa akan datang.

    Semasa kehamilan, tubuh perlu menghasilkan insulin tambahan untuk memenuhi keperluan bayi terutamanya apabila dia sedang membesar.

    Sekiranya badan anda tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi, kemungkinan akan mengalami terlalu banyak gula dalam darah dan menyebabkan diabetes gestasi.

    Kandungan gula dalam darah yang terlalu banyak bermakna bayi anda besar dan ini meningkatkan kelahiran Caesarean.

    Manakala diabetes gestasi yang tidak terkawal pula menyebabkan risiko kematian bayi semasa di dalam kandungan.

    Risiko kencing manis gestasi

    • Wanita berumur 25 tahun ke atas
    • Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 atau lebih
    • Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4kg
    • Sejarah kandungan yang mempunyai diabetes semasa hamil
    • Ahli keluarga mempunyai diabetes
    • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran

    Jika mempunyai salah satu daripada faktor berkenaan, anda perlu menjalani ujian minum air gula semasa hamil.

    Interpretasi hasil ujian

    Jika anda diuji untuk diabetes gestasi, doktor akan mempertimbangkan keputusan setiap ujian glukosa darah.

    Jika tahap glukosa dalam darah anda lebih tinggi daripada 140 mg / dL (7.8 mmol / L) selepas ujian satu jam, doktor akan mengesyorkan ujian selama tiga jam.

    Jika tahap glukosa anda darah anda lebih tinggi daripada 190 mg / dL (10.6 mmol / L) selepas ujian satu jam, anda akan didiagnosis dengan diabetes gestasi.

    Rawatan kencing manis gestasi

    Dalam kebanyakan kes, anda boleh mengawal ia dengan mengubah diet dan selalu bersenam.

    minum air gula

    Doktor akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan langkah seperti: 

    • Mengamalkan diet seimbang yang sihat
    • Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula

    Jika berat badan berlebihan sebelum hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

    Doktor juga akan menerangkan bagaimana cara untuk memantau tahap gula dalam darah selain minum air gula semasa hamil.

    Kemudian anda boleh memeriksa sama ada perubahan yang dilakukan memberi kesan atau tidak kepada kondisi diri sewaktu hamil ini. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Nurul Halifah


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 16/12/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan