backup og meta

Tingkatkan Kesihatan Mental Anda

Tingkatkan Kesihatan Mental Anda

Kesihatan mental merupakan beban utama yang ditanggung oleh dunia pada hari ini. Ia merupakan antara keadaan kesihatan paling kerap berlaku di samping penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Anda mungkin mencari kaedah untuk meningkatkan kesihatan mental anda atau membuatkan diri lebih baik. Mungkin sudah berjumpa dengan ahli psikoterapi untuk mendapatkan terapi tertentu atau mendapatkan ubat-ubatan daripada ahli psikiatri.

Terapi dan ubat-ubatan telah terbukti berkesan menurut pelbagai kajian. Namun, kadangkala ia mungkin belum mencukupi bagi sesetengah orang. Masih ramai tidak sedar bahawa masih ada lagi kaedah lain yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan mental di samping ubat-ubatan dan terapi psikologi.

Apa yang lebih menarik adalah ia tidak memerlukan sebarang preskripsi doktor. Tahukah anda apakah kaedah tersebut? Teruskan membaca sehingga akhir.

1. Senaman dan aktiviti fizikal

Salah satu anti-depresi semula jadi adalah senaman dan aktiviti fizikal. Senaman merangsang badan untuk merembeskan sejenis bahan kimia yang disebut sebagai endorfin. Bahan ini memberikan perasaan positif dan gembira seperti mengambil morfin.

Selain itu, endorfin juga mempunyai fungsi analgesik – mengurangkan kesakitan. Ditambah pula dengan manfaat kesihatan yang baik secara am seperti berat badan, jantung dan tekanan darah yang sihat. Ini sekaligus menambah lagi kualiti hidup anda.

2. Tidur berkualiti

Ini adalah sangat kritikal terhadap kesihatan secara am. Kegagalan mendapatkan tidur yang berkualiti menyebabkan anda mudah terlupa, sukar memberikan fokus, cepat marah dan menjejaskan kehidupan sosial. Tambahan lagi, risiko penyakit kronik juga boleh meningkat.

3. Hubungan sosial

Manusia memang diciptakan untuk bermasyarakat. Ia sebenarnya adalah keperluan, bukannya pilihan. Mereka yang mempunyai hubungan sosial berkualiti hidup lebih lama dan kurang mengalami masalah kesihatan. Luangkan masa bersama keluarga, rakan dan jiran tetangga. Selain itu, banyakkan juga bersembang dan menegur selain kenalan anda di dalam lif atau semasa menunggu giliran.

4. Pemakanan

Kesihatan mental juga terkesan dengan pemakanan anda. Amalkan diet DASH dengan melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan makanan tinggi kolesterol.

5. Meditasi

Meditasi membantu memanjangkan tempoh anda bebas daripada sebarang simptom penyakit mental yang anda sedang alami. Pelbagai jenis meditasi boleh dilakukan. Ini termasuk amalan-amalan keagamaan seperti solat.

Mudah, bukan? Semua orang boleh melakukannya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Beyond Therapy and Meds: 5 Ways to Feel Better – https://blogs.webmd.com/mental-health/2016/06/beyond-therapy-and-meds-5-ways-to-feel-better.html

Versi Terbaru

01/08/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!

Gangguan Seksual Di Tempat Kerja, Ini 4 Langkah Penting Untuk Mengelakkannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 01/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan