backup og meta

Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

Orang Tua Anda Menghidap Kencing Manis? Ini Cara Penjagaannya, Ada 9 Checklist Kena Patuhi!

Penjagaan warga tua sememangnya bukanlah satu hal mudah, apatah lagi jika mereka menghidap penyakit kronik seperti diabetes.

Jangan risau, kami ada panduan untuk anda terutama bagi mereka yang terlibat dengan penjagaan warga emas di rumah.

Senarai semak penjagaan warga tua yang menghidap diabetes

penjagaan warga emas di rumah

Kebanyakan daripada penghidap diabetes mengetahui rutin kehidupan mereka setiap hari.

Namun, bagi golongan warga emas yang mempunyai diabetes, mereka mungkin memerlukan sedikit perhatian atau bantuan daripada ahli keluarga yang lain dalam menguruskan kehidupan mereka.

Bagi anda yang terlibat dengan penjagaan warga emas di rumah, ini checklist atau senarai semak yang mungkin boleh membantu anda menjaga mereka dengan cara terbaik.

#1. Pastikan paras gula darah mereka

Perhatikan bacaan gula darah mereka setiap hari.

Pastikan mereka mempunyai rekod bacaan glukosa darah, jadual pemeriksaan dan apa yang mereka alami setiap hari.

Apabila berjumpa dengan doktor, anda boleh melaporkan segala aktiviti, bacaan dan corak gula darah mereka untuk membantu doktor membuat penilaian. 

#2. Awasi mereka jika mereka hendak bersenam

Apabila orang tua anda mahu bersenam, pastikan mereka menunggu sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan sebelum memulakan senaman.

Jika aktiviti senaman dilakukan jauh dari kawasan rumah, bawa bersama keperluan seperti tablet glukosa dan air minuman.

Semak paras gula darah mereka sebelum, semasa dan selepas senaman.

#3. Bantu mereka kurangkan tekanan atau stres

penjagaan warga tua

Tahukah anda bahawa stres sebenarnya boleh menjejaskan paras gula darah manusia.

Oleh itu, cuba ajak mereka untuk lakukan aktiviti yang mengurangkan tekanan seperti menjalankan senaman, bermeditasi, berkebun, mendengar lagu dan melakukan sebarang aktiviti yang mereka gemari.

#4. Berikan perhatian kepada kesihatan mulut warga emas

Mereka yang mempunyai penyakit diabetes juga lebih cenderung untuk memiliki masalah berkaitan mulut mereka seperti penyakit gusi, kulat dan juga kekeringan mulut.

Untuk tujuan menggosok gigi, berikan mereka berus gigi yang lembut dengan bulu yang halus.

Pastikan mereka melakukan flos gigi sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

#5. Perhatikan kuku kaki mereka

Pertumbuhan kuku kaki sehingga ke bahagian dalam celah kuku boleh menyebabkan jangkitan dan masalah lain.

Oleh itu, pastikan anda memeriksa kuku kaki mereka setiap minggu jika terdapat sebarang tanda-tanda jangkitan bakteria seperti bengkak dan juga nanah.

Potong kuku kaki mereka jika ia terlampau panjang.

#6. Mandian dengan air suam

Untuk mengelakkan kulit mereka kering, golongan warga emas ini disarankan untuk mandi dengan menggunakan air mandian yang suam dan tidak panas.

Air yang panas hanya akan menyebabkan kulit menjadi semakin kering. 

#7. Lihat kepada sebarang luka atau kecederaan yang mungkin ada

Bagi penghidap diabetes, sebarang luka yang dialami boleh menyebabkan masalah yang lebih serius jika tidak dirawat.

Apatah lagi jika mempunyai kerosakan saraf akibat diabetes, mereka mungkin tidak merasai atau menyedari rasa sakit akibat daripada luka tersebut.

Oleh itu, pastikan anda membantu mereka melihat sekiranya terdapat sebarang luka pada tubuh mereka atau sebarang kecederaan lain seperti bengkak, kelepuhan atau kemerahan.

#8. Makan ikut waktu, jangan skip waktu makan

Untuk memastikan pemakanan sewaktu penjagaan warga tua ini terkawal, anda juga perlu melihat kepada waktu makan mereka.

Cuba pastikan mereka untuk makan pada waktunya setiap hari dan elakkan skip waktu makan. Ini untuk memastikan agar paras gula darah mereka tidak jatuh secara mendadak

#9. Berikan mereka minuman yang mencukupi

Untuk memastikan agar tubuh badan mereka kekal hidrat dan bertenaga, berikan mereka minuman dengan secukupnya.

Pastikan orang tua anda minum banyak air kosong dan elakkan minuman berkafein serta minuman yang tinggi dengan kandungan gula.

Penjagaan warga tua perlukan sokongan semua ahli keluarga

penjagaan warga emas di rumah

Penghidap diabetes yang masih muda mungkin boleh menguruskan diri mereka sendiri tanpa bantuan.

Namun bagi golongan warga emas, mereka mungkin memerlukan sokongan untuk menguruskan kehidupan mereka saat mereka menghidap diabetes.

Adakalanya mereka tidak menyedari apa yang berlaku atau apa yang patut dilakukan untuk kesejahteraan diri mereka.

Semoga panduan ini dapat membantu anda mengendalikan penjagaan warga emas di rumah dengan lebih lancar dan teratur.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://spectrum.diabetesjournals.org/content/31/3/245

https://www.diabetes.org.uk/guide-to-diabetes/older-people-and-diabetes

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9492-diabetes-foot–skin-related-complications

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/11263-oral-health-problems-and-diabetes

Versi Terbaru

04/08/2020

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Nak Turunkan Paras Gula Darah? Ikut 7 Cara 'Simple' Ini

Air Kencing Dihurung Semut? Selain Tanda Diabetes, Ini Juga Simptom Kondisi Lain!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/08/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan