backup og meta

Buat Pekerja Syif Malam, Ini 4 Cara Elak Pradiebetes Berkembang Menjadi Diabetes

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/09/2021

    Buat Pekerja Syif Malam, Ini 4 Cara Elak Pradiebetes Berkembang Menjadi Diabetes

    Kerja pada waktu malam sebenarnya banyak memberikan kesan buruk kepada tubuh. Salah satunya ialah risiko untuk mendapat diabetes. Bagaimana kerja shift malam boleh meningkatkan risiko mendapat diabetes?

    Apakah cara untuk mengelakkannya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis, sila dapatkan di sini.

    Risiko daripada pradiabetes kepada diabetes 

    Apakah yang dimaksudkan dengan pradiabetes?

    Pradiabetes adalah satu keadaan di mana anda mempunyai bacaan gula darah yang lebih tinggi daripada biasa.

    Namun, bacaan gula darah tersebut tidak cukup tinggi untuk dikelaskan sebagai diabetes.

    Walau bagaimanapun, sekiranya gaya hidup anda kekal tidak berubah, ia boleh berkembang menjadi diabetes jenis 2.

    kerja shift malam

    Risiko pradiabetes akan meningkat menjadi diabetes jika seseorang itu kerja pada waktu malam dengan syif yang tidak menentu.

    Mengapa boleh terjadi hal sebegini?

    Bagaimana kerja shift malam boleh meningkatkan risiko mendapat diabetes?

    Banyak kajian telah dilakukan dan hasilnya menunjukkan bahawa kerja pada waktu malam sememangnya mempengaruhi paras gula darah anda.

    Ada satu kajian yang dijalankan di United Kingdom menyatakan, mereka yang bekerja dengan sistem syif termasuklah kerja shift malam mempunyai risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 sebanyak 44%.

    Peratusan ini telah dibandingkan dengan mereka yang bekerja hanya pada waktu siang sahaja.

    Kajian tersebut menyatakan, semakin kerap seseorang itu kerja shift malam, maka semakin besar risiko mereka untuk mendapat diabetes.

    Sebagai contoh, bagi mereka yang bekerja malam kurang tiga kali dalam tempoh sebulan, risiko mereka untuk mendapat diabetes ialah sebanyak 24%.

    Manakala mereka yang bekerja shift malam lebih daripada lapan kali dalam sebulan, risiko mereka akan meningkat sebanyak 36%.

    Salah satu punca yang meningkatkan risiko ini adalah kerana faktor biologi tubuh dan kualiti tidur.

    Apabila anda bekerja pada waktu malam dengan syif yang tidak menentu atau tetap, ia akan mengganggu aturan biologi tubuh badan anda.

    Bagi individu yang mempunyai pradiabetes, peningkatan risiko ini boleh menyebabkan mereka mengalami diabetes jenis 2 dengan lebih pantas. 

    Ikut cara ini untuk elakkan pradiabetes menjadi diabetes ketika kerja shift malam

    Bagi mengurangkan risiko pradiabetes berkembang menjadi diabetes, anda boleh melakukan perkara-perkara seperti berikut:

    #1. Kawal paras gula darah

    kerja shift malam

    • Lakukan ujian gula darah anda dengan kerap terutamanya sebelum dan semasa kerja pada waktu malam. Ini untuk memastikan paras gula darah anda terkawal sepanjang masa
    • Rekodkan bacaan gula darah. Ini agar anda dapat melihat perkembangan bacaan gula darah anda jika diperlukan pada masa akan datang

    #2. Bawa bekal anda sendiri ke tempat kerja

    • Usahakan untuk membawa makanan, minuman, snek, ubat-ubatan (jika perlu) anda sendiri ke tempat kerja
    • Minta kebenaran untuk makan snek ketika bekerja bagi mengelakkan gula darah jatuh mendadak
    • Elakkan membeli makanan segera atau sebarang makanan atau snek daripada mesin layan diri
    • Bawa snek sihat untuk anda makan ketika bekerja. Ini kerana anda tidak digalakkan untuk makan berat pada waktu malam bagi mengurangkan risiko mendapat diabetes
    • Antara cadangan snek yang boleh dibawa adalah seperti telur rebus, potongan buah-buahan, potongan keju, potongan lobak merah atau roti bijirin penuh bersama mentega kacang

    #3. Kerap bersenam

    kerja pada waktu malam

    • Apabila anda bekerja dengan syif yang tidak menentu, maka agak sukar untuk anda bersenam pada waktu yang tetap setiap hari. Oleh itu, cuba cari waktu sebelum pulang ke rumah untuk bersenam atau berjoging sebentar
    • Anda boleh mengambil sedikit masa ketika bekerja dengan berjalan kaki atau melakukan sedikit regangan
    • Banyakkan berjalan ke tempat kerja. Jika anda boleh menggunakan pengangkutan awam, maka ia adalah pilihan yang baik untuk anda banyakkan aktiviti berjalan

    #4. Dapatkan tidur yang berkualiti

    • Pastikan anda mendapat jumlah tidur yang mencukupi setiap hari. Individu dewasa disarankan untuk tidur antara tujuh hingga lapan jam sehari
    • Elakkan pengambilan minuman berkafein dalam tempoh empat hingga enam jam sebelum tidur
    • Elakkan makan berat sebelum tidur kerana ia boleh mengganggu waktu tidur anda kelak
    • Jika anda kekurangan waktu tidur, cuba cari masa lain untuk tidur sebentar atau nap

    Kesimpulan 

    Kerja pada waktu malam sememangnya boleh memberikan kesan yang kurang baik kepada tubuh.

    Namun, jika anda tahu kaedah untuk menguruskannya dengan tepat, maka risiko untuk mendapat penyakit seperti diabetes akan semakin berkurangan.

    Kini anda telah mengetahui tip kerja shift malam agar pradiabetes yang dialami tidak berkembang menjadi diabetes. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan