home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

5 Persoalan Mengganggu Penghidap Diabetes Semasa Puasa Ramadan

5 Persoalan Mengganggu Penghidap Diabetes Semasa Puasa Ramadan

Kajian Epidemiologi Kencing Manis dan Ramadan (EPIDIAR) menunjukkan peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda kemasukan ke hospital bagi pesakit kencing manis jenis dua akibat hipoglisemia yang teruk.

Satu kajian tempatan turut menyatakan bahawa kadar hipoglisemia adalah 1.6 kali lebih tinggi semasa tempoh berpuasa berbanding tempoh tidak berpuasa.

Apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Kekurangan insulin menyebabkan gula yang dihasilkan daripada makanan tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Jenis-jenis diabetes

Jenis 1 – “Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

Jenis 2 – “Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

Diabetes ketika hamil (Gestational diabetes)

  • Ia merupakan sejenis alahan glukosa yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.

5 persoalan membelenggu pesakit diabetes

1. Adakah penghidap diabetes boleh berpuasa?

Ya, penghidap boleh berpuasa dengan selamat, tetapi setiap orang adalah berbeza. Sebarang keputusan yang anda lakukan perlu merujuk kepada doktor terlebih dahulu kerana pengambilan ubat boleh mempengaruhi anda. Doktor mungkin menyarankan pelan pemakana yang bersesuaian untuk anda.

2. Apakah risiko bagi penghidap diabetes yang berpuasa?

i. Paras gula dalam darah rendah (hypoglycemia)

Ia biasanya berlaku kepada mereka yang mengambil insulin atau pil diabetes tertentu. Hadkan aktiviti fizikal semasa puasa dan lebih aktif selepas matahari terbenam.

Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui jenis ubat yang menjadi puncanya dan cara menanganinya.

ii. Paras gula dalam darah tinggi (hyperglycemia)

Ia sering terjadi selepas waktu berbuka puasa. Ini kerana semasa berbuka anda mungkin terlebih makan. Sebaiknya elakkan makanan manis dan pastikan hidangan makanan yang di ambil dalam jumlah yang sederhana.

iii. Dehidrasi

Ia biasanya berlaku semasa puasa pada musim panas. Pastikan anda minum banyak air tanpa gula ketika berbuka dan bersahur, serta elakkan minuma berkafein.

3. Adakah pemeriksaan paras gula dalam darah membatalkan puasa?

Pemeriksaan paras gula tidak membatalkan puasa. Malah ia sangat penting untuk mengetahu paras gula rendah atau sebaliknya. Penghidap diabetes disarankan berbuka puasa sekiranya paras gula sangat rendah (kurang 70 mg/dl).

4. Adakah pengambilan ubat perlu dihentikan?

Tidak. Anda perlu teruskan pengambilan ubat, tetapi tukar masa pengambilan yang sesuai. Dos juga mungkin akan beerubah. Jadi penting untuk berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan puasa Ramadan.

5. Bagaimana cara mengawal pemakanan semasa puasa?

Semasa sahur, anda perlu mengambil karbohidrat yang seimbang dengan protein dan lemak bagi membantu memperlahankan kadar penghadaman makanan dan memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari.

Oleh itu, penghidap diabetes perlu meniktikberatkan amalan pemakanan sihat sepanjang Ramadan bagi mengelakkan makan secara berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam yang menyukarkan kawalan diabetes.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

JENIS-JENIS KENCING MANIS (DIABETES MELLITUS) http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/63-k-penyakit-kencing/642-jenis-jenis-kencing-manis-diabetes-mellitus.html Accessed 15 May 2018.

Ramadan and Diabetes http://www.joslin.org/info/Ramadan-and-Diabetes.html Accessed 15 May 2018.

Pengurusan berpuasa penghidap kencing manis https://www.hmetro.com.my/node/58092 Accessed 15 May 2018.

Diabetes Mellitus http://www.myhealth.gov.my/diabetes-mellitus-3/ Accessed 15 May 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 15/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x