Kesihatan mental anak adalah sama seperti individu dewasa, tetapi simptom yang dihadapi mereka mungkin sukar untuk dikenal pasti.
Oleh itu, ramai kanak-kanak menderita kesihatan mental tetapi tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.
Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu tanda masalah kesihatan mental anak untuk membantu mereka mengatasinya.
Ekspresi bagi kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental mungkin berbeza dengan individu dewasa contohnya, kanak-kanak dengan kemurungan akan meluahnya dengan tingkah laku pelik berbanding orang dewasa yang menunjukkan kesedihan.
Simptom kesihatan mental anak terganggu
- Kesihatan mental anak – Kegelisahan
Kanak-kanak dengan gangguan kegelisahan akan bertindak balas terhadap situasi tertentu seperti ketakutan, kebimbangan dan juga gementar.
- Gangguan tingkah laku
Kanak-kanak dengan gangguan ini cenderung untuk melanggar peraturan dan mempunyai tingkah laku antisosial dalam persekitaran berstruktur seperti sekolah.
- Kesihatan mental anak – Gangguan perkembangan
Keadaan ini berlaku apabila kanak-kanak keliru dalam pemikiran dan secara umumnya sukar memahami dunia di sekelilingnya.
- Gangguan pemakanan
Kanak-kanak dengan tanda ini mungkin mempunyai tingkah laku luar biasa seperti emosi yang tertekan apabila dipaksa untuk makan.
- Gangguan afektif (emosi)
Kanak-kanak dengan gangguan ini akan sentiasa berasa sedih setiap masa dan perubahan emosi kerap berlaku.
- Skizofrenia
Merupakan satu gangguan serius berkaitan dengan persepsi dan pemikiran yang terganggu. Gangguan ini merupakan masalah kesihatan mental anak yang serius apabila kanak-kanak melakukan pergerakan berulang, secara tiba-tiba dan pergerakan yang tidak mempunyai sebarang makna.
Tanda amaran masalah mental anak
Antara tanda amaran anak anda mungkin menderita kesihatan mental, adalah termasuk:
- Perubahan emosi
Anda boleh perhatikan emosi sedih yang wujud selama berminggu. Kemungkinan perubahan emosi itu berikutan masalah perhubungan yang wujud di sekolah atau di rumah.
Perubahan emosi ini juga adalah tanda masalah kesihatan mental. Ia juga termasuk perubahan yang kerap dalam personaliti, tingkah laku seperti kerap bergaduh atau keinginan untuk menyakiti individu lain.
- Mudah cemas
Kanak-kanak dengan gangguan kegelisahan boleh menjadi sangat tidak keruan tanpa sebab.
Ibu bapa boleh memeriksa degupan jantung yang laju atau pernafasan pada kanak-kanak apabila mereka mengalami kebimbangan yang kronik sehingga mengganggu aktiviti harian.
- Sukar fokus
Anak anda mungkin mengalami prestasi merosot di sekolah kerana berdepan masalah untuk memahami kata-kata atau sukar untuk menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
- Penurunan berat badan
Hilang selera, kerap muntah atau penggunaan julap mungkin menyebabkan gangguan pemakanan. Kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental mungkin mengalami beberapa masalah fizikal. Kehilangan berat badan tanpa sebab atau berdepan masalah dengan pemakanan juga adalah satu tanda amaran.
Reaksi kanak-kanak dengan masalah kesihatan mental adalah berbeza daripada individu dewasa di mana mereka mungkin mengalami sakit kepala dan sakit perut berbanding dengan rasa kesedihan atau kegelisahan.
Sesetengah kanak-kanak mungkin bertindak untuk mencederakan diri sendiri yang boleh mendatangkan bahaya.
[embed-health-tool-child-growth-chart]