backup og meta

Penyakit Coats BAHAYA! Simptomnya, Mata Ada Pantulan Putih Dalam Foto

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    Penyakit Coats BAHAYA! Simptomnya, Mata Ada Pantulan Putih Dalam Foto

    Mata berwarna merah sering berlaku apabila mengambil gambar menggunakan flash. Tetapi, perkara ini boleh menjadi indikasi kepada penyakit mata Coats dalam kalangan kanak-kanak.

    Antara cara untuk mengenal pasti penyakit mata ini adalah pantulan pada mata berwarna putih atau keemasan berlaku berbanding pantulan berwarna merah.

    Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai penyakit Coats dengan lebih lanjut!

    Penyakit mata yang berkaitan dengan cahaya

    Penyakit mata yang dapat dikesan melalui pantulan merah dapat menunjukkan beberapa jenis masalah, seperti:

    • Amblyopia
    • Katarak
    • Choroidal
    • Penyakit Coats
    • Koloboma
    • Katarak kongenital
    • Penyakit Norrie
    • PHPV
    • Refractive error
    • Retina detachment
    • Retina dysplasia
    • Retinopati Pramatang (ROP)
    • Retinoblastoma Strabismus
    • Toksikariasis
    • Trauma

    Apa itu penyakit Coats?

    penyakit mata

    Penyakit Coats dinamakan sempena pakar oftalmologi Scotland yang menemui kondisi kesihatan ini pada tahun 1908.

    Penyakit ini biasanya terjadi kepada kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.

    Selain itu, ia menyerang lebih banyak kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan, dan sering berlaku pada sebelah mata, bukan kedua-duanya.

    Dianggarkan sekitar 69% kes adalah berjantinakan lelaki dan rata-rata umur pesakit adalah sekitar 8 sehingga 16 tahun, walaupun penyakit ini ada didiagnosis pada pesakit semuda 4 bulan.

    Walau bagaimanapun, penyakit mata ini sangat jarang berlaku. Punca penyakit Coats juga masih tidak diketahui, walaupun mempunyai kaitan dengan genetik.

    Bagi individu yang mempunyai kondisi ini, saluran darah di belakang retina mata akan tumbuh secara tidak normal dan terdedah kepada pendarahan.

    Kapilari retina yang kaya dengan darah pecah, membocorkan bahagian darah dalam serum ke bahagian belakang mata.

    Apabila penyakit ini terjadi, usaha badan untuk membasmi saluran darah yang rosak dan memperbaiki sebarang kerosakan timbul akan menyebabkan parut.

    Dari masa ke masa, perkara ini boleh menyebabkan retina membengkak lalu berlakunya retina detachment dan kebutaan, serupa dengan masalah neovascular glaucoma yang biasanya dikaitkan dengan diabetes.

    Tanda-tanda amaran awal yang lain termasuk penurunan keupayaan penglihatan dan persepsi kedalaman.

    Penyakit Coats berkembang secara beransur-ansur dan mampu mempengaruhi penglihatan pusat.

    Sekiranya dikesan dengan lebih awal, beberapa tahap penglihatan biasanya dapat dipulihkan.

    Sekiranya tidak dirawat sehingga ke peringkat akhir, penglihatan boleh hilang sepenuhnya.

    Pada peringkat akhir, enukleasi (pembuangan mata yang terkesan) mungkin diperlukan.

    Apakah tanda-tanda yang dicari doktor ketika diagnosis?

    Penyakit Coats sering salah didiagnosis, jadi sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar mata yang berpengalaman dalam menguruskan perkara ini.

    Antara salah satu cabaran yang dihadapi para doktor untuk membuat diagnosis yang tepat adalah pesakit kanak-kanak yang sukar untuk menjelaskan kesakitan yang dialami.

    Selain itu, gejala Coats yang hadir juga boleh menyerupai masalah mata lain seperti retinoblastoma, yang berpotensi mengancam nyawa.

    Walau bagaimanapun, gejala Coats mungkin muncul dalam beberapa gangguan multisistem, seperti Distrofi Muskular Facioscapulohumeral, pembalikan Pericentric Kromosom 3 dan sindrom Alport.

    Sekali lagi, petunjuk untuk diagnosis yang tepat adalah penyakit Coats biasanya hanya simptomatik secara klinikal pada sebelah mata.

    Ia adalah penyakit yang kompleks untuk didiagnosis, justeru amat penting untuk memastikan doktor yang anda temui berpengalaman dengan penyakit ini.

    Bagaimanakah penyakit Coats dirawat?

    ambil gambar bersama anak

    Rawatan untuk penyakit Coats termasuk dengan menghancurkan saluran darah yang tidak normal menggunakan laser, atau dengan cara mengeluarkan cecair dari belakang mata apabila perlu.

    Terdapat 3 tujuan utama perawatan:

    • Menyelamatkan mata
    • Menjaga keselamatan pesakit
    • Menyelamatkan penglihatan

    Sayangnya, para pakar setakat ini masih tidak dapat menemukan penawar bagi penyakit mata Coats.

    Banyak jenis rawatan dan terapi telah digunakan untuk membantu pesakit mengekalkan penglihatan, tetapi masih belum ada cara untuk menyelesaikan masalah kehilangan penglihatan.

    Setakat ini, ibu bapa bergantung pada intervensi awal oleh pakar perubatan yang berpengalaman untuk mengurangkan risiko kebutaan kanak-kanak.

    Apa yang ibu bapa harus tahu?

    Kebiasaannya, ibu bapa adalah orang pertama yang melihat pantulan cahaya putih atau keemasan pada mata anak mereka di dalam gambar.

    Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda mengesan cahaya.

    • Ambil beberapa gambar anak menggunakan flash dalam pencahayaan yang berbeza
    • Lihat foto untuk mengetahui sama ada terdapat cahaya berwarna putih atau keemasan di salah satu atau kedua-dua mata mereka

    Sebagai alternatif, anda boleh meminta pakar pediatrik melakukan pemeriksaan refleks merah.

    Penyakit mata ini masih menjadi misteri bagi pakar mata. Ia dipercayai mungkin disebabkan oleh mutasi somatik gen walaupun kajian mengenainya masih belum dihasilkan lagi.

    Di samping itu, lebih banyak kajian diperlukan mengenai penyakit ini dan masih tidak ada jawapan yang jelas buat masa ini.

    Oleh itu, kepada para ibu bapa, pastikan anda menumpukan perhatian terhadap gambar-gambar anak yang diambil menggunakan flash.

    Sekiranya, terhadap sebarang ketidaknormalan pada mata di dalam gambar anak anda, segera lakukan janji temu dengan pakar mata.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/09/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan