Normal Ke Bila Anak Lelaki Alami Zakar Menegang? Bila Mula Dapat Ereksi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Ereksi adalah satu perkara normal bagi makhluk yang bernama lelaki.

Ia adalah elemen yang sangat penting dalam aspek hubungan seks dan tanpanya maka hambar serta tidak bermaknalah kehidupan di kamar tidur anda dan pasangan.

Disebabkan itu, segala permasalahan berkenaannya seperti mati pucuk, ereksi tidak kuat, ejakulasi pramatang atau lemah libido mesti diselesaikan dengan kadar segera.

Namun ada satu soalan yang pasti sering bermain di fikiran kita semua terutamanya golongan yang bergelar ibu bapa iaitu umur berapa anak lelaki anda akan mula dapat ereksi zakar?

Anda pun ingin mengetahuinya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu ereksi zakar?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua belajar serba sedikit tentang perkara ini terlebih dahulu.

Ereksi adalah satu keadaan di mana zakar mengeras, mengembang dan menegang tatkala menerima rangsangan seksual.

Ini berlaku disebabkan oleh darah yang memasuki saluran pada alat sulit lelaki dan kekal berada di situ semasa projek asmara berlangsung.

Ia kemudiannya akan beransur kebah dan hilang dengan sendirinya selepas lelaki mencapai puncak orgasma lalu mengeluarkan air mani.

Apa punca ereksi zakar?

Seperti yang kebanyakan kita sudah tahu, ketegangan zakar adalah berpunca daripada rangsangan seksual.

Nafsu syahwat boleh terangsang disebabkan oleh beberapa perkara termasuklah:

ereksi

Ini semua adalah punca yang normal namun bagaimana pula jika ia terjadi tanpa sebarang rangsangan yang diperkatakan di atas?

Kadangkala, lelaki pasti perasan zakar mereka mengalami ereksi secara tiba-tiba terutamanya waktu pagi selepas bangun tidur bukan?

Sekiranya ia berlaku kepada anda maka jangan risau kerana ia adalah perkara yang normal.

Pun begitu, ada satu kondisi yang menyebabkan alat kemaluan lelaki naik dan tidak turun sehingga 4 jam atau lebih iaitu priapsm.

Ia adalah satu kondisi yang sangat jarang berlaku dan kebanyakannya dialami oleh lelaki berusia 30 tahun ke atas dan menghidapi anemia sel sabit (sickle cell anemia).

Jadi sila berjumpa doktor jika kalian tidak tahu punca zakar anda menegang tanpa sebarang rangsangan seksual.

Umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalaminya?

Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu umur berapa anak lelaki anda akan mula mengalami ereksi zakar?

Jawapannya adalah tiada usia spesifik yang boleh ditetapkan untuk mereka kerana sejak dari kecil lagi kanak-kanak lelaki boleh mengalaminya.

Ia adalah normal kerana kadangkala zakar boleh menegang tanpa sebarang rangsangan seksual.

Bagaimana pula dengan umur anak lelaki anda mula mengalami ereksi yang disebabkan oleh rangsangan seksual?

Ia juga sama kerana tiada usia yang spesifik untuk perkara ini kerana ia sangat bergantung kepada umur mereka mencapai akil baligh.

Bila usia normal lelaki akil baligh? 

Sebelum itu, wajarlah untuk kita semua tahu maksud akil baligh terlebih dahulu.

Ia adalah ketika di mana tubuh badan seorang kanak-kanak mula berubah ekoran proses menjadi seorang individu yang dewasa.

Bagi kanak-kanak wanita, buah dada mereka akan mula menumbuh dan membesar serta datang haid.

Bagi kanak-kanak lelaki pula, suara mereka akan berubah menjadi garau serta tumbuh bulu pada tubuh badan.

ereksi

Bagaimana pula dengan aspek umur?

Untuk kanak-kanak wanita, purata usia mereka mencapai akil baligh adalah sekitar 11 tahun.

Untuk kanak-kanak lelaki pula, purata usia mereka mencapai akil baligh adalah sekitar 12 tahun.

Pun begitu, ketahuilah bahawa ia adalah berbeza bergantung kepada individu.

Oleh itu, jangan risau sekiranya mereka mencapai akil baligh pada usia bila sekalipun kerana ia adalah proses yang normal untuk kanak-kanak berusia 8 hingga 14 tahun.

Ereksi zakar adalah normal dan penting

Sekarang kita sudah tahu bahawa usia anak lelaki anda mula dapat ereksi zakar adalah pada zaman kanak-kanaknya lagi tanpa sebarang rangsangan seksual.

Untuk ereksi yang disebabkan oleh rangsangan seksual pula, ia adalah bergantung kepada usia mereka mencapai akil baligh iaitu sekitar 12 tahun.

Akhir kata, ia adalah keadaan yang normal dan penting untuk perkembangan anak lelaki anda.

Apa yang kalian patut risaukan adalah jika mereka langsung tidak pernah mengalaminya semasa zaman kanak-kanak atau selepas akil baligh.

Jika perkara ini berlaku, sila berjumpa doktor dengan kadar segera!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

8 Jenis Kanser Ini Berisiko Terjadi Kepada Si Kecil, Ibu Ayah Kena Ambil Tahu Simptomnya

Ibu bapa bertanggungjawab mengambil tahu perihal kesihatan anak. Ini 8 jenis-jenis kanser yang mempunyai kecenderungan dialami kanak-kanak.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 12/02/2021 . 4 minit bacaan

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Ibu Bapa Lebih Suka Paksa Anak Semasa Mengajar? Ini 5 Teknik Berkesan Didik Si Manja

Semua orang tahu, otak kanak-kanak bukan seperti versi mini otak orang dewasa. Ia boleh dibentuk mengikut didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Maka...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanak-Kanak, Perkembangan Kanak-Kanak 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Normal Ke Kalau Lelaki Ada Zakar Berurat? Atau Petanda Masalah Serius? Baca Ini!

Adakah urat zakar timbul ini sesuatu yang normal? Adakah ia memberi kesan kepada ejakulasi lelaki? Jawapan bagi keadaan zakar berurat ada pada artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Penjagaan Zakar 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

aliran darah

Wahai Lelaki, Ambil 8 Suplemen Ini Jika Anda Ingin Tingkatkan Kebolehan Mencapai Ereksi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 01/03/2021 . 3 minit bacaan
tanda lahir

Si Kecil Ada Tanda Lahir? Ini Antara Jenis-jenisnya Yang Patut Ibu Ayah Ketahui

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
batuk berdarah

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 2 minit bacaan
zakar dan faraj

Tahi Palat Boleh Terjadi Pada Lelaki @ Wanita – Ini Cara Membersihkannya, Barulah Selesa

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 15/02/2021 . 3 minit bacaan