home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Penjagaan Bayi 30 Bulan

Pembesaran & Tingkah Laku|Temu Janji Doktor|Apa yang dijangkakan

Pembesaran & Tingkah Laku

Apa yang patut anak saya lakukan semasa tempoh ini?

Anda tidak akan boleh menjangkakan tingkah laku anak anda pada waktu ini. Sebagai contoh, anak anda yang akhirnya berjaya tidur dengan tenang sepanjang malam mula bangun dan pergi ke katil anda pada jam 3 pagi atau anak yang sentiasa patuh menjadi marah, degil dan tidak dapat dikawal. Atau pun, anak yang sudah pandai membuang air di tandas tiba-tiba terkencing di dalam seluar.

Anak anda mempunyai mata dan telinga yang menakjubkan yang boleh mengenal pasti sesuatu perkara dengan teliti. Disebabkan dia sedang mempelajari tentang banyak perkara dan pengalaman baru, dia sudah menyesuaikan diri dengan bunyi, warna, saiz relatif dan pergerakan yang anda mungkin tidak biasa. Jangan terkejut jika mendengar dia berkata “kucing yang mengiau” atau “kasut biru saya.”

Anda akan menyedari beberapa perubahan di dalam contengannya. Apabila kanak-kanak kali pertama belajar menconteng di atas kertas (sekitar umur 12 ke 15 bulan), mereka hanya mampu melakukan garisan lurus dan beralun dengan hampir semua pergerakan tangan mereka dari pergelangan tangan. Sekitar umur 2 tahun setengah, jari kanak-kanak prasekolah menjadi semakin cekap. Anak anda kini boleh memegang krayon antara ibu jarinya dan jari-jari yang lain. Ini memberikannya kawalan yang lebih baik dan beberapa bentuk akan mula kelihatan di atas kertas: orang lidi, pokok, rumah.

Apa yang patut anak saya bersedia lakukan?

Cuba kawal keinginan untuk mentertawakan sebutan dan kesalahan anak anda. Berbanding membetulkan kesalahan tersebut, anda boleh menyebut semula perkataan tersebut kepada anak anda dengan cara yang betul tanpa menyebutkan perbezaannya.

Anda mungkin sedang mencari cara terbaik untuk menerapkan disipilin. Tetapi jangan gunakan cara ini: jangan ambil mainan kegemaran anak anda seperti patung kegemaran sebagai hukuman. Mainan tersebut adalah satu simbol diri anda yang bermakna dan merupakan sumber ketenangan bagi anak anda. Tidak kira betapa anda sedang marah atau apa pun yang anda ingin ajarkan, jangan libatkan sesuatu yang menjadi pusat keselesaan anak anda.

Berikan anak anda peluang menggunakan bahan-bahan seni. Sediakan jenis-jenis yang berbeza: krayon, pensil, pensil warna, pen marker, kapur, cat air dan tanah liat. Jangan terlalu fokuskan pada bentuk seni tersebut; anak anda sedang fokuskan tentang aspek bagaimana.

Temu Janji Doktor

Apa yang patut berlaku kepada anak saya semasa menemui doktor?

Anda tidak harus membandingkan anak anda dengan kawan-kawannya kerana setiap kanak-kanak membesar secara berbeza. Jika dia mempelajari perkataan, skil dan konsep baru secara berkala, maka dia dalam keadaan yang baik. Tetapi jika anak anda kelihatan statik atau terkebelakang dalam perkara tertentu, anda harus berbincang dengan doktor jika intervensi diperlukan. Lebih awal lagi baik.

Apa yang harus saya maklumkan kepada doktor?

Bawa anak anda berjumpa doktor serta merta jika anda mempunyai kebimbangan tentang tanda-tanda abnormal pada dirinya. Jalankan ujian darah jika berisiko mengalami anemia atau keracunan plumbum.

Apa yang dijangkakan

Apa yang saya bimbangkan?

Anak anda sepatutnya sudah boleh berjalan, berlari dan memanjat tetapi julat normal bagi skil motor kecil dan besar adalah luas. Sebagai contoh, kanak-kanak yang cepat belajar mungkin mampu berdiri stabil di atas satu kaki, melompat ke depan dan membaling bola menjelas umur ini. Jika anak anda masih gagal melakukan semua ini, sila buat pemeriksaan dengan doktor.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Toddler Development Now: What’s Normal, What’s Not. http://www.whattoexpect.com/toddler-development/normal-child-development.aspx. Accessed June 3, 2015.
Your 30-month-old: Why regression happens. http://www.babycenter.com/6_your-30-month-old-why-regression-happens_10329652.bc. Accessed June 3, 2015.
Your 30-month-old: An eye for details. http://www.babycenter.com/6_your-30-month-old-an-eye-for-details_10329653.bc. Accessed June 3, 2015.
Your 30-month-old: Learning language. http://www.babycenter.com/6_your-30-month-old-learning-language_10329729.bc. Accessed June 3, 2015.
Your 30-month-old: Creating art. http://www.babycenter.com/6_your-30-month-old-creating-art_10329539.bc. Accessed June 3, 2015.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada 16/04/2018
x