backup og meta

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 9 jam lalu

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Anak Selalu Sangat Demam? Parents, Ini 5 Vitamin Untuk Kuatkan Imuniti Si Manja!

Anak demam tak kebah walaupun makan ubat? Ia mungkin petanda sistem imun mereka lemah dan memerlukan sokongan tambahan. Dengan pengambilan vitamin untuk anak kerap demam yang sesuai, anda dapat memperkuat sistem imun si manja dan membantu mereka untuk melawan jangkitan dengan dengan lebih efektif!

Teruskan membaca artikel ini untuk ketahui 5 senarai vitamin untuk kuatkan antibodi kanak-kanak!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Mengapa anak demam tak kebah walaupun makan ubat?

Demam merupakan tindak balas semula jadi tubuh badan manusia untuk melawan jangkitan. Namun, jika anak anda terlalu kerap mengalami demam, ia mungkin menandakan sistem imun mereka yang lemah.

Faktor seperti pemakanan yang tidak seimbang, kurang tidur, atau terdedah kepada kuman dan bakteria boleh menjadi penyebab utama.

Di sinilah peranan vitamin untuk anak kerap demam yang bertindak sebagai pelengkap kepada diet harian anak anda.

Dengan menambah vitamin ke dalam diet harian si kecil, ia dapat membantu tubuh mereka untuk melawan jangkitan dengan lebih berkesan.

Bagaimana cara untuk memberi vitamin kepada anak?

  • Pemakanan seimbang: pastikan diet harian anak anda mengandungi pelbagai makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral
  • Suplemen: jika sukar untuk mendapatkan nutrien daripada makanan sahaja, suplemen yang dirumus khas untuk kanak-kanak boleh menjadi pilihan
  • Konsisten: berikan vitamin secara konsisten, tetapi jangan lupa untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan sebarang suplemen
cara meningkatkan imun tubuh anak
5 tip untuk tingkatkan imuniti kanak-kanak.

5 vitamin untuk anak kerap demam

Untuk membantu anak yang kerap demam, pemilihan vitamin yang tepat dapat memberikan sokongan tambahan kepada sistem imun mereka. Berikut adalah beberapa cadangan vitamin yang boleh membantu si kecil anda kembali aktif dan sihat.

#1. Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Chewable Tablet – Strawberry (30mg x 100’s)

Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Chewable Tablet adalah suplemen yang mudah diambil oleh kanak-kanak dalam bentuk tablet kunyah yang kenyal. Setiap tablet mengandungi 30mg vitamin C yang membantu meningkatkan sistem imun anak demam lebih 5 hari yang masih belum kebah.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun, tablet kunyah ini juga hadir dengan rasa strawberi yang enak dan diukir dengan bentuk unik iaitu 26 abjad, menjadikannya lebih menyeronokkan untuk anak-anak belajar sambil menjaga kesihatan.

#2. Gummykids Immu-C Gummy Strong 60s, salah satu vitamin anak demam lebih 5 hari

Dirumus khas dengan kombinasi vitamin C, zink, dan colostrum, suplemen kunyah ini membantu memperkuat sistem imun anak-anak dan meningkatkan ketahanan tubuh. Ia juga mengandungi antioksidan yang melindungi si manja anda daripada penyakit serta menyokong kesihatan kanak-kanak yang sedang membesar.

Dengan rasa yang enak dan diukir dengan bentuk bintang, suplemen ini juga menjadi pilihan yang sesuai untuk memastikan anak-anak mendapat nutrisi yang diperlukan untuk kekal sihat dan aktif.

#3.CHAMPS Vitamin C – Blackcurrant 100mg (100’s)

Tablet kunyah ini direka khas untuk meningkatkan sistem imun dan kesihatan kanak-kanak yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit. Ia juga sesuai diambil sekiranya si manja anda kurang makan buah-buahan kerana ia mengandungi perisa buah-buahan yang lazat iaitu blackcurrant.

Setiap tablet mengandungi 100mg vitamin C, yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi tubuh daripada sebarang jangkitan dan mempercepat proses penyembuhan.

Vitamin untuk anak kerap demam #4. Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Immunity 60 Pastilles

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies Immunity 60 Pastilles adalah suplemen berperisa beri yang lazat yang dirumus khas untuk menyokong sistem imun kanak-kanak. Mengandungi gabungan nutrien penting seperti vitamin C, zink, dan Echinacea, vitamin ini membantu meningkatkan daya tahan tubuh serta melawan gejala seperti selesema dan hidung berair.

Dengan rasa yang enak dan tekstur lembut yang mudah dikunyah, ia menjadi pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun.

Pun begitu, produk ini mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan reaksi alahan. Elakkan daripada mengambil vitamin ini jika anak anda mempunyai alahan atau asma. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mencuba vitamin ini.

#5. CHEWIES Children Chewable Vitamin C 100MG 75’s, antara vitamin untuk anak kerap demam

CHEWIES Children Chewable Vitamin C adalah salah satu vitamin untuk anak kerap demam yang kaya dengan sumber antioksidan penting untuk melindungi tubuh badan kanak-kanak daripada radikal bebas.

Malah, vitamin untuk kuatkan antibodi kanak-kanak ini juga dapat meningkatkan kesihatan gusi, dan mempercepat proses penyembuhan pada luka, sambil mempunyai rasa tekstur lembut dan lazat yang pasti digemari kanak-kanak.

Kesimpulan

Anak demam tak kebah walaupun makan ubat tidak semestinya menunjukkan masalah serius, tetapi ia adalah petanda bahawa mereka memerlukan sokongan tambahan untuk imuniti.

Tetapi ingat, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang vitamin untuk anak kerap demam, terutama jika mereka mempunyai sebarang alahan atau keadaan kesihatan tertentu ya?

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Does My Child Need A Supplement? https://www.eatright.org/health/essential-nutrients/supplements/does-my-child-need-a-supplement. Diakses Disember 16, 2024.

Vitamins. https://kidshealth.org/en/kids/vitamin.html. Diakses Disember 16, 2024.

Do Kids Need Vitamin Supplements? https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/do-kids-need-vitamin-supplements. Diakses Disember 16, 2024.

Children, vitamins and minerals. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/children-and-vitamins. Diakses Disember 16, 2024.

Vitamins for Kids: Do Children Really Need Supplements? https://health.clevelandclinic.org/multivitamin-for-kids. Diakses Disember 16, 2024.

Versi Terbaru

18/12/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid

Adakah artikel ini bermanfaat?


Artikel Berkaitan

Ibu Ayah, Berikan Anak 6 Makanan Penting Ini, Baik Untuk Kanak-Kanak Sedang Membesar

Anak Kerap Demam? Ketahui 5 Punca Utama Kenapa Si Kecil Demam Berulang!