backup og meta

Selain Milk Booster, Ibu Muda Ini Kongsi 5 Rahsia Banyakkan Susu Badan Yang Kering!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022

    Selain Milk Booster, Ibu Muda Ini Kongsi 5 Rahsia Banyakkan Susu Badan Yang Kering!

    Risau susu badan tak cukup untuk si manja? Kami pasti ramai ibu terutama yang baru sahaja pertama kali menimang cahaya mata serta menyusu badan, mencari cara banyakkan susu badan yang kering.

    Sebenarnya, ia tidak sukar asalkan ibu tahu teknik atau kaedah yang betul. Tak percaya? Ibu muda ini ada tip untuk dikongsikan bersama pembaca di luar sana.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Susu ibu pilihan yang terbaik

    The American Academy of Pediatrics (AAP) menyatakan bahawa susu ibu adalah sumber nutrisi terbaik untuk bayi dan perlu diberikan secara eksklusif ketika enam bulan pertama.

    Ini kerana ia mengandungi banyak faedah untuk si kecil anda dalam aspek menambah antibodi semula jadi untuk melawan kuman, bakteria dan virus punca pelbagai jenis penyakit.

    Kajian juga telah mendapati bahawa bayi yang minum susu badan ibu mereka mempunyai tindak balas antibodi baik terhadap vaksin berbanding bayi yang minum susu formula.

    cara banyakkan susu badan yang kering

    Ada banyak lagi manfaat susu ibu yang lain, jadi tidak dapat disangkal ia sudah pasti merupakan pilihan sumber nutrisi terbaik untuk perkembangan, pembelajaran dan tumbesaran anak anda.

    Seiring dengan penjelasan pakar, ramai ibu yang mahu menyusukan bayi dengan susu badan. Namun, akan timbul masalah besar apabila susu di dalam payudara itu mulai kering!

    Ibu muda ini kongsi cara banyakkan susu badan yang kering!

    Puan Nurul Amira Badrul Hisham bersama pasangannya, Encik Mohd Safwan Salim menimang cahaya mata sulung mereka, Muhammad Arish dengan berat 3.3 kg di Hospital Kulai, Johor pada tanggal 3 Mac 2021.

    Menurut Puan Amira, sebagai first time mom, dia juga tidak lari daripada berasa runsing jika ada masalah pada susu badan.

    Ternyata sama seperti kebanyakan ibu lain, dia turut berdepan cabaran masalah susu badan kering di peringkat awal selepas bersalin.

    Tidak mahu emosi terus menguasai diri, dia berpandangan positif menganggap masalah ini biasa berlaku pada ibu yang pertama kali bersalin, di mana tubuh badan mereka memerlukan sedikit masa untuk lebih bersedia memasuki alam keibubapaan.

    “Buat para ibu baru, kita perlu tahu dan belajar banyak tips keibubapaan seperti cara banyakkan susu badan yang kering supaya pengalaman ini dapat kita guna pakai untuk kelahiran yang akan datang pula,” kata Puan Amira.

    Berikut beberapa tips banyakkan susu badan yang ibu muda ini amalkan:

    cara banyakkan susu badan yang kering

    Petua banyakkan susu badan #1. Urut payudara

    Pertama, cara banyakkan susu badan yang kering adalah dengan melakukan urutan khas pada payudara bagi melancarkan lagi proses penghasilan dan pengeluaran susu badan secara semula jadi.

    Puan Amira sendiri telah menjalani beberapa kali sesi urutan. Menurutnya, susu badan mulai ada lalu bertambah lebih banyak selepas melalui sesi urutan kali keempat dan seterusnya.

    #2. Pam susu

    Berkongsi lagi cara banyakkan susu badan yang kering, ibu muda ini turut mengamalkan tabiat mengepam susu semasa bayi tidak menyusu.

    Selain bertujuan merangsang pengeluaran susu badan, ini juga persediaan untuknya membuat simpanan susu buat kegunaan bayi kelak.

    “Ini penting agar susu yang masih ada di dalam payudara tidak menjadi kering apabila dibiarkan terlalu lama. Saya percaya, jika susu tidak dipam, ia bakal beri kesan pada penghasilan susu ibu,” ujarnya.

    #3. Kawal waktu anak menyusu

    Perkara paling penting, para ibu perlu kawal waktu anak menyusu dengan membuat jadual khas.

    “Setiap 2 ke 3 jam sekali dalam sehari, susu dalam badan kena keluar untuk diberikan atau disimpan dalam botol kalau Arish tengah tiada ‘mood‘ untuk menyusu, bolehlah untuk elak susu mengeras dan kering,” jelas Puan Amira.

    Petua banyakkan susu badan #4. Amalkan diet ideal dan sihat

    Dalam usaha merangsang susu ibu yang terbaik buat si kecil, ibu muda ini juga mula mengamalkan diet ideal dan sihat – lengkap dengan nutrisi yang diperlukan oleh si ibu serta bayi.

    Tambahnya, sayuran seperti lobak putih dan sawi hijau sering menjadi pilihan ekoran ia berkesan membantunya untuk membuat susu dalam badan itu tidak kering, malah lebih banyak lagi.

    cara banyakkan susu badan yang kering

    #5. Ambil milk booster

    Menurutnya, cara banyakkan susu badan yang kering itu juga perlu meliputi pengambilan milk booster sama ada secara moden atau tradisional. Beberapa makanan sunnah seperti kurma dan madu juga membantunya memperbanyakkan susu.

    Tips banyakkan susu badan paling penting #6. Elak stres

    Turut mendengar nasihat dan saranan daripada doktor dan bidan, Puan Amira juga sentiasa memastikan emosinya stabil dan tidak terganggu, lagi-lagi di fasa awal penyusuan.

    “Walaupun ada masalah susu kering masa awal menyusu, doktor dan bidan yang menjaga saya sentiasa ingatkan supaya kawal stres, tak kiralah stres dari segi fizikal atau mental. Dengan ini, tubuh badan ibu akan lebih relaks sekali gus dapat menghasilkan susu badan yang terbaik,” ujarnya.

    Mengakhiri perbualan, Puan Amira tidak menolak kemungkinan ada banyak lagi cara banyakkan susu badan yang kering sama ada secara moden atau tradisional. Namun, saranannya agar setiap ibu mendapatkan informasi dan nasihat doktor dahulu sebelum mencuba sebarang cara.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan