backup og meta

Ibu Dah Nak Mula Kerja? Belajar 7 Tip Mudah Ini Bagi Anak Menyusu Guna Botol, BERKESAN!

Ibu Dah Nak Mula Kerja? Belajar 7 Tip Mudah Ini Bagi Anak Menyusu Guna Botol, BERKESAN!

Anda akan kembali bekerja tidak lama lagi dan si kecil masih sukar menyusu menggunakan botol? Jangan bimbang, kerana ada cara ajar anak susu botol yang boleh anda dicuba.

Ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tip tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

7 cara ajar anak susu botol

Bayi memerlukan susu yang mencukupi untuk membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan kuat. Seawal usia mereka lagi, susu ibu merupakan pilihan yang terbaik. Namun lama kelamaan, si ibu mungkin akan terpaksa memperkenalkan si kecil mereka dengan susu botol terutamanya yang berkerjaya.

Keadaan ini mungkin akan mengganggu bayi anda kerana mereka masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka terpaksa berpisah dengan sumber makanan dan minuman utama mereka. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?

[embed-health-tool-vaccination-tool]

#1. Biasakan si kecil dengan puting susu botol

Cara ini dapat dilaksanakan dengan menyusukan bayi dengan susu badan yang telah diisi di dalam botol setiap kali selepas menyusu badan.

Namun anda diingatkan untuk mengisi botol tersebut dengan susu dalam amaun yang sedikit sahaja. Ini hanyalah praktis untuk membiasakan mereka dengan puting yang bakal digunakan kelak.

cara ajar anak susu botol

#2. Gunakan puting botol dengan lubang yang kecil

Bagi kebanyakan kanak-kanak terutamanya yang masih bayi, puting botol biasa dengan lubang yang besar akan menjadikan mereka lemas dengan susu.

Bagi peringkat awal, gunakan puting botol dengan lubang yang kecil terlebih dahulu.

#3. Pastikan susu botol yang digunakan adalah ‘fresh’, antara cara ajar anak susu botol

Sebaiknya, anda gunakan susu yang ‘fresh’ iaitu susu yang baru sahaja dipam daripada payudara anda dan belum dibekukan.

Konsepnya sama sahaja seperti makanan yang kita makan. Bayangkan makanan yang baru sahaja dimasak, dimasukkan ke dalam mulut. Begitu juga halnya dengan susu badan.

Anda mungkin berminat:

#4. Pastikan posisi menyusu betul

Ini sangat penting untuk memastikan bayi dan anda sendiri berasa selesa. Sebagai contoh, anda boleh meletakkan bayi pada posisi sepertimana anda menyusukan bayi dengan susu badan.

Paling penting, anda perlu memastikan kepala mereka berada pada kedudukan yang agak tinggi untuk mengelakkan bayi tersedak.

#5. Berikan susu ketika si kecil belum lapar

Anda diingatkan untuk tidak memberi susu ketika bayi sudah lapar. Ini untuk mengelakkan mereka daripada mengamuk dan langsung hilang minat untuk menyusu.

Jadi, berikan susu kepada mereka apabila bayi berada dalam keadaan yang tenang dan aman.

#6. Biarkan individu lain menyusukan si kecil bagi pihak anda

cara ajar anak susu botol

Jika si ibu menggunakan susu botol untuk menyusukan bayi, ia hanya akan mendatangkan kekeliruan kepada si kecil kerana mereka menjangkakan untuk menyusu badan.

Oleh itu, anda boleh minta bantuan daripada individu lain yang rapat dengan anda terutamanya pasangan anda untuk melakukannya bagi pihak anda.

#7. Ibu, jauhkan diri daripada si kecil, antara salah satu cara ajar anak susu botol

Bayi boleh mengesan bau ibunya walaupun anda berada di dalam bilik yang bersebelahan dengannya.

Oleh itu, si ibu perlu menjauhkan diri anda buat seketika ketika individu lain sedang menyusukan bayi anda dengan susu botol bagi mengelakkan kekeliruan berlaku.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Introducing the Bottle. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/Introducing-the-Bottle.aspx, Accessed on Sept 3, 2022
  2. Introducing a Bottle to a Breastfed Baby. https://www.llli.org/breastfeeding-info/introducing-a-bottle-to-a-breastfed-baby/, Accessed on Sept 3, 2022
  3. When to Introduce the Bottle. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/breastfeeding/introduce-the-bottle/, Accessed on Sept 3, 2022
  4. Introducing a Bottle. https://www.breastfeedingnetwork.org.uk/introducing-a-bottle/, Accessed on Sept 3, 2022
  5. Planning to Be Away from Your Baby: Introducing a Bottle. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=planning-to-be-away-from-your-baby-introducing-a-bottle-90-P02705, Accessed on Sept 3, 2022

Versi Terbaru

03/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Risau Susu Badan Tak Cukup? Ini 9 Cara Banyakkan Susu Ibu, No. 7 Paling Senang!

4 Sebab Kenapa Anak Bawah 5 Tahun TAK BOLEH Minum Susu Alternatif, Ibu Ayah Jangan Degil!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan