Bayi Menyusu Badan Kurus & Kurang Berat? Ibu Jangan Risau, Ada Penyelesaiannya

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Susu badan atau formula, kedua-duanya menawarkan manfaat untuk tumbesaran si manja. Tetapi mengapakah berat badan bayi yang diberi penyusuan susu ibu selalu kurang berbanding susu formula?

Perubahan berat badan bayi & penyusuan susu ibu

Kadangkala, bayi yang menyusu badan secara eksklusif akan berdepan pertambahan berat badan yang perlahan. Adakalanya langsung tiada peningkatan antara 2 hingga 4 bulan. 

Tetapi umumnya, keadaan berat badan bayi yang naik perlahan ini adalah sesuatu yang normal. 

Piawaian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah rujukan terbaik berkaitan tumbesaran bayi yang menyusu badan untuk tempoh 2 tahun pertama.

Garis panduan untuk pengukuran berat badan dan pertumbuhan bayi adalah:

  • Bayi kehilangan 5-10% berat lahir pada minggu pertama dan memperolehinya semula dalam tempoh 2 minggu
  • Berat kelahiran bayi akan bertambah 2x ganda pada bulan ke-4 dan 3x ganda pada bulan ke-13 untuk bayi lelaki dan bulan ke-15 bagi perempuan
  • Panjang kelahiran akan meningkat 1.5x dalam 12 bulan
  • Ukur lilit kepala kelahiran meningkat sekitar 11 cm dalam 12 bulan

Walau bagaimanapun, 1 perkara yang utama, setiap bayi akan mengalami proses tumbesaran yang berbeza dan garis panduan tersebut hanyalah sekadar panduan umum. 

Kebimbangan ibu tentang berat badan bayi

Tidak kira sama ada penyusuan susu ibu mahupun susu formula, berat badan bayi akan menurun setelah dilahirkan. 

Bayi yang diberikan susu ibu, biasanya akan mula kehilangan berat seawal 3 hari pertama selepas kelahiran. 

berat badan bayi

Ramai ibu yang bimbang tentang keadaan bayi tidak cukup berat badan dan risau seandainya si manja tidak memperolehi susu badan yang mencukupi. 

Pun begitu, ada beberapa tanda penyusuan susu ibu mencukupi, seperti:

  • Selepas berusia 5 hari, sekurang-kurangnya 5 lampin pakai buang yang basah sepenuhnya atau 6 hingga 8 lampin kain menjadi sangat basah dalam tempoh 24 jam
  • Air kencing yang pucat. Jika warna air kencing bayi pekat dan berbau, itu adalah petanda si manja tidak mendapat susu yang mencukupi
  • Najis dalam saiz yang baik dan lembut. Pada usia bawah 6 hingga 8 minggu, bayi perlu mempunyai 3 atau lebih pergerakan usus yang cair (najis cair) dan berukuran tapak tangan bayi. Selepas usia ini, ia keadaan normal untuk bayi untuk membuang air besar

Ibu-ibu harus ingat, apa yang masuk mesti dikeluarkan!

Selain tanda-tanda di atas, terdapat beberapa petunjuk lain yang boleh menandakan penyusuan susu ibu adalah mencukupi, iaitu:

  • Terdapat kenaikan berat badan selepas penurunan berat sejurus kelahiran bayi. Selain itu, saiz ukuran kepanjangan kepala si manja juga bertambah
  • Warna kulit bayi sesuai serta otot badan baik
  • Bayi memenuhi titik perkembangan dan tumbesaran standard

Sama seperti individu dewasa yang kecil, bayi juga boleh bersaiz kecil. 

Paling penting adalah bayi anda kelihatan gembira dan sihat, mencapai titik perkembangan dan tidak kelihatan seperti mengalami kekurangan berat badan.

Di samping itu jika si manja mempunyai jumlah membuang air kecil dan besar yang baik, keadaan berat badan si manja yang kecil itu mungkin melibatkan faktor genetik (keluarga).

Punca berat badan bayi tidak bertambah

Kalau susu badan yang diberikan mencukupi tetapi berat badan si manja masih tidak bertambah atau masih rendah, kenapa ya?

Ibu, sekiranya si manja sudah diberikan susu yang mencukupi tetapi masih mempunyai berat badan yang rendah, mungkin ia petunjuk kepada keadaan kesihatan tertentu.

Ini terutamanya jika keadaan bayi jelas kelihatan seperti kurang berat, kulit yang berkedut tetapi masih mempunyai jumlah pergerakan usus yang baik sebagai tanda penyusuan yang mencukupi.

Bayi mungkin mempunyai masalah kesihatan yang menjadi punca pertambahan berat perlahan. 

Terdapat banyak keadaan yang boleh mempengaruhi kenaikan berat badan, seperti:

  • Alahan teruk terhadap diet pemakanan ibu boleh menjadi punca kenaikan berat badan yang rendah
  • Jangkitan – sama ada selesema sehingga jangkitan saluran kencing
  • Kerap muntah – bermakna bayi tidak menyimpan susu yang mencukupi untuk membesar

Jika ini keadaan yang dialami, bawa bayi untuk pemeriksaan perubatan dengan segera bagi mengenal pasti situasi sebenar yang berlaku.

susu formula

Bayi menyusu badan vs susu formula

Pastinya ada yang ingin mengetahui kenapa berat badan bayi yang diberikan susu formula lebih besar, kan?

Salah satu sebabnya adalah berat bayi yang diberi susu ibu pada usia kurang setahun adalah kerana mereka akan berhenti menyusu apabila kenyang. 

Keadaan ini berbeza dengan bayi diberikan susu formula, yang boleh menghabiskan sebotol dan akhirnya mendapat lebih banyak makanan daripada yang diperlukan.

Susu formula juga mempunyai komposisi protein yang berbeza daripada susu ibu, sekali gus menyebabkan perubahan dalam metabolisme badan si manja.

Walau apa pun cara penyusuan yang diberikan kepada si manja, perkara yang paling penting adalah memberi anak anda makanan, penjagaan, dan kasih sayang yang mencukupi!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan? Ini Penjelasan Saintifik & 17 Cara Pujuk Si Manja

Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan ‘gangguan’ tapi benarkah? Pakar kata bayi menangis kerana masalah kolik bayi. Ikuti penjelasannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 30/12/2020 . 3 minit bacaan

Si Manja Sudah Setahun Tapi Tak Cukup Berat? Ibu Boleh Cuba 8 Tip Ini, Pasti Berkesan!

Si manja kurang berat merupakan masalah dalam aspek penjagaan anak. Ada beberapa cara menaikkan berat badan bayi yang boleh diamalkan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Bayi, Keibubapaan, Penjagaan Bayi 24/12/2020 . 3 minit bacaan

Risau Susu Badan Tak Cukup? Apa Kata Ibu Cuba 5 Resepi Sedap & Berkhasiat Ini!

Setiap ibu pastinya mahu memberikan terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Ini ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Pemakanan Sihat, Resepi Sihat 22/12/2020 . 4 minit bacaan

Pelik Bila Ada Wanita Yang Selalu Cirit-Birit Waktu Haid? Ini Namanya ‘Period Poop!’

Haid berpotensi menyebabkan kekejangan, perubahan mood dan jerawat. Tetapi, ia juga boleh mendatangkan 'malapetaka' pada sistem pencernaan anda!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Artikel lain untuk anda

peranan ibu bapa

Si Kecil Nak Buat Semua Perkara Sendiri? Sebagai Parents Ini Cara Untuk Galakkan Anak Berdikari

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 27/01/2021 . 3 minit bacaan
selepas bersalin

Tiada Lagi Masalah Perut Menggeleber Selepas Bersalin! Nah, Cuba 9 Petua Ini, Tak Perlu Surgeri!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 13/01/2021 . 3 minit bacaan
penyusuan susu ibu

Ini Cara Mudah Elak Anak Obes Apabila Besar, Ibu Kena Berikan Si Manja Susu Badan Eksklusif

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/01/2021 . 3 minit bacaan
perkembangan kanak-kanak

Ibu Ayah, Ini Cara Menilai Perkembangan & Tumbesaran Anak 1-3 Tahun

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 30/12/2020 . 3 minit bacaan