Seronoknya rasa hati tatkala ingin menyambut cahaya mata. Ketika hamil, salah satu perkara yang dinanti-nantikan adalah jantina anak yang bakal lahir. Tetapi, benarkah ada tanda untuk meneka jantina anak? Ada orang kata bentuk perut mengandung anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.
Ketika baby bump mula menunjukkan diri, pasti ramai yang akan menghampiri ibu dan cuba meneka jantina bayi berdasarkan bentuk baby bump tersebut. Ada yang kata, perut mengandung anak lelaki lebih bulat dan besar serta menyerupai bola keranjang. Benarkah cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut?
Walau bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran di sebalik semua ‘tekaan’ ini? Benarkah ada cara untuk kita ketahui jantina anak yang dikandung melalui bentuk perut? Bolehkah cara mengetahui kehamilan dengan meraba perut?
Tidak dinafikan, ada banyak tanda hamil anak lelaki ikut petua orang lama. Ada juga yang kata bentuk perut mengandung anak lelaki boleh dibezakan dengan anak perempuan.
Nak tahu lebih lanjut mengenai tanda-tanda hamil anak lelaki mengikut kata orang dulu-dulu? Mari ikuti kupasan kami di bawah.
Tetapi, jangan pula percaya bulat-bulat ya! Semua ini hanyalah kata orang tua-tua sahaja. Tidak ada cara yang lebih berkesan untuk mengetahui jantina anak selain melakukan imbasan ultrasound.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Tanda hamil anak lelaki ikut petua orang lama
Jarang alami morning sickness? Bentuk perut juga memboyot ke bawah? Hmm, ini mungkin antara tanda anda sedang hamil anak lelaki!
Tetapi, adakah tanda-tanda lain yang menunjukkan ibu sedang hamil anak lelaki?
Di bawah, kami sediakan mitos yang lazim dikaitkan dengan anak lelaki. Kata orang, bentuk perut mengandung anak lelaki juga berbeza tau!
1. Ibu jarang sekali mabuk hamil
Pada awal kehamilan, morning sickness merupakan musuh utama ibu.
Rasa mual, hendak muntah dan sering pening kepala membuatkan pergerakan ibu terbatas. Malah, kerja pun rasa sukar untuk dibereskan!
Namun, jika ibu jarang alami morning sickness, ini mungkin tanda anak yang dikandung adalah bayi lelaki!
Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan 80% wanita akan alami mabuk hamil tidak kiralah apa jua jantina bayi dalam kandungan. Jadi, jika ibu jarang alami mabuk hamil, jangan yakin sangat ya anak yang dikandung itu lelaki!
2. Teringin makan makanan masin
Suka makan makanan masin seperti keropok? Ini mungkin tanda anda hamil anak lelaki!
Manakala, untuk mereka yang hamil anak perempuan pula, ibu selalunya akan mengidam makanan manis seperti coklat, buah atau gula-gula.
Namun, ibu jangan pula percaya bulat-bulat. Hingga hari ini, masih belum ada sebarang kajian yang dapat membuktikan bahawa mengidam makanan tertentu berkait rapat dengan jantina anak.
Mungkin ibu cuma teringin untuk makan makanan tersebut ketika hamil!
3. Bentuk perut mengandung anak lelaki berbeza dan lebih rendah
Antara tanda hamil anak lelaki ikut petua orang lama ialah bentuk perut yang lebih rendah daripada biasa.
Malah, perut yang nampak jatuh sebelum trimester ketiga merupakan satu klu yang kuat menandakan anda sedang hamil anak lelaki!
Namun, menurut pakar, bentuk perut mengandung anak lelaki dan perempuan tiada bezanya. Malah, perbezaan bentuk ini bergantung pada posisi bayi dan juga jumlah kehamilan sebelumnya.
4. Wajah ibu lebih berseri, nampak glowing!
Orang dulu-dulu kata, anak perempuan akan ‘mencuri’ kecantikan ibu.
Jadi, besar kemungkinan wanita yang hamil dengan anak perempuan akan mengalami masalah kulit seperti jerawat.
Berbeza pula dengan wanita yang hamil anak lelaki. Wajah ibu akan nampak lebih berseri dan glowing. Malah, ibu juga jarang alami masalah kulit.
5. Kaki selalu rasa sejuk tanda anak lelaki
Selain bentuk perut mengandung anak lelaki yang berbeza, ibu juga mungkin akan kerap rasa sejuk pada kawasan kaki. Ini merupakan tanda hamil anak lelaki ikut petua orang lama.
Walau bagaimanapun, menurut pakar, perubahan suhu badan ketika hamil merupakan sesuatu yang biasa. Malah, ia mungkin berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon.
Jadi, tidak hairan jika ibu mengandung kerap rasa panas atau sejuk secara tiba-tiba.
Bila saya boleh ketahui jantina bayi?
Selalunya, ibu akan mengetahui jantina bayi melalui imbasan ultrabunyi pada minggu ke-18 hingga 21 kehamilan.
Walau bagaimanapun, imbasan ini bukanlah 100% tepat. Kadangkala, berlakunya kesilapan semasa melihat jantina bayi.
Kepada ibu yang sedang hamil di luar sana, tahniah kami ucapkan! Sudah tentulah, meneka jantina bayi akan menjadi salah satu kenangan manis antara suami isteri ketika kehamilan.
Walau bagaimanapun, jangan 100% percaya mengenai mitos atau kata orang.
Fakta
Tetapi, tidak salah jika ibu ingin meneka jantina anak. Lagipun, peluang untuk meneka dengan betul adalah 50:50!
[embed-health-tool-due-date]