Bolehkah melakukan hubungan seks semasa mengandung? Adakah ia boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan?
Ini panduan senggama yang perlu anda ketahui.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Selamatkah melakukan seks semasa mengandung?
Walaupun anda dan pasangan mungkin berasa bimbang, namun hubungan seks adalah perkara semula jadi dan boleh dianggap sebagai sebahagian daripada proses kehamilan normal.
Penetrasi dan persetubuhan yang berlaku tidak akan mendatangkan bahaya kepada bayi.
Ini kerana bayi dalam kandungan dilindungi oleh abdomen dan dinding otot rahim.
Malahan bayi juga mendapat perlindungan daripada cecair amniotik dalam ketuban.
Jadi jangan hindari hubungan intim jika ada keinginan.
Selari dengan perubahan hormon dalam badan, anda mungkin akan mendapati keinginan seksual untuk mengadakan seks semasa mengandung datang dan pergi.
Ini 1 keadaan yang normal ketika sedang berbadan dua.
Panduan senggama ketika hamil
Ini bermakna hubungan intim ketika hamil tidak salah dan tidak berbahaya, cuma perlu mengetahui cara yang betul.
Jadi berikut panduan senggama untuk 3 trimester kehamilan agar anda berasa selamat dan paling penting, puas ketika bersama:
Seks semasa mengandung trimester 1
Pada trimester pertama, anda mungkin akan berdepan kesukaran untuk melakukan hubungan intim apabila mengalami loya akibat mabuk pagi yang teruk. Anda tidak keseorangan.
Malahan kebanyakan wanita, turut berdepan masalah mual dan muntah hampir sepanjang hari.
Ini mungkin berpunca daripada tindak balas hormon kehamilan hCG (human chorionic gonadotropin).
Hormon estrogen dan progesteron juga memainkan peranan dalam perubahan ini dengan memperlahankan proses pencernaan badan anda.
Keletihan yang dialami juga menyebabkan keinginan untuk bersama juga terbang melayang.
Sekiranya anda ingin bersenggama, mungkin anda boleh lakukan sedikit perubahan waktu. Seperti bersetubuh sebelum tidur berbanding pada waktu pagi.
Keinginan bersama memuncak
Perubahan yang berlaku semasa kehamilan turut boleh memberikan kesan kepada libido wanita.
Jika ini yang berlaku, anda adalah antara yang bertuah.
Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada hormon kehamilan, bersama peningkatan darah pada labia, kelentit dan faraj kerana membuatkan anda berasa lebih sensitif.
Keadaan ini sekali gus dapat meningkatkan orgasma.
Risiko keguguran?
Usah bimbang, hubungan seksual yang dilakukan ketika hamil adalah selamat, walaupun pada 12 minggu pertama kehamilan.
Bagaimana kalau pasangan anda khuatir akan mendatangkan bahaya kepada bayi?
Ia adalah 1 perasaan normal untuk dialami kebanyakan bakal bapa.
Yakinkan kepadanya bahawa bayi dalam kandungan adalah selamat dan jauh daripada capaian zakarnya.
Seks semasa mengandung trimester 2
Jika tidak berdepan sebarang masalah kesihatan, terdapat pelbagai posisi bersetubuh yang selamat untuk dicuba.
Senggama ketika mengandung adalah mengenai mencuba dan mengetahui kesilapan.
Panduan senggama berkaitan 3 posisi seks yang sesuai:
- Posisi sisi
Sama ada anda bersemuka atau spooning, posisi ini dikatakan terbaik kerana perut anda berada dalam keadaan selesa dan mendapat sokongan yang diperlukan.
Malahan penetrasi yang berlaku juga tidak akan begitu dalam semasa melakukan gaya ini.
- Posisi missionary
Jika anda mahukan pasangan untuk berada di atas, pastikan si dia menyokong beratnya dengan tangan dan tidak memberikan bebanan kepada anda.
Pastikan seks yang dilakukan pada posisi ini berjalan dengan cepat dan pantas.
Ini kerana selepas bulan ke-4, anda tidak digalakkan untuk memberikan bebanan berlebihan kepada belakang badan.
- Posisi cowgirl
Melakukan seks pada kedudukan ini dianggap terbaik untuk trimester pertama dan kedua.
Pada posisi ini, anda mempunyai kelebihan untuk mengawal aksi seks yang dilakukan.
Selamatkah jika melakukan seks oral?
Seks oral adalah selamat untuk dilakukan ketika mengandung. Cuma pastikan pasangan anda tidak menghembuskan udara ke dalam faraj.
Walaupun jarang berlaku, tindakan tersebut boleh menyebabkan embolisme udara menyekat saluran darah dan berisiko mengancam nyawa.
Malahan, jika anda tertelan air mani semasa hamil juga tidak mendatangkan bahaya.
Mengalami kekejangan ketika seks
Jangan risau, ia adalah 1 ketidakselesaan normal yang berlaku kerana peningkatan aliran darah ke bahagian pelvis semasa hamil dan pergerakan biasa organ seksual ketika seks.
Ia juga kerana kontraksi normal rahim selepas bersetubuh.
Seks semasa mengandung trimester 3
Seandainya terdapat cecair mengalir pada payudara, ia dikenali sebagai kolostrum.
Ia adalah susu badan yang mula dihasilkan pada trimester ke-3.
Rangsangan seksual yang berlaku boleh mendorong payudara untuk mengeluarkannya. Usah terkejut.
Ini adalah sebahagian daripada persediaan badan untuk menerima kedatangan bayi.
Berlaku sedikit pendarahan?
Bertenang! Bahagian bukaan rahim – serviks – menjadi lembut dan melekit semasa hamil.
Jadi tompokan darah yang kecil mungkin akan muncul, khususnya melibatkan penetrasi dalam ketika seks di penghujung kehamilan.
Pendarahan juga boleh berlaku pada ketika seks pada awal kehamilan. Ia tidak berbahaya.
Namun anda boleh mendapatkan pandangan doktor jika ada kebimbangan.
Seks adalah selamat
Melakukan seks semasa mengandung, tanpa mengira trimester kehamilan dianggap sebagai seks yang selamat dan sebahagian daripada proses hamil.
Dalam kebanyakan kes, posisi seks semasa senggama tidak mendatangkan bahaya.
Cuma sesetengah gaya bercinta yang anda lakukan bersama pasangan mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan seiring dengan tumbesaran perut anda.
[embed-health-tool-due-date]