backup og meta

Ibu Hamil Kena Cirit-Birit? Cuba Tip Ini Untuk Hentikannya, BERKESAN!

Ibu Hamil Kena Cirit-Birit? Cuba Tip Ini Untuk Hentikannya, BERKESAN!

Anda mungkin akan mengalami cirit birit ketika mengandung. Gejala ini boleh membuatkan anda rasa tidak selesa dan membawa kepada dehidrasi. Berikut ada beberapa cara untuk membantu ibu hamil menghentikan cirit-birit.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Cegah cirit birit ketika mengandung

Ibu hamil boleh mencuba tip di bawah untuk mengurangkan cirit-birit:

Minum banyak air

Semasa mengalami cirit-birit, anda akan kehilangan banyak air.

Jika anda tidak mengambil cukup cecair, tubuh anda akan cepat mengalami dehidrasi. Akibatnya, dehidrasi ini boleh membawa kepada kecacatan tiub neural, kecacatan kelahiran atau kelahiran bayi pramatang.

Anda boleh mengelakkan dehidrasi yang disebabkan oleh cirit-birit dengan cara minum banyak air sepanjang hari (iaitu kira-kira 2 hingga 10 gelas air sehari). Namun, anda boleh minum sedikit air sahaja pada setiap kali tegukan.

Air kosong adalah pilihan terbaik, tetapi anda boleh minum minuman lain seperti jus buah-buahan.

Walau bagaimanapun, jangan minum kopi atau teh kerana minuman ini mengandungi kafein, yang boleh meningkatkan pengeluaran air kencing anda. Malahan, anda boleh mengalami dehidrasi lebih cepat lagi.

Jika anda mendapat cukup air, urin anda akan berwarna kuning pucat atau terang.

Baca juga:

Tukar hidangan anda bantu cegah cirit birit ketika mengandung

Tukar menu makanan anda dengan cara mengamalkan pengambilan diet yang seimbang. Anda boleh makan lebih banyak pisang, nasi, dan epal.

Selain itu, makan lebih banyak protein tanpa lemak seperti daging pejal, lobak merah, dan yogurt yang mengandungi kultur aktif dan hidup.

Selain itu, amalkan juga pengambilan makanan yang bersih.

Cuci buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan lain dengan sebersih-bersihnya, terutama makanan yang mentah. Jangan makan makanan yang tidak dipasteur. Pastikan makanan anda dimasak dengan betul sebelum anda makan.

Cuba elakkan makan telur mentah dan kurang masak.

Jika anda makan di luar, elakkan daripada makan makanan bufet dan makanan di tepi jalan.

cirit birit ketika mengandung

Jangan makan buah-buahan yang berkulit atau buah yang anda tidak kupas kulitnya sendiri. Ini kerana anda tidak tahu sama ada buah yang anda makan benar-benar bersih ataupun tidak.

Pergi ke hospital

Jika masalah cirit birit ketika mengandung tidak pulih dan berlarutan sehingga dua hari, anda perlu segera ke hospital. Doktor mungkin akan menyarankan supaya anda mengambil ubat-ubatan tertentu.

Jangan risau kerana doktor akan memberikan anda ubat yang selamat untuk kandungan anda.

cirit birit ketika mengandung

Jika anda melihat simptom-simptom seperti di bawah, anda perlu segera berjumpa dengan doktor:

  • Anda lihat darah pada najis anda.
  • Air kencing anda berwarna kuning pekat.
  • Mulut anda kering.
  • Anda mengalami sakit kepala.
  • Anda mengalami keletihan.

Cirit birit ketika mengandung boleh terjadi disebabkan oleh keracunan makanan ataupun perubahan yang berkait dengan kehamilan (perubahan hormon, pemakanan, atau masalah perut sensitif). Anda mempunyai pilihan rawatan tertentu untuk merawat keadaan ini.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kes boleh pulih tanpa rawatan. Beberapa kaedah boleh digunakan jika anda memerlukan rawatan.

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

  1. Diarrhoea – Treatment. http://www.nhs.uk/Conditions/Diarrhoea/Pages/Treatment.aspx. Accessed February 25, 2017.
  2. Dehydration During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-complications/dehydration-pregnancy/. Accessed February 25, 2017.
  3. Dehydration. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dehydration/diagnosis-treatment/treatment/txc-20261155. Accessed February 25, 2017.
  4. Diarrhea During Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-concerns/diarrhea-during-pregnancy/. Accessed February 25, 2017.
  5. Warning Signs During Pregnancy. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=warning-signs-during-pregnancy-85-P01199. Accessed Nov 15, 2021.

Versi Terbaru

16/05/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ibu Hamil Yang Selalu Muntah Balik Makanan, Hati-hati! Ini Tanda Pedih Ulu Hati Makin Teruk

6 Nutrien WAJIB Ada Dalam Susu Ibu Hamil, Barulah Janin Membesar Dengan Baik


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 16/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan