backup og meta

Hati-Hati, Ini Antara 6 Punca Pendarahan Semasa Hamil

Hati-Hati, Ini Antara 6 Punca Pendarahan Semasa Hamil

Pada trimester pertama, kebanyakan ibu mengandung akan mengalami pendarahan sewaktu hamil pada bahagian vagina dan ini merupakan perkara normal.

Namun, sekiranya pendarahan ini berlaku pada trimester kedua atau trimester terakhir kehamilan mungkin ia menunjukkan bahawa anda mungkin mengalami komplikasi. 

Baca lebih lanjut tentang Kehamilan di sini.

Apakah punca pendarahan semasa hamil?

#1. Pendarahan implantasi

Keadaan ini merupakan punca utama berlakunya pendarahan pada vagina ketika awal kehamilan. Pendarahan implantasi berlaku akibat telur yang telah disenyawakan dengan sperma tidak melekat dengan betul pada lapisan rahim. Keadaan ini boleh terjadi sebelum anda dapat tahu bahawa anda hamil dan mungkin berlarutan sehingga beberapa hari.

#2. Infeksi

pendarahan semasa hamil

Keradangan pada rongga pelvis atau infeksi pada saluran air kencing boleh mengakibatkan pendarahan pada vagina. Selain itu, infeksi pada bahagian vagina seperti bacterial vaginosis atau yeast infection juga mampu menyebabkan pendarahan.

Ibu hamil yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan akan berisiko mengalami pendarahan pada vagina yang berpunca daripada sexually transmitted diseases (STD) seperti herpes, trichomoniasis, gonorrhea, dan chlamydia. Kondisi ini juga akan menyebabkan ketidakselesaan pada vagina.

#3. Punca pendarahan sewaktu hamil – Aktiviti seksual

Seks semasa hamil adalah selamat dan tidak akan menyebabkan keguguran. Namun begitu, perbuatan ini akan mengakibatkan pendarahan.

Semasa sedang hamil, serviks wanita akan menjadi sensitif daripada biasa. Jika anda perasan berlakunya pendarahan pada vagina ketika melakukan hubungan seks, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

#4. Pemisahan plasenta

Pemisahan plasenta terjadi pada 12 minggu terakhir kehamilan. Sebelum proses melahirkan, pendarahan mungkin berlaku disebabkan oleh pemisahan plasenta daripada dinding uterus. Kondisi yang jarang berlaku ini terjadi hanya kepada 1 peratus daripada ibu hamil.

#5. Punca pendarahan sewaktu hamil – Bayi pramatang

pendarahan semasa hamil

Beberapa minggu sebelum tarikh melahirkan yang sepatutnya, mukus yang terdapat dalam badan anda akan mula keluar lantas menyebabkan pendarahan pada vagina. Jika keadaan ini berlaku lebih awal, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

#6. Keguguran

Keguguran kandungan akan mengakibatkan pendarahan. Walaubagaimanapun, pendarahan bukanlah satu petanda utama keguguran berlaku. Dalam kebanyakan kes, pendarahan pada vagina tidak menunjukkan atau membawa kepada keguguran kandungan.

Apakah yang perlu dilakukan?

Sekiranya anda mengalami keadaan ini, anda boleh tuala wanita untuk melihat kuantiti dan mengenalpasti jenis pendarahan vagina yang anda alami. Penggunaan tampon pula hanya akan menyebabkan darah tersumbat lalu memberi kesan negatif kepada serviks anda.

Jika anda mengalami pendarahan yang lebih banyak dan lebih kurang sama dengan darah yang keluar ketika datang haid, berhubung dengan doktor segera. Ini untuk memastikan pendarahan yang berlaku bukan disebabkan komplikasi seperti pendarahan implantasi atau kandungan luar rahim.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bleeding during pregnancy. https://www.mayoclinic.org/symptoms/bleeding-during-pregnancy/basics/causes/sym-20050636. Accessed Dec 10, 2018.
  2. Bleeding during pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-complications/bleeding-during-pregnancy/Accessed Dec 10, 2018.
  3. Bleeding during pregnancy. https://www.acog.org/womens-health/faqs/bleeding-during-pregnancy. Accessed Dec 10, 2018.
  4. Vaginal bleeding in early pregnancy. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000614.htm. Accessed Dec 10, 2018
  5. Bleeding in early pregnancy.https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2019/08/21/18/35/bleeding-in-early-pregnancy-when-should-you-worry. Accessed Dec 10, 2018

Versi Terbaru

15/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini Antara Perubahan Tubuh & Emosi Sepanjang Tempoh Hamil, Bakal Ibu Wajib Tahu!

Ada PCOS Tapi Nak Mengandung? Ini 4 Rahsia Berjaya Hamil, 'Confirm' Lekat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan