backup og meta

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Perut Membuncit Tapi Tak Hamil Pun? Ladies, AWAS, Ini Kemungkinan Yang Berlaku!

Peliklah, kenapa ujian upt negatif tapi perut buncit? Hamil ke tidak ini? Para wanita yang dikasihi, ada kemungkinan anda mengalami masalah sista ovari.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Apa sista ovari?

Jika anda sudah melakukan ujian kehamilan, hasil keputusan upt negatif tapi perut buncit, ia mungkin disebabkan oleh sista ovari.

Ovari adalah sebahagian daripada sistem pembiakan wanita. Ia terletak di bahagian bawah abdomen pada kedua-dua belah rahim.

Seorang wanita umumnya, memiliki 2 ovari yang berperanan untuk menghasilkan telur, hormon estrogen dan progesteron. 

Pun begitu, adakalanya, kantung berisi cecair yang disebut sista boleh berkembang pada salah satu ovari.

Kebanyakan wanita akan menghidap sekurang-kurangnya satu sista sepanjang hayatnya. Dan selalunya, ia tidak menyakitkan dan tiada gejala yang akan dialami. 

Jenis sista ovari

Terdapat pelbagai jenis sista ovari:

#Sista folikel

Semasa kitaran haid wanita, telur tumbuh di dalam kantung yang disebut folikel. Kantung ini terletak di dalam ovari.

Dalam kebanyakan kes, folikel atau kantung ini pecah dan melepaskan telur. 

Tetapi jika folikel tidak pecah, cecair di dalam folikel dapat membentuk sista pada ovari.

#Sista corpus luteum

Kantung folikel biasanya larut setelah melepaskan telur.

Tetapi jika kantung tidak larut dan bahagian penutup folikel tertutup, cecair tambahan dapat berkembang di dalam kantung.

Kesannya, pengumpulan cecair ini menyebabkan sista corpus luteum.

#Jenis sista ovari yang lain termasuk:
  • Sista dermoid: Pertumbuhan seperti kantung pada ovari yang boleh mengandungi rambut, lemak, dan tisu lain
  • Cystadenoma: Pertumbuhan bukan kanser yang boleh berkembang di permukaan luar ovari
  • Endometrioma: Tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim boleh berkembang di luar rahim dan melekat pada ovari, mengakibatkan sista

Sebilangan wanita mengalami keadaan yang disebut sindrom ovarium polikistik (PCOS).

Keadaan ini bermaksud ovari mengandungi sejumlah besar sista kecil. Ia boleh menyebabkan ovari membesar.

Sekiranya tidak dirawat, PCOS boleh menyebabkan kemandulan.

Upt negatif tapi perut buncit: Simptom sista ovari

Selalunya, sista ovari tidak menyebabkan gejala.

Walau bagaimanapun, beberapa gejala boleh muncul ketika sista tumbuh, seperti:

  • Kembung perut atau bengkak
  • Pergerakan usus yang menyakitkan
  • Sakit pelvis sebelum atau semasa kitaran haid
  • Persetubuhan yang menyakitkan
  • Rasa sakit pada bahagian belakang badan atau paha
  • Payudara menjadi sensitif 
  • Pening dan muntah
Muntah antara tanda awal kehamilan.
Muntah antara tanda awal kehamilan.

Sesetengah gejalanya saling tak tumpah seperti tanda-tanda kehamilan, kan? Sebab itu jika anda melakukan ujian kehamilan, keputusan upt negatif tapi perut buncit.

Berikut antara gejala teruk sista ovari yang memerlukan rawatan perubatan segera termasuklah:

  • Kesakitan pelvis yang teruk atau menyucuk
  • Demam 
  • Pitam atau pening
  • Pernafasan laju

Komplikasi jika upt negatif tapi perut buncit

Kebanyakan besar sista ovari adalah jinak dan akan hilang secara semula jadi tanpa sebarang rawatan.

Jika ada berlaku sebarang simptom, ia mungkin gejala ringan. 

Pun begitu dalam kes jarang berlaku, doktor mungkin mengesan jisim barah sista ovari semasa pemeriksaan rutin.

Kilasan ovari adalah satu lagi komplikasi ovari yang jarang terjadi. Ini berlaku apabila sista besar menyebabkan ovari berpusing atau bergerak daripada kedudukan asalnya.

Kesannya, bekalan darah ke ovari terputus. Jika tidak dirawat, dapat menyebabkan kerosakan atau kematian pada tisu ovari.

Keadaan sista pecah juga jarang untuk dialami. Tetapi jika berlaku ia boleh menyebabkan kesakitan teruk dan pendarahan dalaman.

Komplikasi-komplikasi ini meningkatkan risiko jangkitan dan boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat.

Adakah anda mengimpikan zuriat tidak lama lagi?
Adakah anda mengimpikan zuriat tidak lama lagi?

Implikasi pada kehamilan akan datang

Apakah masalah sista ovari ini boleh mempengaruhi kemampuan seseorang individu yang sedang berusaha untuk hamil?

Adakah wanita yang merancang kehamilan akan memperolehi keputusan upt negatif tapi perut membesar lagi?

Kesimpulan


Terdapat beberapa sista ovari yang dikaitkan dengan penurunan kesuburan, sementara yang lain tidak langsung menjejaskan keupayaan kehamilan wanita.

Namun, wanita yang mengalami endometriosis dan sindrom ovarium polikistik berkemungkinan akan mengalami penurunan keupayaan untuk mengandung. 

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ovarian cyst. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/fertility-blog/2016/august/ovarian-cysts#. accessed on Feb 17, 2021
  2. Ovarian cyst. https://www.londonwomenscentre.co.uk/info/news/ovarian-cysts-affect-chances-becoming-pregnant. accessed on Feb 17, 2021
  3. Symptoms ovarian cyst. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ovarian-cysts/symptoms-causes/syc-20353405. accessed on Feb 17, 2021
  4. Ovarian cyst. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/ovarian-cysts. accessed on Feb 17, 2021
  5. Ovarian cyst. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/o/ovarian-cyst.html. accessed on Feb 17, 2021

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

UPT Positif Hamil TAPI Kantung Rahim Kosong? Ini Punca Sebenarnya, Ibu Jangan Bersedih Ya!

Macam Senggugut Tapi Tak Keluar Haid, Ini Sebab Hamil @ PMS? Kenali Bezanya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan