Makan Morning After Pill Jika ‘Terbabas’ Bersama Suami, Tapi Berapa Kali Boleh Ambil?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 17/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Setiap pasangan suami isteri pasti mahukan kehadiran cahaya mata dalam keluarga, namun tidak semua begitu. Ini mungkin ekoran faktor perancangan keluarga terutamanya bagi yang belum bersedia.

Disebabkan itu, telah wujud pelbagai kaedah kontraseptif yang kalian boleh cuba dalam usaha untuk mengawal atau mencegah kehamilan.

Selain kondom, pengambilan pil perancang kehamilan adalah antara cara untuk elak dari mengandung yang paling popular digunakan.

Sekiranya terlupa atau terlepas untuk mengambil pil ini sebelum beraksi bersama pasangan, usah khuatir.

Ini kerana anda boleh mengambil pil perancang kecemasan (morning after pill) selepas bersama suami.

Persoalannya, berapa kali kita boleh ambil pil morning after ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Apa itu pil perancang kecemasan?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita belajar serba sedikit mengenai pil ini.

Untuk pengetahuan anda, pil perancang kecemasan adalah sejenis pil yang digunakan selepas hubungan seks tanpa perlindungan bertujuan mengelakkan kehamilan luar jangkaan.

Namanya iaitu ‘morning after pill’ mungkin agak mengelirukan kerana ia tidak semestinya diambil pada keesokan hari namun boleh juga diambil 3 ke 5 hari selepas projek asmara berlangsung.

Di pasaran negara kita, terdapat 2 jenis pil morning after yang utama iaitu:

  • Pil yang mengandungi progesterone – sesuai diambil 72 jam selepas seks tanpa perlindungan
  • Pil yang mengandungi ulipristal – sesuai diambil 120 jam selepas seks tanpa perlindungan

Jika kalian hendak mencarinya di farmasi, pil ini dikenali dengan nama Postinor atau Postinor-2.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Family Planning Victoria (FPV), pil ini dikatakan berkesan mencegah kehamilan sehingga 85%.

Pun begitu, adalah disarankan untuk kalian tidak bertangguh dari mengambil pil ini untuk memastikan ia dapat memberikan kesan yang paling efektif.

Ini kerana pil morning after juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak membuahkan hasil lantas menyebabkan kehamilan luar jangkaan.

pil perancang

Terdapat beberapa faktor yang boleh membuat fungsinya kurang berkesan termasuklah:

  • Terlalu lambat mengambilnya
  • Muntah selepas 2 ke 3 jam mengambilnya
  • Mengambil ubatan tertentu

Maka adalah sangat penting untuk anda mengambil pil ini tepat pada waktunya.

Jika kalian masih ragu-ragu tentangnya, sila berjumpa doktor untuk konsultasi.

Apa kesan sampingan pil perancang kecemasan?

Tidak dinafikan, pil morning after ini sangat efektif dalam usaha mencegah kehamilan luar jangkaan sekiranya ‘terbabas’ melakukan hubungan kelamin tidak selamat bersama pasangan.

Pun begitu, ia mungkin boleh mendatangkan beberapa kesan sampingan termasuklah:

  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Kekejangan perut
  • Perut terasa mual
  • Kembung perut
  • Badan terasa penat
  • Tidak balas negatif pada kulit
  • Buah dada menjadi sensitif
  • Pendarahan pada faraj

Dalam pada itu, pil perancang kecemasan ini adalah lebih berisiko jika diambil oleh golongan berikut:

  • Obesiti
  • Ibu hamil
  • Pesakit kanser payudara
  • Mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya
  • Mempunyai alahan terhadap ramuan pil
  • Mengambil ubatan tertentu seperti St. John’s Wort

Oleh itu, sila berbincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum mengambilnya untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan anda!

Berapa kali boleh ambil pil morning after?

pil perancang

Baiklah, sekarang kita pergi pula kepada persoalan utama artikel ini iaitu berapa kali kita boleh ambil pil perancang kecemasan ini?

Secara umumnya, anda boleh mengambil pil ini lebih daripada sekali dalam masa sebulan.

Pun begitu, ia tidak disarankan ekoran kos yang agak mahal serta boleh mendatangkan kesan sampingan yang lain.

Menurut Dr Mohd Ramzdhan yang merupakan panel perubatan laman sesawang doctoroncall.com.my, anda tidak boleh mengambil pil ini lebih dari satu kali dalam satu kitaran haid.

Ini kerana ia boleh mengganggu kitaran haid sekali gus menjadikannya tidak normal.

Ketahuilah bahawa pil perancang kecemasan ini bukan salah satu dari kaedah kontraseptif yang biasa seperti penggunaan kondom, pembedahan vasektomi, pemasangan IUD dan lain-lain.

Sesuai dengan namanya, pil ini hanya perlu diambil dalam keadaan kecemasan sahaja iaitu apabila anda terlupa atau terlepas untuk menggunakan kaedah kontraseptif yang biasa.

Secara konklusinya, pil perancang kecemasan ini hanya boleh digunakan di waktu kecemasan sahaja.

Oleh itu, cuba elak dari terus mengambilnya sama seperti pil perancang kehamilan yang biasa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Pil Perancang Keluarga Untuk Lelaki – Adakah Ia Sudah Wujud Atau Masih Dalam Kajian?

Buat anda yang tertanya-tanya dan terfikir sama ada pil perancang keluarga untuk lelaki sudah wujud atau belum, ini jawapannya. Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 22/09/2020 . 3 minit bacaan

Benarkah Tahap Kesihatan Mental Ganggu Prestasi Kalian Di Ranjang? Ya, Ini 5 Kaitannya!

Untuk pengetahuan anda, hubungan seks suami isteri terjejas akibat banyak perkara termasuklah masalah mental. Jom baca untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 15/09/2020 . 3 minit bacaan

Tahan Nafsu Jika Terjangkiti Herpes, Boleh Ke Bersama Dengan Pasangan? Ini Jawapan Pakar!

Anda mungkin belum tahu apa itu herpes dan boleh atau tidak buat seks dengan pasangan jika terkena penyakit ini? Jom klik artikel ini untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/09/2020 . 3 minit bacaan

Ada Kajian Kata Wanita Lebih Aktif & Puas Secara Seksual Menjelang Usia 40-an, Benarkah?

Ada kajian yang kata wanita 40an lebih aktif & puas secara seksual. Adakah ia benar atau tidak? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/08/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tanda wanita ghairah

Nak Bersama Tapi Tak Tahu Pasangan Ada Mood Atau Tidak? Perhatikan Petanda Isteri Terangsang

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 07/10/2020 . 3 minit bacaan
sindrom ovari polisistik

Alami Gejala PCOS? Boleh Cuba Kaedah Kawalan Kelahiran Ini Untuk Kurangkannya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan
tip hubungan seks

Kepuasan Seks Kian Menurun? Mungkin Ini Masanya Untuk Cuba 2 Teknik Mustahak Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 28/09/2020 . 3 minit bacaan
4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/09/2020 . 3 minit bacaan