Wanita dan mood swings adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Lapar akan jadi moody, datang bulan pun boleh moody. Jika sedang mengandung lagilah, tahap perubahan mood tu akan menjadi kronik. Mood mengandung dia tak boleh buat main-main. Tapi betul ke macam tu?
Tip menghadapi mood mengandung isteri
Biasanya kalau isteri alami mood mengandng dia, pastinya suami pening kepala ‘nak’ melayan, bukan? Apatah lagi kalau isteri tengah pregnant. Pelbagai cara sudah dilakukan tapi masih moody, jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Jangan risau, Hello Doktor ada cara penyelesaiannya.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh dicuba. Semoga berjaya!
-
Tenangkan isteri
Isteri anda pasti mengalami perubahan emosi; mula-mula elok bergelak ketawa, tiba-tiba ‘mai’ angin kus-kus dia. Bertenang. Jangan bertanya pelbagai soalan. Sebaiknya sebagai suami, usapkan kepala dan peluklah isteri anda. Kalau isteri menangis, lapkan air mata yang mengalir itu. Selepas emosi isteri sudah bertambah baik, baru bertanyakan apa yang berlaku.
Jangan lupa untuk jaga emosi isteri anda agar dapat bendung kemurungan semasa mengandung agar tidak berlaku.
-
Meminta maaf
Apa yang berlaku apabila anda sedang marah dan tiba-tiba ada individu datang meminta maaf? Rasa sejuk bukan hati itu? Haa…macam itulah juga keadaan mood mengandung si isteri. Anda mungkin tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, tetapi demi memperbaiki keadaan, tidak salah untuk anda meminta maaf terlebih dahulu.
-
Mendengar
Wanita sememangnya insan yang rumit. Adakalanya mereka cuma mahu didengari, apatah lagi dalam keadaan moody. Jadi pinjamkan bahu dan telinga anda. Dengarkanlah segala luahan hati isteri anda. Biarkan dia membebel apa sekalipun, usah menyampuk. Kecuali pandangan dan pendapat anda diperlukan.
Pasti selepas itu emosi akan bertambah baik. Hal ini kerana, ibu hamil sensitif dan mudah menangis.
-
Bergurau
Sebagai suami, anda pastinya dapat mengesan jika berlakunya perubahan emosi pada isteri anda, bukan? Pada ketika emosinya sedang memuncak, sebaiknya jangan ganggu jika anda tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Namun, sebaik sahaja anda perasan emosi isteri semakin baik, cubalah bergurau dengan isteri anda. Ia pastinya dapat membantu menyingkirkan emosi negatif tersebut.
-
Saling mengingati
Emosi yang negatif sememangnya tidak baik untuk bayi di dalam kandungan. Jika kerap kali mengalami mood swings juga tidak baik untuk kesihatan ibu hamil ini. Jadi, apabila isteri anda dalam keadaan yang baik, ingatkanlah kepadanya tentang impak moody kepada dirinya dan bayi. Ini sudah tentu boleh membantu mengurangkan berlakunya mood swings.
-
Makanan kegemaran
Jika anda offer makanan kegemaran isteri anda, sudah pasti isteri anda akan tergoda dan emosi yang mengganggu akan hilang dengan cepat! Siapa je yang akan mampu tolak jika diberi makanan yang digemari kan? Perut kenyang, hati pun riang!
Jika anda tidak percaya, cubalah dulu.
-
Berikan ruang
Jika semua cara di atas sudah cuba dilakukan tetapi masih tidak berjaya memujuk atau mengurangkan mood swings si isteri, mungkin cara terbaik adalah untuk memberikan isteri ruang. Biarkan dia melayan perubahan emosinya secara sendirian selagi dia tidak melakukan sebarang perkara yang berbahaya. Jika dia inginkan‘me-time’ bersama kawan-kawannya, jangan dihalang.

Tenangkan diri
Berdepan dan melayan isteri anda bukanlah satu perkara yang senang. Adakalanya tidak dinafikan ia akan menguji kesabaran anda. Namun, jangan pula anda turut sama menjadi moody yer. Lagipun isteri anda sedang mengandungkan zuriat anda, bukan? Banyakkan bersabar dan semoga anda dapat lalui ini bersama-sama
[embed-health-tool-ovulation]