backup og meta

Ibu Hamil Perlu Makan Untuk "Dua Orang" Karut Semata-Mata, Melainkan Anda Ada Kondisi Ini!

Ibu Hamil Perlu Makan Untuk "Dua Orang" Karut Semata-Mata, Melainkan Anda Ada Kondisi Ini!

Kehamilan sememangnya merupakan berita yang sangat menggembirakan buat wanita dan pasangannya. Pun begitu, terdapat banyak pantang larang dan petua orang lama yang kononnya perlu dipatuhi oleh ibu hamil.

Kebanyakan daripada kita mesti pernah terdengar atau terbaca mengenai mitos ibu hamil perlu makan untuk dua orang untuk mendapatkan nutrisi secukupnya bagi ibu hamil dan bayi dalam kandungannya.

Persoalannya, adakah ini fakta atau mitos semata-mata? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut!

Adakah ia fakta atau mitos?

ibu hamil

Sebenarnya, ibu hamil tidak perlu makan untuk dua orang kerana ia hanyalah mitos semata-mata.

Menurut kajian yang dilakukan kepada 2,100 orang wanita di Britain, 100 daripada wanita itu masih beranggapan bahawa mereka perlu makan sekurang-kurangnya 300 kalori tambahan untuk sehari.

Menurut kajian lagi, 61% daripada 140 orang ibu hamil menganggap mereka memerlukan makanan tambahan apabila usia kandungan sudah mula memasuki trimester pertama dan kedua.

Hanya satu pertiga daripada ibu hamil yang menganggap ibu hamil tidak perlu mengambil makanan tambahan.

Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa masih ramai wanita yang tidak tahu bahawa kenyataan ibu hamil perlu makan untuk dua orang hanyalah mitos semata-mata.

Jadi, ibu hamil tidak perlu makan untuk dua orang?

Pun begitu, ia mungkin juga ada benarnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh The Institute of Medicine, jika anda mempunyai berat badan yang sihat, anda tidak memerlukan sebarang kalori tambahan ketika trimester pertama, 340 kalori tambahan pada trimester kedua dan 450 kalori tambahan pada trimester ketiga.

Melainkan anda mempunyai berat badan berlebihan atau kurang berat badan, anda perlu mengubahsuai diet seharian anda bergantung kepada kalori yang diperlukan.

Namun demikian, apa yang kurang tepat ditafsirkan adalah bayi perlu makan dalam jumlah yang sama banyak seperti individu dewasa. Ini adalah tidak tepat kerana saiz bayi di dalam rahim hanyalah sebesar sebiji kacang pada trimester awal kehamilan dan hanyalah sebesar sebiji tembikai pada trimester terakhir.

Oleh itu, bayi dalam kandungan sebenarnya tidak memerlukan sumber nutrisi yang berlebihan.

Kesan negatif makan untuk dua orang ketika hamil

Kepercayaan makan untuk dua orang ketika hamil sebenarnya akan mengundang bahaya kepada kesihatan anda dan juga bayi dalam kandungan, antaranya:

  • Diabetes semasa hamil
  • Obesiti yang seterusnya akan menyebabkan komplikasi kesihatan lain seperti darah tinggi yang teruk pada trimester terakhir kehamilan (praeklampsia)
  • Kebarangkalian melahirkan bayi secara pembedahan meningkat
  • Risiko bayi lahir pra matang meningkat
  • Risiko bayi terkena demam kuning meningkat
  • Risiko bayi obesiti apabila meningkat dewasa meningkat

Bagaimanakah mengawal pemakanan ketika hamil?

Persoalannya, bagaimanakah ibu hamil perlu mengawal pemakanannya? Secara umumnya, seorang wanita kebiasaannya memerlukan sekitar 2,000 kalori dalam masa sehari.

Ketika trimester pertama dan kedua kehamilan, kalori tidak perlu ditambah. Namun, kalori perlu ditambah sebanyak 200 kalori tambahan sehari ketika trimester terakhir kehamilan.

Cara Kira BMI Penjagaan Berat Ketika Hamil - tambah berat

Berikut merupakan makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil untuk mendapatkan kalori dan nutrisi yang secukupnya buat anda dan bayi:

  • Sayur-sayuran dan buahan-buahan pelbagai warna yang mengandungi pelbagai vitamin dan mineral
  • Makanan berprotein seperti kekacang, daging, ikan dan telur
  • Makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, pasta, oat dan kentang
  • Makanan atau minuman yang diperbuat daripada produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt

Di samping itu, ibu hamil juga perlu cuba untuk elakkan makanan seperti berikut:

  • Makanan diproses, ditinkan atau dibotolkan
  • Makanan bergoreng yang mengandungi lemak tidak sihat
  • Makanan dan minuman bergula seperti soda atau jus buah

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://my.theasianparent.com/ibu-hamil-makan-dua-orang

https://my.theasianparent.com/kenapa-makan-untuk-dua-orang-tidak-bagus-semasa-mengandung

https://www.babycenter.com/eating-for-two

Versi Terbaru

16/07/2020

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Berdebar Menunggu Hari Bersalin Anak Pertama, Bakal Ibu Boleh Cuba 8 Tip Cepat Bersalin Ini

Ini 3 Pilihan Selamat Untuk Keluarkan Bayi Meninggal Dalam Kandungan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Nur 'Aqilah Binti Hadenor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan