Semasa kajian itu, wanita telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan kedua-dua kumpulan menggunakan 1,800 kalori sehari tetapi kumpulan sarapan yang besar itu mengambil 980 kalori untuk sarapan dan 190 kategori untuk makan malam, sementara kumpulan kedua melakukan sebaliknya iaitu makan malam yang lebih besar daripada sarapan.
Selepas 90 hari, doktor mengukur ovulasi dan menstruasi. Walaupun kumpulan tidak mempunyai perubahan dalam indeks jisim badan, kumpulan yang mempunyai makan malam yang lebih besar masih mempunyai tahap testosteron dan insulin yang lebih tinggi.
Kumpulan sarapan yang besar mempunyai peningkatan 50 peratus dalam kadar ovulasi mereka dan doktor berpendapat bahawa memakan sarapan yang lebih besar juga dapat membantu mengurangkan beberapa simptom lain yang sama dengan PCOS seperti diabetes jenis II, yang merupakan satu lagi keadaan kesihatan yang boleh wujud pada wanita akibat PCOS.
Meningkatkan kesuburan wanita juga dipengaruhi oleh faktor gaya hidup sihat yang lain seperti tidur yang cukup, senaman rutin, menghindari/berhenti merokok atau minum minuman beralkohol.
Apabila anda memiliki PCOS, sebaiknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan saranan diet dan gaya hidup sihat sesuai dengan keadaan kesihatan anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.