Sejak beribu tahun dahulu herba digunakan sebagai ubat, sebelum munculnya perubatan moden. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa herba mungkin dapat membantu mereka yang sedang mencuba untuk hamil.
Bergunakah herba?
Selain bertukar kepada gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pemakanan tambahan, rawatan herba juga boleh menjadi satu lagi pilihan untuk mereka yang merancang untuk hamil. Pengambilan herba adalah untuk menyeimbangkan hormon dan menggalakkan ovulasi untuk meningkatkan peluang berlakunya kehamilan. Tambahan pula, herba adalah semula jadi, maka pengambilannya dapat menyokong dan menggalakkan fungsi semula jadi tubuh. Pun begitu, anda masih perlu mendapatkan preskripsi doktor sebelum mula mengambil herba.
Bagaimana pengambilan herba dengan cara yang betul?
Perkara pertama yang anda perlu tahu adalah jika anda sedang mengambil sebarang alat perancang keluarga, pemakanan suplemen herba tidak akan membantu anda untuk hamil. Ini kerana penggunaan perancang keluarga bermakna ia sedang mengurangkan fungsi ovari anda, sementara pengambilan suplemen herba, berfungsi sebaliknya.
Hasil daripada rawatan herba selalunya dapat dilihat selepas 60 hingga 120 hari pada pasangan yang tidak subur. Kesannya pula kumulatif kerana ia semakin membesar, dari semasa ke semasa.
Malahan, terdapat juga syarat untuk membuatkan rawatan herba ini berkesan. Memandangkan ia merupakan penawar semula jadi, maka badan anda sendiri perlulah berada dalam keadaan natural. Kitaran menstruasi atau ovulasi seharusnya berlaku seperti biasa. Oleh itu, jika anda merancang untuk menggunakan bantuan luar dalam rawatan kesuburan anda, seperti pemindahan IVF, anda tidak seharusnya mengambil herba. Bagaimanapun, semasa kitaran IVF, terdapat hasil menarik yang diperhatikan dengan pengambilan herba.
Apakah jenis herba yang baik untuk kesuburan?
Beberapa herba yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan adalah:
- Daun raspberi merah (red raspberry leaf) yang merupakan herba terkenal digunakan untuk rawatan kesuburan. Ia mengandungi tinggi nutrisi, kandungan kalsium yang tinggi dan amat baik untuk kehamilan.
- Nettle leaf mengandungi amaun nutrien dan vitamin K yang tinggi untuk menahan pendarahan. Ia juga membantu mengurangkan tekanan.
- Dandelion mengandungi vitamin A dan C, yang berkhasiat untuk hati dan juga baik untuk membersihkan toksin dalam badan.
- Angus Castus digunakan untuk merawat masalah ketidakseimbangan hormon.
Terdapat banyak lagi suplemen herba yang anda boleh temui pada hari ini, antaranya dijual di kebanyakan kedai vitamin dan makanan kesihatan. Pun begitu, adalah lebih baik jika anda memaklumkan doktor anda dahulu sebelum mengambil herba.
Buat mereka yang berusia 20-an, mungkin tiada kesukaran untuk hamil secara natural. Namun, semakin bertambah umur (memasuki 30-an), wanita akan mengalami kesukaran untuk hamil secara semula jadi. Oleh itu, ramai yang memerlukan bantuan untuk segera hamil. Perlu diingat bahawa penggunaan yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan anda, terutama dengan pengambilan herba yang mungkin mengandungi kesan sampingan, yang diketahui dan tidak diketahui. Cari, ambil secara bersederhana adalah lebih baik.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
[embed-health-tool-ovulation]