backup og meta

Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

Bahaya Kalau Kuat Sangat Bersenam, Anda Boleh Terdedah Dengan Penyakit Ini!

Bersenam sememangnya mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, tetapi kajian baru oleh penyelidik daripada Monash University di Melbourne, Australia mendapati, melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.

Kondisi kesihatan ini adalah keadaan yang berpotensi mengancam nyawa disebabkan oleh tindak balas sistem imun terhadap jangkitan.

Tubuh biasanya melepaskan bahan kimia ke dalam aliran darah untuk melawan jangkitan.

Sepsis berlaku apabila tindak balas badan terhadap bahan kimia ini tidak seimbang, mencetuskan perubahan yang boleh merosakkan banyak sistem organ.

Sekiranya sepsis berkembang menjadi kejutan septik, tekanan darah bakal turun secara mendadak dan mampu mengakibatkan kematian!

Ikuti artikel ini untuk mengenali penyakit sepsis dan kaitannya dengan senaman.

Apakah simptom-simptom sepsis?

Terdapat 3 peringkat penyakit ini:

  • Sepsis
  • Sepsis teruk
  • Kejutan septik

Penting untuk anda mendapatkan rawatan perubatan segera sekiranya mempunyai gejala berikut. Semakin awal anda dapatkan rawatan, semakin besar peluang untuk kembali pulih.

Simptom-simptom sepsis termasuk:

  • Demam melebihi 38ºC atau suhu di bawah 36ºC
  • Degupan jantung lebih tinggi daripada 90 denyutan seminit
  • Kadar pernafasan lebih tinggi daripada 20 nafas seminit
  • Kemungkinan mendapat jangkitan

Sepsis yang teruk berlaku apabila terdapat kegagalan organ. Anda mesti mempunyai 1 atau lebih daripada tanda-tanda berikut untuk didiagnosis dengan sepsis teruk:

  • Tompokan kulit yang berubah warna
  • Air kencing berkurang
  • Perubahan mental
  • Bilangan platelet rendah (sel pembekuan darah)
  • Masalah pernafasan
  • Fungsi jantung yang tidak normal
  • Menggigil kerana suhu badan jatuh
  • Kepenatan yang melampau

Di samping itu, bagi gejala kejutan septik termasuk gejala sepsis teruk, tandanya adalah tekanan darah yang sangat rendah.

Apa yang menyebabkan penyakit sepsis terjadi?

Sebarang jangkitan boleh mencetuskan penyakit sepsis, seperti:

Menurut National Institute of General Medical Sciences, jumlah kes sepsis di Amerika Syarikat meningkat setiap tahun. Sebab-sebab kenaikan mungkin termasuk:

  • Populasi yang semakin tua, kerana ia lebih kerap berlaku pada golongan tua
  • Peningkatan daya tahan antibiotik, yang berlaku apabila antibiotik kehilangan kemampuannya untuk melawan atau membunuh bakteria
  • Peningkatan bilangan penghidap penyakit yang melemahkan sistem imun

Siapakah golongan yang berisiko?

Walaupun sebilangan individu mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi, namun sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit sepsis.

Antaranya termasuk:

barah payudara

  • Kanak-kanak kecil dan warga emas
  • Mereka yang mempunyai sistem imun lemah, seperti pesakit HIV atau yang menjalani rawatan kemoterapi kanser
  • Mereka yang dirawat di unit rawatan intensif (ICU)
  • Individu yang terdedah kepada invasive tools, seperti kateter intravena atau saluran pernafasan

Sepsis mampu disebabkan oleh aktiviti bersenam melampau?

Kajian ini diketuai oleh Dr. Ricardo Costa daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik di Monash, diterbitkan dalam International Journal of Sports Medicine and Exercise Immunology Review.

Keracunan darah, juga dikenali sebagai septikemia atau sepsis, terjadi ketika bahan kimia imun bocor ke aliran darah, lalu menyebabkan tindak balas keradangan yang terlalu aktif.

Ia juga boleh menyebabkan pembekuan dan pembuluh darah yang bocor, mengganggu aliran darah dan mencegah organ tubuh daripada menerima oksigen dan nutrien yang diperlukan.

Selain itu, menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), lebih daripada 1 juta orang di Amerika Syarikat mengalami sepsis setiap tahun, dengan sekitar 28 sehingga 50% individu mati akibat penyakit ini.

Bayi dan kanak-kanak, orang tua, individu dengan penyakit kronik seperti kanser atau AIDS serta mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah berisiko tinggi untuk terkena penyakit sepsis.

Walau bagaimanapun, penyelidikan terbaharu daripada Dr. Costa dan rakan sekerja menunjukkan bahawa bersenam secara melampau juga boleh menjadi faktor risiko untuk kondisi tersebut.

Selain itu, Physical Activity Guidelines untuk masyarakat Amerika mengesyorkan orang dewasa bersenam sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti senaman berintensiti sederhana atau 75 minit aktiviti berintensiti tinggi setiap minggu.

Tetapi, dianggarkan hampir separuh daripada masyarakat gagal memenuhi garis panduan ini dan terdapat golongan yang mengamalkan senaman melampau.

Menurut Dr. Costa, bersenam lebih dari 4 jam dalam satu sesi dianggap ekstrem, seperti melakukan latihan ketahanan yang berulang-ulang.

Amalan seperti ini biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang mengambil bahagian dalam acara sukan ekstrem, seperti maraton, yang sering berlaku semasa musim panas, dan memberi tekanan pada badan.

larian marathon

Untuk menjalankan kajian, para penyelidik menganalisis sampel darah daripada 17 individu yang mengambil bahagian dalam ultra maraton 24 jam dan 19 individu yang mengambil bahagian maraton dalam pelbagai peringkat.

Sampel darah diambil daripada setiap peserta tepat sebelum dan sesudah selesai acara, dan semua sampel dibandingkan.

Hampir semua sampel darah yang diambil daripada peserta, para penyelidik mengenal pasti petanda yang serupa dengan sampel darah pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat penyakit sepsis.

Pasukan penyelidik mendapati bahawa individu yang lebih cergas dan terlatih dalam jangka masa lama mempunyai tahap interleukin 10 yang lebih tinggi, cytokine antiradang, yang mengurangkan kesihatan negatif yang mempengaruhi tindak balas imun.

Justeru, adalah sangat penting bagi individu yang ingin menyertai suatu acara untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dan melakukan program latihan yang perlahan dan stabil.

Jenis-jenis rawatan penyakit sepsis?

Sepsis dapat berkembang dengan cepat dan menjadi kejutan septik lalu mengakibatkan kematian jika tidak dirawat.

Para doktor menggunakan sejumlah ubat untuk merawat penyakit sepsis, termasuklah:

  • Ubat penahan sakit
  • Antibiotik melalui IV untuk melawan jangkitan
  • Kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan
  • Ubat vasoaktif untuk meningkatkan tekanan darah
  • Insulin untuk menstabilkan gula darah

Tambahan itu, sepsis yang teruk juga memerlukan sejumlah besar cecair IV dan alat pernafasan untuk bernafas.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sepsis/symptoms-causes/syc-20351214#:~:text=Sepsis%20is%20a%20potentially%20life,can%20damage%20multiple%20organ%20systems.
  2. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12361-sepsis
  3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3850902/
  4. https://www.monash.edu/research
  5. https://www.cdc.gov/sepsis/what-is-sepsis.html
  6. https://sepsistrust.org/get-support/support-for-survivors/post-sepsis-syndrome/

Versi Terbaru

09/11/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Sindrom Keletihan Kronik

AWAS! Ini Bahaya Jika Selalu Ambil Paracetamol, Takut Terlebih Dos!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan