backup og meta

7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/12/2020

    7 Tip Kekal Sihat Sepanjang Ramadan

    Berpuasa adalah salah satu cara untuk melakukan proses detoksifikasi atau pembuangan zat-zat beracun dari dalam tubuh secara semulajadi. Proses ini akan menjadi lebih mudah dengan mengikuti beberapa tips sihat ramadhan secara keseluruhan.

    Pasti anda ingin kekal aktif dan cergas sepanjang bulan Ramadhan, bukan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

    7 tips sihat ramadhan, rugi tak cuba!

    Berikut adalah beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sepanjang bulan Ramadan agar tubuh kekal sihat semasa berpuasa:

    1. Jangan meninggalkan sahur

    Cara paling mudah untuk kekal sihat semasa berpuasa adalah jangan pernah meninggalkan sahur. Sama seperti sarapan pagi, sahur adalah bahagian terpenting untuk menambah pengambilan tenaga selama seharian sehingga tiba waktu berbuka.

    Makanlah makanan yang sihat semasa sahur dengan memberi perhatian kepada pengambilan nutrisi seimbang daripada karbohidrat kompleks, serat dan protein.

    Anda boleh mengambil makanan seperti beras merah, gandum, dan oat yang memberikan tempoh kekenyangan yang lebih lama. Pengambilan makanan yang mengandungi serat tinggi seperti kurma, biji-bijian, kentang, sayur-sayuran dan hampir semua buah terutamanya aprikot, plum, betik dan pisang adalah baik sebagai menu sahur anda.

    Selain itu, protein boleh didapati dari telur, keju, yogurt atau daging rendah lemak yang membantu menambah tenaga anda sepanjang hari.

    2. Penuhi keperluan air semasa bulan Ramadhan

    tips sihat ramadhan

    Sebahagian besar tubuh kita terdiri daripada air, dan kita memerlukan jumlah yang sama dengan air yang terbuang semasa kita berpuasa.

    Minumlah sekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas sehari, mengikut berat badan anda. Anda boleh memenuhi keperluan air tersebut ketika berbuka puasa hingga saat sahur agar membantu tubuh kekal terhidrasi.

    Selain itu, lebih baik anda mengelakkan pengambilan kafein semasa berpuasa. Ini adalah kerana kafein bersifat diuretik yang membuat kita lebih sering buang air kecil, sehingga air di dalam tubuh cepat hilang.

    Cuba mengurangkan minuman berkafein secara berlebihan sepanjang bulan Ramadan untuk mengelakkan dehidrasi semasa berpuasa.

    3. Makan seadanya untuk kekal sihat

    Selama Ramadhan, waktu yang paling dinanti adalah waktu berbuka. Namun sayangnya banyak orang yang gelojoh ketika menikmati hidangan berbuka.

    Langsung memakan banyak makanan ketika berbuka akan membuat perut kembung. Oleh itu, berbuka puasalah dengan makan seadanya.

    Anda boleh makan secara beransur-ansur. Semasa berbuka makanlah makanan yang ringan seperti salad buah, jus buah, kurma, atau air putih. Selang beberapa jam kemudian, barulah makan makanan yang lebih berat.

    4. Elakkan makanan berminyak

    Menu gorengan untuk berbuka puasa memang sangat menggoda. Namun ada baiknya anda mengelakkan segala bentuk makanan yang digoreng dengan minyak dalam jumlah yang banyak sepanjang bulan Ramadhan.

    Ini adalah kerana makanan ini akan meningkatkan risiko kenaikan kolesterol dalam tubuh anda.

    5. Mengurangkan makanan dan minuman yang manis

    Tips puasa seterusnya berkait dengan hidangan berbuka anda ya! Anda juga dikehendaki mengurangkan minuman dan makanan manis serta produk yang diproses.

    Ramai yang keliru dalam menafsirkan maksud ‘berbuka dengan yang manis’. Makanan atau minuman manis memang penting sewaktu berbuka untuk menormalkan gula di dalam darah.

    Namun begitu, anda perlu memberi perhatian kepada hidangan makanan atau minuman manis yang dimakan. Apatah lagi jika rasa manis tersebut diperbuat daripada gula.

    Ini adalah kerana tanpa disedari, minuman dan makanan manis yang kita menggunakan secara rutin selama bulan Ramadan akan menyebabkan kenaikan berat badan.

    Anda harus ingat, untuk memastikan tubuh kekal sihat sepanjang Ramadan, kalori yang dikeluarkan harus lebih banyak daripada kalori yang masuk.

    6. Bersenam, tips sihat ramadhan yang sering dilupakan!

    tips sihat ramadhan

    Bulan Ramadhan bukan jadi halangan untuk kekal sihat dengan melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh melakukan senaman dengan intensiti ringan hingga sederhana selepas berbuka puasa, semasa tubuh sudah dipenuhi dengan tenaga.

    Lakukan senaman selama 30 minit dengan jalan kaki, berbasikal, berlari anak ataupun senaman lain yang sesuai dengan keadaan tubuh anda.

    7. Tidur yang cukup, tips puasa penting!

    Selain memerhatikan pengambilan makanan, tips sihat ramadhan yang penting juga termasuklah menentukan masa dan jumlah tidur yang mencukupi. Mengantuk semasa puasa bukanlah disebabkan tidak makan dan minum seharian, tetapi kerana anda mendapatkan tidur yang cukup.

    Jika perlu bangun pagi untuk menyiapkan makan sahur, maka cubalah untuk meyediakannya pada malam hari.

    Anda tidak sepatutnya berjaga bagi keperluan yang tidak terlalu penting. Usahakan untuk tidur lebih awal dari biasanya seperti selepas solat tarawih.

    Ini adalah kerana kekurangan masa tidur akan menjejaskan prestasi otak sehingga menghalang aktiviti anda yang lain.  

    Konklusi

    Anda tidak perlu menjadi lesu semasa berpuasa sekiranya anda mengikuti tips sihat ramadhan yang disenaraikan di atas. Jika tips puasa ini berkesan buat anda, jangan lupa share ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 04/12/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan