Sebenarnya, tak pelik pun jika ada individu yang ingin tahu cara tambah tinggi 10 cm.
Ada yang rasa mereka terlalu tinggi.
Ada pula rasa mereka terlalu rendah.
Ketinggian biasanya dipengaruhi oleh gen keluarga, termasuk gaya hidup dan persekitaran kehidupan yang dijalani.
Dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda atau tidak terdapat cara tambah tinggi 10 cm apabila anda telah dewasa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kecergasan, anda boleh klik di sini.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Apa yang menentukan tinggi manusia ?
Bukan mudah dan tidak susah untuk tambah tinggi anak, tetapi ia melibatkan beberapa faktor.
Ketinggian bergantung pada gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka selain kesihatan umum dan nutrisi mereka selama tempoh pertumbuhan mereka1.
Kanak-kanak dengan ibu bapa yang rendah lebih cenderung pendek berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang tinggi1.
Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi dalam hal ini; adik beradik lelaki dan perempuan dengan ibu bapa yang sama berkemungkinan tidak akan mempunyai ketinggian yang sama.
Ibu bapa pula secara kebetulan, boleh mempunyai anak dengan ketinggian atau kerendahan yang tidak disangka yang mana ia berkaitan dengan ahli keluarga yang lain.
Penyakit atau pemakanan yang kurang bernutrisi pada masa kanak-kanak, dilahirkan kecil atau pramatang semasa dilahirkan mungkin bermakna kanak-kanak tersebut tidak mencapai potensi penuh bagi ketinggian dewasa mereka.
Bila perempuan berhenti tinggi?
Apabila kanak-kanak perempuan mula datang haid, mereka biasanya membesar kira-kira 1 atau 2 inci dan akan berhenti membesar ketika berumur 14 atau 15 tahun2.

Adakah lelaki boleh tinggi?
Ya, sudah tentu! Ketika kanak-kanak lelaki berumur 12 hingga 15 tahun, anda akan melihat mereka membesar dengan cepat. Kebanyakkan mereka berhenti membesar ketika berumur 16 tahun tetapi otot mereka akan terus terbentuk2.
3 Cara tambah tinggi 10 cm anak anda!
Tahukah anda, tiada kaedah untuk anda mencuba cara nak tinggi apabila sudah cukup usia dewasa?
Oleh itu, ketika mereka masih kecil, parents boleh ikut cara menambah tinggi anak seperti di bawah!
1. Berikan makanan tinggi kalsium dan protein

Dengan memberikan makanan yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral, dapat merangsang pertumbuhan di dalam badan dan ianya cara tambah tinggi 10 cm selain tip di atas. Antaranya:
-
Kalsium dan vitamin D
Kalsium merupakan makanan tambah tinggi anak anda yang penting kerana ia menyokong perkembangan tulang yang kuat dan sihat, supaya kanak-kanak boleh mencapai ketinggian dan kepadatan tulang mereka3.
Susu, yogurt dan keju serta sayur-sayuran berdaun dan kacang adalah sumber kalsium yang baik3.
Nak lagi mudah, dapatkan saja susu Dutch Lady ® MaxGro yang kaya dengan pelbagai nutrisi yang direka untuk kanak-kanak berumur 1- 9 tahun.
Antara bahan terbaik yang ada di dalam Dutch Lady ® MaxGro:
- Tinggi nutrien
Tinggi dengan kandungan protein, kalsium, besi, magnesium, vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.
- Membekalkan 80% nutrien harian
Memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada pengambilan Nutrien Harian yang Disyorkan Malaysia (Malaysia RNI 2017) untuk nutrien terpilih seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zink, vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12, dan C untuk mengisi jurang nutrisi kanak-kanak yang kurang zat.
- Mengandungi 9 Asid Amino Penting atau Essential Amino Acids (EAA)
9 EAA adalah blok binaan dalam protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot.
-
Protein
Tahukah anda protein penting untuk pertumbuhan keseluruhan dan perkembangan otot anak anda? Makanan tambah tinggi seperti ayam, daging, ikan, kerang, telur, kacang, soya dan kekacang yang kaya dengan protein dan zat besi perlu dimakan setiap hari3.
-
Karbohidrat
Karbohidrat pula makanan yang memberikan sumber tenaga pada tubuh badan. Sumber ini boleh didapati dalam roti bijirin penuh, bijirin dan pasta dan sayur-sayuran berkanji, seperti kentang dan jagung3.
Ibu bapa boleh ikuti cara menambah tinggi anak dengan seperti yang kami kongsikan di atas.
2. Mengamalkan postur badan yang baik
Antara cara tambah tinggi dengan mudah ialah dengan berdiri dan duduk dengan postur yang baik. Ia bukan sahaja menjadikan seseorang kelihatan lebih tinggi, tetapi ia membantu menghalang sakit kepala dan sakit belakang yang sering terjadi jika anda membongkok4.
Untuk berdiri dengan postur yang baik, seseorang individu perlu mengikut tip berikut4:
- Pastikan bahu berada di posisi yang betul
- Tarik perut ke arah tulang belakang, dengan sedikit penglibatan otot
- Pastikan paras kepala selaras dengan badan
- Elakkan mengunci bahagian lutut
- Pastikan berat badan diseimbangkan melalui tapak kaki
- Biarlah tangan tergantung secara semula jadi di bahagian sisi
Cara tambah tinggi 10 cm dengan menguatkan otot teras
Cara tambah tinggi 10 cm yang lain ialah dengan membantu individu mengekalkan postur yang baik dan kelihatan lebih tinggi4.
Otot teras adalah otot-otot di bahagian abdomen dan di sepanjang tulang belakang.
Otot ini membantu menyokong tulang belakang.
Apabila otot-otot ini terlalu lemah, tulang belakang tidak disokong dengan betul dan boleh menyebabkan ia dimampatkan.
Ia juga boleh menyebabkan pembongkokan.
Untuk mendapatkan otot teras yang kuat, seseorang individu boleh mencuba latihan berikut4:
- Plank: Mengekalkan ketahanan otot-otot abdomen, kekalkan kedudukan di bahagian atas ketika melakukan push-up.
- Superman: Baring diatas perut, angkat bahagian tangan, kaki, dan kepala daripada lantai dan tahan.
- Abdominal crunch: Baring di bahagian belakang dengan membengkokkan lutut sambil kaki berada di atas lantai. Angkat kepala dan bahu menggunakan otot teras.
Apa-apa pun, pastikan anda makan dengan cukup, beriadah dan mendapat rehat yang cukup agar badan anda dapat membesar dan meninggi!5

Kesimpulan
Selain itu, aktiviti fizikal seperti berenang, melompat tali dan senaman regangan membantu merangsang hormon pertumbuhan secara semula jadi.
Paling penting, ibu bapa perlu berikan sokongan emosi dan galakkan anak untuk terus aktif dan menjaga kesihatan agar mereka boleh membesar dengan sihat dan yakin diri.
Jangan lupa dapatkan susu berkhasiat untuk tumbesaran anak anda!
Dapatkan segera!

















