backup og meta

6 Pantang Larang Semasa Sakit Tonsil & Selepas Buang Tonsil, Jangan Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/11/2023

    6 Pantang Larang Semasa Sakit Tonsil & Selepas Buang Tonsil, Jangan Buat!

    Tonsil merupakan organ kecil di belakang kerongkong yang memainkan peranan utama di dalam sistem imunisasi tubuh badan. Bagaimana pula jika ia mula sakit? Anda kena ikut pantang larang tonsil semasa sakit dan selepas buang agar cepat sembuh!

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Telinga, Hidung dan Tekak, anda juga boleh klik di sini.

    Apa maksud, punca & kesan tonsilitis?

    Untuk pengetahuan anda semua, tonsilitis merupakan suatu kondisi di mana organ kecil ini mula membengkak dan meradang angkara infeksi mikrob virus atau bakteria daripada luar.

    Kondisi ini biasa berlaku kepada semua individu tanpa mengira usia namun lebih berisiko kepada golongan kanak-kanak atau remaja yang berada dalam lingkungan umur 5 ke 15 tahun.

    Selain kemerahan dan kegatalan pada tonsil, ada beberapa lagi simptom tonsilitis seperti berikut:

    pantang larang tonsil

    Apa yang lebih membimbangkan adalah kondisi ini juga mungkin mendatangkan banyak mudarat termasuk masalah pernafasan, gangguan tidur, kegagalan organ serta kehilangan nyawa.

    Jadi, adalah amat penting untuk anda mendapatkan ubat dan mengamalkan pantang larang tonsil semasa sedang sakit atau selepas bedah buang tonsil agar kondisi ini dapat cepat disembuhkan.

    Adakah tonsilitis memang perlu dibuang?

    Sebelum pergi lebih lanjut, anda perlu tahu bahawa tonsilitis ada 3 tahap utama iaitu akut, kronik, dan berulang yang memerlukan masa kurang atau lebih daripada 10 hari untuk ia sembuh.

    Bagi tonsilitis akut, anda mungkin tidak perlu membuat pembedahan kerana ia akan pulih dengan mengambil ubat tonsil namun sebaliknya pula untuk tonsilitis di tahap akut serta berulang.

    Tidak kira semasa sakit atau selepas buang, wujud pantang larang tonsil yang individu perlu patuh!

    Pantang larang tonsil – semasa sedang sakit

    Selepas doktor mengesahkan bahawa anda menghidap tonsilitis peringkat akut, perkara pertama dan utama yang anda perlu buat adalah mengubati segala simptom kondisi ini seperti di atas.

    pantang larang tonsil

    Dalam masa yang sama, anda mesti mengelakkan tabiat di bawah agar tonsilitis lebih cepat pulih:

    1. Kurang minum airAir kosong amat diperlukan pada kadar yang ideal ketika sedang sakit tonsilitis agar rasa tidak selesa pada tekak dapat dikurangkan. Elakkan air batu atau air tidak ditapis kerana ia mungkin membawa infeksi mikrob.
    2. Tidak makan ubat – Meskipun benar tonsilitis boleh pulih secara sendiri, namun anda masih perlu mengambil ubat seperti lozeng, antibiotik, acetaminophen, paracetamol, ibuprofen dan aspirin supaya proses penyembuhan menjadi lebih pantas.
    3. Tinggal di persekitaran udara yang kotor – Mikrob seperti virus dan bakteria hidup di persekitaran yang kotor. Maka, sila elak dari tempat-tempat yang penuh asap, debu atau habuk bagi mengurangkan risiko infeksi tonsilitis lebih teruk.

    Atau jika tidak, wujud juga kemungkinan tonsilitis itu berubah daripada tahap akut kepada kronik atau berulang lantas mengakibatkan anda terpaksa melakukan prosedur pembedahan!

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Pantang larang tonsil – selepas bedah buang

    Sekiranya anda sudah sah menghidap tonsilitis tahap kronik atau berulang, doktor mungkin akan menyarankan prosedur pembedahan tonsilektomi untuk membuang dan melawan infeksi.

    Sama seperti semasa sedang sakit, ada beberapa pantang larang selepas pembedahan tonsil yang individu perlu ikut selain daripada di atas agar kondisi ini dapat pulih dengan segera.

    pantang larang tonsil

    #1. Ambil makanan dan minuman yang mudah telan

    Pertama, anda perlu ambil makanan dan minuman yang mudah telan serta elak hidangan dengan saiz terlalu besar atau terlalu keras. Ini mungkin boleh menjejaskan bekas luka pembedahan sekali gus memperlahankan proses pemulihan tonsil anda.

    Pantang larang tonsil #2. Jangan banyak bercakap, berteriak atau menyanyi

    Kemudian, individu juga dinasihatkan untuk jangan bercakap dan berteriak apatah lagi menyanyi kerana tonsil dan tekak anda sangat memerlukan rehat untuk ia benar-benar pulih dahulu.

    Pun begitu, jangan pula anda membisu pada setiap masa kerana takut memberi kesan pada tonsil.

    Anda masih boleh berbicara pada kekerapan dan kelantangan yang minimum tanpa perlu khuatir.

    #3. Cukup rehat dan tidur untuk rawat tonsilitis

    Akhir sekali, pastikan anda dapatkan rehat dan tidur yang cukup supaya bekas luka pada tonsil itu tertutup, sembuh dan berfungsi semula seperti sedia kala dan jangan lupa ambil ubat tonsil!

    Jika timbul sebarang masalah pada ketika ini, segera berjumpa dan berbincang dengan doktor ya?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan