backup og meta

Benarkah Demam Hay & Asma Itu Saling Berkait Dan Biasa Menyerang Serentak?

Benarkah Demam Hay & Asma Itu Saling Berkait Dan Biasa Menyerang Serentak?

Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai alergi yang wujud akibat bermacam alergen, namun pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang alahan debunga (demam hay)?

Jika belum pernah, anda mungkin tidak keseorangan kerana alahan jenis ini adalah sangat jarang berlaku di negara kita.

Ia adalah lebih sinonim dengan negara yang mengalami perubahan 4 musim dan lebih dikenali sebagai kondisi ‘demam hay’.

Lebih mengejutkan, ia kerap dikaitkan dengan asma. Sila teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentangnya.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Alahan, sila klik di sini.

Apa definisi alahan debunga?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita mengetahui apa maksud sebenar alergi yang disebabkan oleh alergen debunga ini.

Untuk pengetahuan anda, debunga adalah serbuk halus yang dihasilkan tumbuhan yakni pokok, bunga, rumput dan rumpai.

Debunga inilah yang akan menyebabkan seseorang itu mengalami reaksi alahan dan merupakan penyebab utama alahan di negara bermusim.

Individu yang mempunyai kondisi ini akan menyebabkan sistem imun tubuh badan terkeliru debunga itu adalah sesuatu yang bahaya.

Ini sekali gus akan membuat mereka mengeluarkan bahan kimia untuk melawan alergen tersebut lantas menyebabkan reaksi alahan debunga.

alahan debunga

Apa simptom alahan debunga?

Sekiranya anda menghidapi alahan debunga ini, sistem imun tubuh badan akan mengeluarkan histamin semula jadi untuk melawan ancaman tersebut.

Tujuan bahan kimia ini dikeluarkan adalah untuk melawan alergen terbabit namun wujud kesan sampingan daripadanya iaitu timbul pula gejala lain.

Pengeluaran histamin ini pula seterusnya akan menyebabkan munculnya simptom-simptom termasuklah:

  • Mata merah
  • Mata gatal
  • Mata berair
  • Tekak gatal
  • Kulit bengkak
  • Batuk
  • Bersin
  • Sesak nafas
  • Tekanan sinus
  • Deria rasa & bau berkurangan

Dalam pada itu, penderita demam hay yang juga menghidap asma cenderung untuk mengalami simptom yang lebih teruk.

Ini didalangi oleh faktor di mana sebenarnya terdapat perkaitan di antara kedua-dua jenis keadaan kesihatan terbabit.

Apa kaitannya dengan kondisi asma?

penyakit asma

Buat anda yang tertanya-tanya, alahan debunga dengan asma memang saling berkaitan antara satu sama lain dan biasa berlaku serentak.

Ini disebabkan oleh faktor di mana alergen debunga juga boleh menyebabkan penderita asma mengalami gejala penyakit tersebut.

Buat sesetengah penderita asma pula, alergen lain seperti bulu haiwan, makanan dan lain-lain juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Menurut Pengamal Perubatan James T C Li, kondisi asma dengan demam hay ini mempunyai pencetus reaksi yang sama yakni debunga.

Dalam usaha untuk melindungi tubuh badan pula, sistem imun akan mengeluarkan bahan kimia untuk melawan alergen tersebut.

Inilah punca akan timbul gejala-gejala yang mungkin boleh jadi lebih teruk sekiranya anda menghidap kedua-dua keadaan kesihatan ini.

Sila rawat sebelum terlambat!

Sebelum mengetahui apakah kaedah rawatan yang bersesuaian untuk merawat alergi ini, pertama sekali anda harus berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan pengesahan yang anda memang ada alahan debunga ini.

Doktor kemudiannya akan melakukan ujian pada kulit untuk melihat apa punca sebenar yang menyebabkan wujudnya masalah alahan anda.

Jika benar ia adalah disebabkan oleh alergen debunga, maka doktor mungkin akan mencadangkan beberapa jenis kaedah untuk merawat gejala.

Beberapa kaedah yang boleh dicuba untuk merawat pelbagai jenis alahan termasuklah demam hay adalah seperti berikut:

penyakit alahan

#1. Ubatan alahan

Anda boleh mendapatkan ubatan bernama antihistamin yang boleh didapati di klinik, hospital atau dibeli daripada farmasi.

Ubatan ini mampu menghalang histamin yang dikeluarkan oleh tubuh lantas menghalang gejala-gejala daripada terus memburuk.

#2. Suntikan alahan

Jika sebarang ubatan masih tidak dapat membantu untuk melegakan gejala alahan anda, suntikan boleh membantu.

Anda hanya perlu berjumpa doktor setiap beberapa minggu untuk mendapatkan suntikan ubatan dalam kuantiti yang kecil.

#3. Terapi Antiimmunoglobullin E (IgE)

Setiap kali mengalami reaksi alergi, sistem imun tubuh badan akan bertindak melawan ancaman tersebut dengan mengeluarkan antibodi.

Dengan menjalani terapi ini, ada ubatan yang mampu mengawal IgE ini daripada terus berlaku lantas mengurangkan kesan gejala yang berlaku.

#4. Leukotriene modifier

Bagi mereka yang menghidap kedua-dua alahan debunga serta kondisi asma, pengambilan pil ini mampu mengawal reaksi akibat penyakit-penyakit ini.

Untuk mendapatkannya, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum mula mengambil sebarang jenis ubatan atau suntikan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/in-depth/allergies-and-asthma/art-20047458
  2. https://www.aafa.org/pollen-allergy/
  3. https://www.ecarf.org/en/information-portal/allergies-overview/pollen-allergy/
  4. https://acaai.org/allergies/types-allergies/pollen-allergy
  5. https://firstaidforlife.org.uk/asthma-during-hay-fever-season/
  6. https://www.asthma.org.uk/advice/triggers/pollen/

Versi Terbaru

27/10/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Titisan Alahan, Rawatan Terbaharu Untuk Masalah Alergi

Ada Sakit Radang Hidung? Ia Mungkin Bukan Sebab Alahan, Meskipun Simptom Sama!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/10/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan