Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Kanser Bronkial didiagnosis?
Jika doktor mengesyaki anda menghidapi keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan dicadangkan. Beberapa ujian biasa yang boleh dilakukan termasuk:
- Biopsi: Doktor akan mengambil sebahagian kecil tisu yang terlibat dan akan diperiksa dibawah mikroskop oleh pakar bagi memastikan itu adalah kanser atau tidak.
- X-ray: Doktor akan menggunakan radiasi berdos rendah untuk melihat kewujudan tumor, jika ada pada saluran udara anda.
- MRI: MRI menggunakan magnet dan gelombang radio yang kuat akan digunakan bagi menunjukkan saiz tumor. Anda mungkin perlu minum cecair, atau cecair itu dimasukkan ke dalam vena sebelum ujian dilakukan. Pewarna kontras ini membantu untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas.
Doktor juga mungkin akan melakukan beberapa jenis imbasan lain untuk mencari tumor dan melihat sama ada ia sudah merebak atau tidak.
Bagaimana pesakit Kanser Bronkial dirawat?
Bergantung pada jenis dan tahap kanser, beberapa pilihan rawatan akan dicadangkan oleh doktor anda:
Pilihan tersebut termasuk:
- Pembedahan: Ini merupakan rawatan utama bagi kanser bronki. Pakar bedah akan membuang kanser dan sedikit tisu di sekelilingnya. Nodus limfa yang mengelilingi tumor juga akan dibuang untuk menghalang penyakit daripada merebak.
- Radiasi: Rawatan ini menggunakan X-ray berkuasa tinggi untuk membunuh sel kanser. Ia dapat melegakan simptom dan membantu anda untuk berasa lebih baik. Anda juga boleh menjalani rawatan ini selepas pembedahan bagi membunuh mana-mana sel kanser yang tertinggal.
- Kimoterapi: Kimo menggunakan ubat bagi membunuh sel kanser pada keseluruhan badan anda. Ubat ini diberi melalui vena (IV) atau pil. Anda boleh menjalani kimo bersama rawatan lain jika kanser anda sudah merebak. Anda mungkin akan menjalani kimoterapi selepas pembedahan bagi membunuh mana-mana sel kanser yang tertinggal.
- Imunoterapi: Rawatan ini menggunakan ubat untuk meningkatkan kebolehan sistem imuniti anda untuk mencari dan memusnahkan kanser. Imunoterapi akan mengecutkan tumor atau menghentikan pertumbuhan tumor.
- Terapi sasar: Rawatan ini mencari protein atau gen yang unik pada kanser dan membantu protein dan gen itu untuk membesar. Kemudian, rawatan ini mensasarkan bahan tersebut bagi menghentikan kanser dari merebak.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kanser Bronkial?
Sebenarnya, tiada cara lain untuk mengelak daripada kanser bronkial, tetapi anda boleh mengurangkan risiko jika anda:
- Berhenti merokok: Berhenti merokok dapat mengurangkan risiko anda terhadap kanser bronki, walaupun anda sudah merokok bertahun-tahun lamanya. Jumpa doktor untuk mengetahui strategi dan bantuan berhenti merokok yang boleh membantu anda. Bantuan ini termasuklah produk pengganti nikotin, ubat-ubatan dan kumpulan sokongan.
- Elakkan asap rokok sekunder: Jika anda hidup atau bekerja dengan perokok, paksa perokok itu untuk berhenti. Sekurang-kurangnya suruh perokok itu merokok di luar. Jauhi kawasan di mana orang merokok, seperti bar dan restoran, dan pilih kawasan bebas rokok.
- Elakkan bahan karsinogen di tempat kerja: Ambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda daripada terdedah pada bahan kimia toksik di tempat kerja. Ikut langkah berjaga-jaga yang disediakan oleh majikan anda. Contohnya, jika anda diberi topeng muka sebagai perlindungan, pakai topeng itu selalu. Risiko untuk paru-paru anda rosak akibat bahan karsinogen di tempat kerja meningkat jika anda merokok.
- Ambil diet yang penuh dengan buah-buahan serta sayur-sayuran: Makanan bersumberkan vitamin dan nutrien adalah yang terbaik. Elakkan pengambilan dos vitamin dalam bentuk pil dengan kuantiti yang banyak kerana ini mungkin berbahaya.
- Bersenam pada kebanyakan hari dalam seminggu: Mulakan dengan perlahan-lahan, jika anda tidak selalu bersenam. Cuba untuk bersenam hampir setiap hari dalam seminggu.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen