Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Sindrom Lynch adalah keadaan diwarisi yang meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser-kanser lain. Dahulunya Sindrom Lynch dikenali sebagai kanser kolorektum tanpa poliposis yang diwarisi (HNPCC).
Beberapa sindrom yang diwarisi boleh meningkatkan risiko kanser kolon anda, tetapi Sindrom Lynch adalah yang paling biasa. Doktor menjangka lebih kurang 3 daripada setiap 100 kanser kolon disebabkan oleh Sindrom Lynch.
Keluarga yang mengalami Sindrom Lynch biasanya mempunyai lebih banyak kes kanser kolon daripada yang dijangka. Sindrom Lynch juga menyebabkan kanser kolon berlaku pada umur yang lebih awal daripada populasi umum.
Sindrom Lynch bukanlah keadaan yang jarang berlaku tetapi ia sangat kurang sekali didiagnosis. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom biasa bagi Sindrom Lynch ialah:
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Sindrom Lynch boleh diwarisi dalam keluarga melalui pola autosomal dominant yang diwarisi. Ini bermakna jika salah satu ibubapa membawa mutasi gen untuk Sindrom Lynch, terdapat 50 peratus peluang untuk mutasi tersebut akan diturunkan kepada setiap anak. Risiko Sindrom Lynch adalah sama walaupun pembawa mutasi gen merupakan ibu atau ayah atau anak tersebut lelaki atau perempuan.
Bagaimana mutasi gen menyebabkan kanser
Gen yang diwarisi dalam Sindrom Lynch biasanya bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan di dalam kod genetik (gen pembaiki ketakserasian).
Gen anda mengandungi DNA, yang mana membawa arahan untuk setiap proses bahan kimia di dalam badan anda. Apabila sel anda membesar dan berbahagi, sel ini akan membuat salinan DNA mereka dan jarang sekali sedikit kesalahan kecil berlaku.
Sel normal mempunyai mekanisme untuk mengenal pasti kesalahan dan membaikinya. Tetapi orang yang mewarisi salah satu gen abnormal yang berkait dengan Sindrom Lynch kurang keupayaan untuk membaiki kesalahan kecil ini. Kesalahan yang terkumpul ini menyebabkan kerosakan genetik bertambah di dalam sel dan lama kelamaan boleh mengakibatkan sel menjadi kanser.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor anda akan mengambil sejarah keluarga yang teliti bagi melihat berapa banyak saudara anda yang pernah mengalami kanser kolon. Jika anda berisiko tinggi, doktor anda akan menghantar anda untuk kaunseling genetik dan ujian DNA. Jika salah seorang daripada ahli keluarga anda telah didiagnosis dengan Sindrom Lynch, saudara mara anda yang lain juga akan diperiksa.
Ujian saringan sangat penting bahkan jika anda mempunyai salah satu daripada perkara berikut:
Kanser kolon yang dikait dengan Sindrom Lynch dirawat sama seperti jenis-jenis kolon kanser yang lain. Walau bagaimanapun, pembedahan kanser kolon bagi Sindrom Lynch melibatkan lebih banyak bahagian kolon yang dibuang, kerana individu dengan Sindrom Lynch mempunyai risiko untuk mengalami kanser kolon tambahan pada masa akan datang.
Pilihan rawatan anda akan bergantung kepada tahap dan lokasi kanser anda, serta keadaan kesihatan, umur dan pilihan peribadi anda. Rawatan untuk kanser kolon termasuk pembedahan, kimoterapi dan terapi radiasi.
Ujian saringan kanser untuk individi dengan Sindrom Lynch
Jika anda mempunyai Sindrom Lynch, tetapi tidak pernah didiagnosis dengan kanser yang berkaitan – kadang-kadang dirujuk sebagai “praselamat” – doktor anda akan merangka rancangan saringan kanser untuk anda.
Ikut rancangan yang disarankan oleh doktor anda. Ujian saringan kanser dapat membantu doktor anda mengesan tumor pada tahap yang paling awal – lebih berpotensi untuk sembuh.
Penyelidik tidak menetapkan ujian saringan kanser yang mana paling bagus bagi individu yang mempunyai Sindrom Lynch. Oleh itu, terdapat pasukan perubatan yang berbeza mengikut ujian yang disarankan. Ujian yang mana terbaik untuk anda bergantung kepada sejarah keluarga dan gen apa yang menyebabkan Sindrom Lynch anda.
Sebagai sebahagian daripada rancangan saringan kanser anda, doktor anda akan menyarankan anda supaya menjalani:
Individu dengan Sindrom Lynch lebih cenderung untuk mempunyai polip kolon yang mana lebih sukar untuk dikesan. Oleh sebab itu, teknik kolonoskopi yang terbaru akan disarankan. Kolonoskopi berdefinisi tinggi dapat menghasilkan gambar kolon yang lebih teliti manakala kolonoskopi berjalur nipis yang menggunakan cahaya khas dapat menghasilkan gambar kolon yang lebih jelas. Kromoendoskopi menggunakan pewarna untuk mewarnai tisu kolon, menjadikan polip rata yang lebih cenderung berlaku pada individu dengan Sindrom Lynch dapat dikesan.
Walaupun kajian telah membuktikan keberkesanan ujian saringan kanser kolon dalam mengurangkan risiko kematian, namun kajian yang sama masih belum membuktikan keberkesanan ujian saringan terhadap jenis kanser yang lain. Tetapi, pakar masih mengesyorkan ujian saringan ini meskipun kekurangan bukti kajian.
Doktor anda akan menyarankan ujian saringan kanser yang lain jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser lain. Tanya doktor anda mengenai ujian saringan yang terbaik untuk anda.
Aspirin untuk mencegah kanser
Kajian terbaru menunjukkan bahawa pengambilan aspirin setiap hari dapat mengurangkan beberapa risiko kanser yang berkait dengan Sindrom Lynch. Lebih banyak kajian diperlukan bagi mengesahkan perkara ini. Berbincang mengenai potensi manfaat dan risiko terapi aspirin ini bagi menentukan sama ada terapi ini boleh menjadi pilihan untuk anda.
Pembedahan bagi mencegah kanser yang disebabkan oleh Sindrom Lynch
Untuk situasi tertentu, individu dengan Sindrom Lynch boleh mengambil kira untuk menjalani pembedahan bagi mengurangkan risiko kanser. Bincang mengenai manfaat dan risiko pembedahan pencegahan ini dengan doktor anda.
Pilihan pembedahan untuk mencegah kanser termasuklah:
Sedikit sahaja bukti yang menunjukkan bahawa membuang kolon mempunyai sebarang manfaat berbanding ujian saringan kanser yang kerap, dalam konteks untuk membantu anda hidup dengan lebih lama. Namun, sesetengah orang lebih gemar untuk tidak mengambil risiko atau mengelak daripada menjalani pemeriksaan kolonoskopi.
Tidak seperti kanser kolon, saringan untuk kanser ovari dan kanser endometrium belum terbukti dapat mengurangkan risiko kematian akibat kanser. Oleh sebab itu, doktor biasanya akan mengesyorkan pembedahan pencegahan ini kepada wanita yang telah tamat tempoh kesuburan.
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi Sindrom Lynch:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Lynch syndrome. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/lynch-syndrome/basics/definition/con-20025651. Accessed August 11, 2017.
Lynch Syndrome: Get the Facts. http://www.webmd.com/colorectal-cancer/lynch-syndrome-get-the-facts#1. Accessed August 11, 2017.
Lynch Syndrome International. https://lynchcancers.com/. Accessed August 11, 2017.