home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tip Kekal Sihat Semasa Tahun Baru Cina

Tip Kekal Sihat Semasa Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina adalah perayaan penting bagi masyarakat Cina. Berdasarkan tradisi Cina, malam Tahun Baru Cina adalah hari berkumpul bagi ahli keluarga dan saudara-mara untuk menikmati makan malam bersama-sama dan menghabiskan malam terakhir dan menanti tahun baru.

Oleh itu, perayaan ini akan disambut dengan pelbagai makanan menyebabkan semasa tempoh perayaan ini, anda terdorong untuk makan secara tidak terkawal atau berlebihan dan mengurangkan aktiviti fizikal. Keadaan ini mendorong kepada peningkatan berat badan dan juga risiko kepada penyakit lain sepeti diabetes dan hipertensi.

Tip kekal sihat semasa perayaan Tahun Baru Cina

1. Kekal terhidrasi

Pastikan diri anda terhidrasi pada setiap masa, dan air adalah teman baik ada semasa perayaan Tahun Baru Cina. Pada sesetengah masa dan keadaan, anda mungkin terkeliru antara rasa dahaga dan lapar. Dengan pelbagai hidangan makanan, dengan mudah anda menafsirkannya sebagai kelaparan. Tetapi sebenarnya tubuh anda memerlukan air bagi membantu sistem pencernaan memproses makanan yang anda telah ambil semasa perayaan.

2. Kekal aktif

Apabila melibatkan perayaan, majoriti akan menjadikannya alasan untuk berhenti bersenam. Ini kerana menghadiri majlis atau perjumpaan yang berterusan sepanjang hari menyebabkan anda tiada masa untuk bersenam. Tetapi, mengambil masa 30 minit untuk berjalan kaki setiap hari, berjalan ke tempat perayaan, bersantai bersama anak-anak juga boleh menjadi aktiviti menyihatkan semasa tempoh perayaan.

3. Awasi hidangan

Snek atau makanan ringan menjadi hidangan terakhir bagi setiap perayaan. Ia juga boleh menyebabkan anda ketagihan dan tidak boleh berhenti menguyah sebaik sahaja memakannya. Jadi, cuba untuk jauhkan diri anda daripada meja yang terdapat makanan ringan dan bersosial dengan saudara-mara, tetamu atau kenalan anda bagi mengalihkan perhatian.

4. Snek tidak sesuai untuk perut kosong

Membiarkan perut dalan keadaan kosong adalah helah yang boleh memudaratkan diri anda. Keadaan ini boleh menyebabkan anda cenderung untuk makan terlalu banyak dan makan snek terlalu banyak. Selain itu, perut anda juga boleh dipenuhi angin (gas) yang boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa perayaan.

Semasa mengambil snek, cuba untuk mengekalkan diet yang seimbang termasuk serat, protein dan vitamin. Snek pada buah tangan (goodies) mungkin bukan pengganti makanan yang sesuai. Oleh itu, anda masih perlu memastikan anda mendapatkan sayuran yang mencukupi dalam makanan anda.

5. Dapatkan tidur yang cukup

Perayaan Tahun Baru Cina kadang kala berlarutan hingga ke lewat malam. Keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami jumlah tidur yang tidak mencukupi. Jadi, cuba untuk dapatkan tidur sebentar jika ada peluang bagi mengembalikan tubuh anda bertanaga.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Healthy Eating The Key To Prosperity http://www.moh.gov.my/images/gallery/publications/cny/English-2.pdf Accessed on Jan 31, 2019.

ESSENTIAL TIPS FOR HEALTHY AND SAFE CHINESE NEW YEAR CELEBRATIONS https://www.internationalsos.com/newsroom/news-releases/essential-tips-for-healthy-and-safe-chinese-new-year-celebrations-feb-09-2018 Accessed on Jan 31, 2019.

6 TIPS TO STAY HEALTHY DURING CHINESE NEW YEAR https://www.ulive.sg/index.php/component/content/article/1013-6-tips-to-stay-healthy-during-chinese-new-year Accessed on Jan 31, 2019.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak pada 31/01/2019
x