backup og meta

Ada Masalah Pusat Berbau? Ini 3 Punca Pusat Busuk, Salah Satunya Sebab 'Cyst'

Ada Masalah Pusat Berbau? Ini 3 Punca Pusat Busuk, Salah Satunya Sebab 'Cyst'

Mungkin ramai yang akan kata bahawa kondisi pusat berbau busuk adalah suatu perkara biasa dan tidak akan mendatangkan bahaya.

Ya, anda mungkin benar sekiranya ia disebabkan oleh keculasan atau kealpaan dalam aspek menjaga kebersihan tubuh badan secara total.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa penyebab pusat berbau busuk yang lain? Jom ikuti artikel ini bersama!

Pusat & penjagaan kebersihan

Pusat itu terletak pada perut dan di tengah-tengah tubuh badan kita, jauh daripada hidung yang digunakan untuk menghidu sesuatu.

Sekiranya anda perasan bahawa terdapat bau yang kurang menyenangkan datangnya daripada pusat, maka ada sesuatu yang tidak kena.

Untuk pengetahuan anda, pusat adalah kawasan bekas daripada tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibu semasa dalam kandungan.

Dahulu, ia digunakan sebagai saluran untuk janin mendapatkan nutrisi daripada makanan dan minuman yang diambil oleh si ibu.

Selepas lahir pula, ia tidak lagi perlu digunakan dan akan dibuang, lantas meninggalkan kawasan seakan berlubang bernama pusat.

Meskipun ia tidak lagi mempunyai fungsi, ia perlu dijaga kebersihannya bagi mengelakkan ia berbau atau dijangkiti sebarang anasir berbahaya.

pusat berbau

Apa penyebab pusat berbau busuk?

Kadangkala, kita mungkin akan berjenaka dengan berkata bahawa punca ia berbau adalah akibat serangga mati yang tertanam di situ.

Tidak menolak itu sebagai salah satu kemungkinan, berikut adalah punca sebenar pusat berbau:

#1. Tidak menjaga kebersihan

Apa lagi punca sesuatu itu berbau jika tidak berkait dengan kebersihan bukan? Namun apa yang benar-benar dimaksudkan dengan penyataan ini?

Untuk pengetahuan anda, pusat manusia itu memiliki ekosistem yang tersendiri dan menjadi perumah kepada hampir 70 jenis bakteria.

Bukan bakteria sahaja, kulat dan kuman juga boleh mendiami pusat manusia sebagai tempat tinggal dan membiak dengan banyaknya.

Apabila bakteria, kulat dan kuman ini sudah terlalu banyak, ia akan menghasilkan bau yang busuk terutamanya jika bercampur dengan peluh.

Ia adalah situasi yang sama berlaku kepada kawasan tubuh badan lain seperti ketiak yang memerlukan anda untuk menjaga kebersihan dengan lebih baik.

#2. Jangkitan yis

Selalu dikaitkan berlaku pada alat sulit, jangan terkejut pula jika kami kata pusat anda juga berisiko alami jangkitan yis!

Ada sejenis yis yang sangat gemar mendiami kawasan yang lembap, gelap serta hangat dan dalam kes ini pusat memang bahagian badan yang sesuai.

Yis tersebut adalah Candida dan biasa ditemui berada pada kawasan alat sulit, bawah lengan serta pusat jika tidak dijaga kebersihannya.

Ada beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan jangkitan ini berlaku termasuklah:

pusat berbau

#3. Pelbagai jenis sista/cyst

Sista adalah sejenis ketulan yang akan muncul pada mana-mana kawasan kulit dan juga boleh jadi punca pusat berbau busuk.

Terdapat tiga jenis sista yang biasa terjadi dalam pusat iaitu sista epidermoid, pilar dan sebaceous.

Sista epidermoid dan pilar kedua-duanya mengandungi sel dalam membran yang akan menghasilkan keratin.

Apabila kedua-duanya menjadi besar dan pecah, maka akan keluar lendir daripadanya yang berwarna kuning, likat dan busuk.

Berbeza pula dengan sista sebaceous kerana ia akan berlaku di dalam kelenjar sebum (peluh) yang boleh membawa jangkitan.

Akibatnya, ketiga-tiga jenis sista atau cyst ini akan menyebabkan masalah pusat berbau busuk.

Bagaimana mencuci pusat berbau busuk?

Untuk mengelakkan ia berbau, cara paling mudah dan cepat adalah dengan mencuci pusat berbau. Bagaimana?

Pertama sekali, kalian perlu mencuci pusat menggunakan air dan sabun antibakteria ketika mandi dengan menggunakan jari telunjuk untuk menggosok.

Selepas mencuci, biarkan ia kering sebelum sapukan sebarang krim atau losen untuk menjaga kelembapan kulit (cuma jangan terlalu banyak ya?).

pusat berbau

Untuk melawan jangkitan yis

Bagi melawan jangkitan seperti yis, boleh cuba memastikan kawasan pusat itu sentiasa bersih dan kering jika terkena sebarang jangkitan.

Selepas itu, anda juga boleh menggunakan ubatan antibiotik, antikulat sama ada secara oral atau sapu yang dipreskripsikan oleh doktor.

Untuk merawat ketulan sista

Tiada jalan lain yang kalian boleh lakukan untuk merawat ketulan sista yang muncul pada kawasan sekitar pusat selain berjumpa doktor.

Anda mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan prosedur pengecutan, penyuntikan atau pembedahan untuk membuang sista ini.

Jika anda alami masalah pusat kalian yang berbau namun tidak tahu puncanya, segera berjumpa doktor untuk diagnosis okay!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Why does your belly button smell. https://flo.health/menstrual-cycle/health/symptoms-and-diseases/why-does-your-belly-button-smell. Accessed 21 April 2021.
  2. Plosone. https://journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0047712. Accessed 21 April 2021.
  3. There’s a rainforest in your belly button. https://www.matherhospital.org/wellness-at-mather/diseases-conditions/theres-a-rainforest-in-your-belly-button/Accessed 21 April 2021.
  4. Epidermoid and pilar cysts. http://www.skinsupport.org.uk/conditions-details/epidermoid-and-pilar-cysts. Accessed 21 April 2021.
  5. Skin cyst. https://www.nhs.uk/conditions/skin-cyst/Accessed 21 April 2021.

Versi Terbaru

09/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Malu Nak Tanggal Kasut Sebab Kaki Berbau Busuk? Ini Cara Atasinya

Oppss! Badan Berbau Sebab Banyak Makan Bawang? Ini Yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan