
Perlu Ada Untuk Setiap Rumah, Ini 7 Pilihan Mop Lantai Yang Terbaik Di Pasaran!
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Rumah dah cantik, takkan nak biar lantai rumah melekit dan kotor bukan? Lebih-lebih lagi habuk, bulu haiwan dan kuman di lantai boleh mencetuskan alahan, terutamanya bagi bayi yang merangkak dan ahli keluarga yang sensitif. Jadi, memilih mop lantai terbaik membantu rumah kekal bersih dan lebih sihat. Berikut tujuh pilihan popular dengan kelebihan masing-masing.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Mop lantai terbaik, pilihan mak-mak zaman sekarang!
Di pasaran, ada banyak jenama dan model mop lantai moden yang boleh membantu anda membersihkan lantai rumah.
Dengan invest sedikit wang anda kepada ‘bibik moden’ ini, sudah tentu dapat menyenangkan kerja-kerja rumah anda. Dengan itu, anda mempunyai lebih masa untuk diluangkan bersama yang tersayang!
Berikut adalah 7 mop lantai terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran.
1. Shark Lightweight Steam Mop
Harga yang berpatutan untuk kegunaan seharian, mop stim S1000 ini dapat membersihkan lantai dengan mudah!
Anda hanya perlu isi air dan sudah boleh digunakan.
Yang menariknya, beratnya hanya 1.8kg sahaja dan datang dengan pad Dirt Grip yang boleh dibasuh semula. Sesuai untuk rumah kecil atau bajet terhad.
2. Xiaomi Robot Vacuum H50, mop lantai moden
Robot ini menggabungkan sedutan 10,000 Pa dengan dua pad mop berputar. Stesen asasnya boleh membasuh pad secara automatik dan mengumpul habuk sehingga 75 hari.
Mop lantai terbaik ini mampu mengutip 99% habuk, rambut, sisa makanan dan sampah, sehingga menjadikan rumah anda bersih dari kotoran dengan menggunakan navigasi LDS laser dengan pemetaan 360°.
3. Philips Daily Wet and Dry Cleaning 2000 Series
Jika anda inginkan pilihan yang lain dan murah, robot Philips XU2100 harus menjadi pilihan anda.
Mop lantai moden ini boleh menyedut dan mop serentak, menarik bukan?
Mop ini menggunakan navigasi LDS untuk memetakan rumah, dilengkapi stesen kosong automatik dan boleh dikawal melalui aplikasi HomeRun.
Pilihan yang berbaloi bagi anda yang mahu mendapatkan bantuan bibik moden tanpa kos terlalu tinggi.
4. Scotch-Brite™ Hands-Free Mop with Compact Bucket
Jika anda menggemari mop biasa, apa kata anda dapatkan mop lantai Scotch- Brite ini?
Seperti yang kita tahu, mop biasa terasa lebih puas dan lebih bersih berbanding dengan menggunakan mesin.
Kini, anda tak perlu perah untuk buang lebihan air dengan menggunakan tangan.
Hanya perlu masukkan mop ini dicelahan baldi, air dapat dikurangkan dan sambung mop seperti biasa. Ia juga lebih mudah ‘sampai’ disetiap sudut rumah.
5. ECOVACS DEEBOT T30C Max
Robot premium Ecovacs ini mampu menyedut habuk, rambut dan sisa makanan dengan sedutan sehingga 25,000 Pa.
Stesen Omni ini pula membasuh pad dengan air panas 75°C dan mengeringkannya dengan udara panas 45°C, jadi pad yang digunakan tidak berbau.
6. Karcher FCV 4 Natural N Vacuum Mop
Siapa kita mengenenali jenama Karcher di dalam industri pembersihan dan teknologi.
Mop tanpa wayar 3-dalam-1 ini mampu menyedut, mop dan mengeringkan dalam masa serentak!
Bateri vacuum mop ini mampu tahan sehingga 45 minit untuk kawasan sehingga 200 meter persegi. Mop lantai heavy duty ini boleh menyingkirkan sehingga 99% bakteria, sesuai untuk rumah yang mempunyai haiwan peliharaan.
7. Philips XC3133, mop lantai moden
Penyedut hampagas tanpa wayar dari Philips ini turut digunakan sebagai mop.
Bahagian penyedut boleh ditanggalkan menjadikan anda mudah untuk menukar mod pembersihan yang diinginkan.
Dengan adanya lampu LED pada muncung, anda dapat melihat dengan mudah tempat-tempat tersorok yang perlu dibersihkan!
Mop lantai terbaik ini juga ringan dan mudah disimpan.
Kesimpulan
Mop lantai terbaik bergantung pada bajet, jenis lantai dan gaya hidup anda.
Mop stim sesuai untuk bajet ringkas, manakala robot menjimatkan masa untuk keluarga sibuk. Apa pun pilihan anda, lantai yang bersih membantu melindungi kesihatan seisi rumah.