brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

10 Jenis Makanan Harian Yang Anda Mungkin Tak Tahu Mengandungi Susu!

Kadangkala, kita mungkin perlu luang lebih banyak masa ketika belek label makanan untuk tahu sama ada ia ada kandungan susu yang kita sedaya upaya cuba hindari.

10 Jenis Makanan Harian Yang Anda Mungkin Tak Tahu Mengandungi Susu!

Meskipun tidak dapat dinafikan ada banyak kebaikan susu terhadap kesihatan, masih ada orang yang tidak mahu atau tidak boleh ambil sebarang produk yang berkaitan.

Kenapa? Bagaimana pula untuk tahu produk yang ada kandungan susu ini? Jom terus baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa ada individu yang fobia dengan susu?

Sebenarnya, ia bukan fobia. Sebaliknya, ada dua sebab utama yang mungkin jadi punca individu itu sedaya upaya untuk cuba elak dari ambil produk yang mengandungi susu.

Pertama, mereka ini mungkin ada masalah inteloransi laktosa. Kondisi ini akan jadi punca mereka tidak boleh ambil produk tenusu kerana wujud risiko reaksi alergi itu.

Kedua, mereka ini mungkin tidak gemar dengan rasa, bau serta tekstur makanan atau minuman yang berasaskan susu lantas memilih untuk langsung tidak mengambil ia.

kandungan susu

Bagi golongan-golongan di atas, adalah sangat penting untuk mereka elak dari mengambil makanan dan minuman yang berasaskan susu atau sebarang produk hasil tenusu.

Caranya, adalah dengan baca label produk. Pun begitu, masih ada risiko ralat di dalam hal ini!

Produk ini juga mungkin ada kandungan susu?

Di pasaran, sudah wujud banyak produk yang dikatakan bebas tenusu atau ‘dairy free‘. Ya, ia sangat membantu buat individu yang akan baca label setiap kali sebelum beli sesuatu. Jika tidak pula, ada risiko untuk anda ambil makanan atau minuman yang berikut:

Produk yang mengandungi susu #1. Coklat

Tidak kurang ramai yang belum tahu bahawa coklat sama ada dari jenis hitam, putih dan lain-lain lagi mungkin ada kandungan susu untuk memberi rasa krim dan lemak.

Produk yang mengandungi susu #2. Marjerin

Marjerin sering kali dilihat sebagai alternatif kepada mentega yang diperbuat daripada susu. Tidak, ini kerana kebanyakan marjerin juga akan guna laktosa untuk rasa tersebut.

#3. Bijirin roti dan biskut

kandungan susu

Disebabkan kemampuannya untuk beri rasa lebih sedap, ramai pengeluar produk bijirin seperti roti dan biskut sudah mula memasukkan laktosa ke dalam produk mereka.

Dalam pada itu, ia juga penting dalam usaha mereka untuk menerapkan kebaikan susu ke dalam produk. Maka, individu yang tidak ambil tenusu perlu lebih berwaspada.

#4. Daging proses

Sebenarnya, daging yang telah diproses ke dalam bentuk seperti burger, nugget, sosej, salami dan lain-lain jenis itu juga mungkin ada menggunakan bahan produk tenusu.

Sebagai contoh yang nyata, ada banyak jenis daging proses dengan kandungan keju di dalamnya. Disebabkan itu juga, sila berwaspada ketika memilih dan membeli produk.

#5. Sos salad

Kebiasaannya, sos ini diperbuat daripada air, cuka, lemon, tomato, krim masam, kuning telur dan bahan-bahan lain. Dalam pada itu, susu juga mungkin salah satu bahan.

Ini kerana ada pengeluar sos salad yang mahukan produk mereka lebih terlihat pekat seperti krim dan ia mungkin terjadi dengan menambahkan laktosa ke dalam sos ini.

Produk ada kandungan susu #6. Kerepek

Mungkin kerepek daripada ubi kentang atau jagung yang kosong itu tidak ada susu. Pun begitu, susu mungkin juga digunakan jika ia berperisa seperti sos masam atau keju.

#7. Makanan dalam tin

Ada banyak jenis makanan dalam tin dan yang paling popular tentu sahaja sardin, tuna, laici dan lain-lain. Ia adalah makanan yang sihat, selamat serta boleh tahan lama.

Cuma ia mungkin tidak ideal buat mereka yang tidak ambil produk tenusu kerana ada beberapa produk yang menambahkan casein, protein susu sebagai penambah rasa.

kandungan susu

#8. Makanan bersup dan berkuah

Dalam kalangan masyarakat kita, ada banyak jenis makanan bersup dan berkuah yang biasa dicampurkan dengan santan kelapa untuk memberi rasa berlemak pada masakan.

Namun, anda perlu tahu bahawa ada alternatif santan kelapa iaitu susu cair atau susu pekat. Ia mungkin akan beri rasa yang hampir sama dan agak mengelirukan.

#9. Gula getah

Siapa yang sangka bahawa pengeluar gula getah juga mahu kebaikan susu itu ada di dalam produk mereka. Sila lebih awas dengan label seperti casein, trident atau recaldent.

Produk ada kandungan susu #10. Ubat

Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa laktosa itu adalah asas kepada lebih daripada 20% ubat dan 6% vitamin yang dijual di kaunter. Dapatkan kepastian daripada doktor.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi