backup og meta

Suka Cabut Bulu Ketiak? Ini Cara Paling Selamat Untuk Lakukannya

Suka Cabut Bulu Ketiak? Ini Cara Paling Selamat Untuk Lakukannya

Anda suka cabut bulu ketiak? Tahukah anda, perbuatan mencabut bulu ketiak boleh menyebabkan jangkitan sekiranya ia tidak dilakukan dengan betul? 

Tidak dinafikan, ada orang suka mencabut bulu ketiak berbanding bercukur kerana kesannya tahan lebih lama. Malah, kosnya juga lebih murah. Apa yang anda perlukan hanyalah sebatang penyepit dan bedak kapur untuk memudahkan proses mencabut bulu. 

Bagaimanapun, perbuatan cabut bulu ketiak boleh memakan masa yang sangat lama. Selain itu, ia juga boleh mendatangkan kesan sampingan lain, misalnya menyebabkan parut kekal dan kulit gelap di kawasan bawah lengan

Jika anda ingin membuang bulu ketiak dengan selamat, kami ada caranya.  Jom, baca artikel ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai cara terbaik untuk membuang bulu ketiak dengan selamat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa bulu ketiak cepat tumbuh?

cabut bulu ketiak
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan bulu ketiak seseorang tumbuh lebih cepat berbanding orang lain.

Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan bulu ketiak seseorang tumbuh dengan cepat. 

Salah satu faktor ialah hormon. Sebagai contoh, kaum Adam lebih berkemungkinan mempunyai bulu ketiak yang tumbuh dengan lebih pantas disebabkan kehadiran hormon testosteron

Bagi wanita, ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan bulu badan tumbuh lebih pantas daripada biasa.

Selain itu, faktor genetik turut memainkan peranan. Ada individu yang mempunyai bulu badan yang tumbuh dengan cepat disebabkan genetik. 

Besar kemungkinan, ibu atau bapa mereka juga mempunyai bulu badan yang lebat atau tumbuh lebih pantas berbanding orang lain. 

Cabut bulu ketiak, baik atau tidak?

cabut bulu ketiak
Pastikan anda cabut bulu ketiak dengan betul untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Perbuatan mencabut bulu ketiak mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Ia membolehkan bulu yang dibuang lebih lambat tumbuh kerana ia telah dicabut dengan akar-akarnya sekali. 

Bagaimanapun, cara ini bukanlah langkah paling selamat untuk membuang bulu ketiak. Manakan tidak, ia boleh mendatangkan kesakitan, ketidakselesaan dan iritasi

Malah, proses untuk mencabut bulu juga boleh mengambil masa yang lama berbanding menggunakan pencukur atau lilin. 

Cabut bulu ketiak menggunakan penyepit boleh menyebabkan luka-luka kecil pada bawah lengan. 

Jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, luka tersebut boleh berkudis atau lebih teruk lagi, bernanah kerana jangkitan. 

Penggunaan penyepit untuk mencabut bulu lebih sesuai dan selamat digunakan di kawasan kening, atas bibir, dagu atau hidung. 

Cara cabut bulu ketiak dengan betul

Menurut pakar, masa terbaik untuk mencabut bulu adalah selepas mandi. Pastikan anda menggunakan air hangat untuk membuka pori-pori di kawasan bawah ketiak bagi memudahkan proses mencabut.

Jika anda ingin cabut bulu di bawah lengan, pastikan anda cabut mengikut arah bulu tumbuh untuk mengelakkan masalah ingrown hair. 

  1. Selain itu, penggunaan penyepit yang betul juga memainkan peranan yang penting.
  2. Jangan gunakan penyepit tumpul atau berkarat kerana ia boleh menyebabkan iritasi dan jangkitan.
  3. Selepas mencabut bulu, gunakan skrub untuk mengurangkan masalah ingrown hair.

Namun, ingatlah, bukan semua orang sesuai mencabut bulu ketiak. Bagi mereka yang mempunyai bulu ketiak yang lebat, anda digalakkan untuk mencukur dan bukannya cabut bulu ketiak

Jika anda terlalu rimas dan ingin hilangkan bulu ketiak selamanya, anda boleh lakukan rawatan laser. 

Cara lain untuk buang bulu di kawasan bawah lengan

Selain mencabut, ada banyak lagi cara selamat untuk membuang bulu bawah lengan. Antaranya: 

1. Bercukur

cabut bulu ketiak
Tip untuk elakkan kegatalan selepas bercukur.

Bercukur merupakan cara membuang bulu ketiak yang paling mudah dan pantas. Ia sangat sesuai dilakukan di kawasan yang mempunyai permukaan kulit yang luas seperti di kaki atau lengan. 

Bagaimanapun, bercukur tidak akan menghilangkan bulu ketiak sepenuhnya. Selepas beberapa hari, ia akan tumbuh semula dan mungkin akan menyebabkan kegatalan. 

2. Cabut bulu ketiak dengan waxing

Waxing merupakan satu proses yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau oleh profesional terlatih. 

Dengan menyapukan lilin pada permukaan ketiak, anda boleh cabut banyak helaian bulu sehingga akarnya. 

Mungkin ramai tidak tahu, waxing merupakan cara selamat untuk membuang bulu di kawasan badan atau wajah. Ia boleh membuatkan badan bebas bulu selama dua hingga empat minggu. 

Bagaimanapun, mereka yang ingin melakukan waxing perlu tunggu sehingga bulu tumbuh pada kepanjangan tertentu supaya lebih berkesan. 

3. Lakukan rawatan laser

Sekiranya anda ingin membuang bulu sepenuhnya, anda boleh lakukan rawatan laser.

Berbeza dengan bercukur atau waxing, rawatan laser perlu dilakukan oleh pakar yang bertauliah. 

Sebelum melakukan rawatan, anda perlu tahu bahawa rawatan laser lebih efektif terhadap mereka yang berkulit cerah. 

Jika anda ingin hilangkan bulu ketiak selamanya, inilah rawatan yang terbaik untuk anda.


  • Mencabut bulu ketiak mempunyai manfaatnya yang tersendiri, namun ia lebih sesuai digunakan di kawasan muka atau kaki, bukannya di bawah lengan
  • Cabut bulu ikut arah yang betul supaya dapat mengelakkan ingrown hair  
  • Jangan sesekali cabut bulu hidung atau bulu yang tumbuh atas tahi lalat 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Hair removal: How to wax. https://www.aad.org/public/everyday-care/skin-care-basics/hair/how-to-wax. Diakses pada September 24, 2024.
  2. Laser Hair Removal. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/21757-laser-hair-removal. Diakses pada September 24, 2024. 
  3. Laser hair removal. https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/laser-hair-removal/about/pac-20394555. Diakses pada September 24, 2024. 
  4. Hair Removal. https://kidshealth.org/en/teens/hair-removal.html. Diakses pada September 24, 2024.
  5. How to shave your armpits. https://www.buckshealthcare.nhs.uk/cyp/pifs/how-to-shave-your-armpits/. Diakses pada September 24, 2024.

Versi Terbaru

30/09/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Malu Ketiak Bau Tengik? Ini 5 Cara Hilangkan Busuk Bawah Lengan

Selain Guna Sabun & Skrub, Apa Lagi Cara Senang Untuk Hilangkan Ketiak Berdaki?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada seminggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan