Pakai pakaian yang longgar

Pakaian yang longgar membantu kulit untuk bernafas dan mengelakkan pergeseran diantara pakaian dan kulit. Ambil perhatian terhadap kulit yang mempunyai keradangan dengan meminimumkan sebarang sentuhan langsung dengan benda-benda lain kerana ia akan menambahkan lebih banyak keradangan. Kulit yang mempunyai keradangan kebiasaannya mempunyai sedikit luka, oleh itu tukar pakaian anda dengan kerap untuk mengelakkan sebarang jangkitan daripada kuman.
Elakkan sebarang aktiviti yang bersifat kasar

Jauhi diri anda daripada sebarang aktiviti yang mungkin akan memberi kesan terhadap kulit setelah aktiviti waxing. Aktiviti-aktiviti seperti senaman, persetubuhan, sauna atau tab mandian panas boleh mengakibatkan keradangan kerana ianya melibatkan pergeseran langsung diantara kulit dan benda-benda lain. Kulit yang mengalami keradangan juga sangat mudah terkesan dengan pendedahan terhadap haba dan cahaya matahari, oleh itu pastikan diri anda terlindung daripada terdedah kepada cahaya matahari dan pastikan anda menggunakan losyen pelindung cahaya matahari sebelum keluar.
Elakkan penggunaan produk dengan kandungan pewangi

Sebarang produk dengan wangian, losyen atau krim mengandungi kandungan alkohol seperti ethanol, isopropyl alcohol, alcohol denat, methanol dan benzyl alcohol yang berfungsi sebagai bahan pengawet dan membantu produk untuk lebih meresap kedalam kulit. Kandungan alkohol seperti ini boleh menyebabkan kekeringan dan jerawat pada kulit dan akan menyebabkan kesan yang teruk kepada kulit yang mempunyai keradangan. Gunakan losyen atau krim tanpa pewangi untuk memberikan kelegaan pada kulit anda atau produk dengan wangian semulajadi.
Sekiranya anda mendapati diri anda kurang selesa atau keadaan keradangan kulit semakin teruk, jumpa doktor atau ahli dermatologi secepat yang mungkin untuk memantau perkembangan keadaan kulit anda. Mereka akan memberikan nasihat yang bersesuaian berkenaan penjagaan kulit dan mencadangkan produk terbaik untuk merawat kulit anda.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen