Penjagaan baju putih memang sangat sukar sebab ia lebih mudah untuk kotor berbanding dengan pakaian berwarna lain. Tetapi, tidak perlu khuatir lagi kerana kami ada banyak trik yang boleh anda cuba untuk buat ia lebih putih seperti baru sahaja beli!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Habit Sihat, anda boleh klik di sini.
Kenapa anda kena peduli tentang perkara ini?
Mungkin ramai pembaca yang menganggap warna pada baju itu tidak punya kaitan dengan tahap kesihatan tubuh badan. Sebenarnya, ia penting kepada aspek kebersihan dan keyakinan diri.
Bayangkan jika baju yang anda pakai itu penuh dengan kekotoran sama ada daripada persekitaran, tumpahan makanan atau minuman dan lain-lain. Ia sudah pasti akan menjejaskan kebersihan diri yang secara tidak langsung akan memudaratkan kesihatan.
Begitu juga buat anda yang mahu pakai baju putih ini untuk menghadiri majlis atau sesi penting seperti temu duga, makan malam dan sebagainya. Dengan baju anda yang tampak suci lagi elegan, maka tahap keyakinan diri anda turut akan jadi lebih tinggi.
Dalam erti kata lebih mudah, anda kena ambil berat akan pakaian yang anda pakai untuk meningkatkan tahap kebersihan, keyakinan dan kesihatan. Persoalannya, bagaimana untuk menjadikan pakaian kekal putih?
Berikut cara hilangkan kotoran pada baju putih!
Kadangkala, penat juga lihat baju sekolah anak atau baju kerja pasangan yang mula lusuh, kuning dan tampak seperti sudah lama. Tenang, berikut beberapa trik untuk buat ia kembali putih:
#1. Cuci pakaian warna ini dengan cecair peluntur
Semestinya tidak lain tidak bukan, trik yang paling utama dan penting adalah anda perlu cuci baju dengan cecair peluntur. Ini adalah cara paling mudah lagi efektif untuk dilakukan di rumah.
Pun begitu, ketahuilah bahawa ia tidak boleh dilakukan dengan cara cacamarba. Ini kerana cecair peluntur itu hanya boleh digunakan pada fabrik dengan warna putih tetapi tidak pada pakaian warna lain.
Asingkan setiap pakaian warna putih dengan warna lain ketika mencuci agar ia tidak ‘turun warna’.
#2. Cuci pakaian dengan sabun buku untuk badan
Ramai yang fikir sabun buku itu hanya untuk mencuci badan atau bagi sebahagian orang pula, ada yang menggunakannya buat membasuh muka dan rambut! Sebenarnya, fungsi sabun ini mungkin lebih daripada itu.
Bagi membasmi kekotoran degil pada pakaian yang cerah terutama putih, penggunaan sabun buku adalah sangat membantu. Namun, ia tidak boleh dijadikan sabun utama mencuci pakaian ya.
Anda mungkin perlu menggunakan sedikit masa dan tenaga untuk menyental dan menggosok baju.
Baca lagi artikel berkaitan:
Cara memutihkan baju putih #3. Tepung gandum
Kesan minyak adalah antara musuh terketat untuk pakaian warna putih kerana ia hampir mustahil untuk tertanggal daripada baju jika anda hanya menggunakan air, sabun bahkan cecair peluntur.
Sebagai langkah penyelesaian yang terbaik, kesan minyak ini boleh dihilangkan dengan bahan dari dapur sahaja yakni tepung gandum! Caranya, anda boleh menggunakan ia dalam bentuk pes.
Bagi mendapatkan bentuk pes, campurkan beberapa sudu tepung di dalam 1 bekas air. Kemudian, gaulkan dan letakkan ia di kesan minyak hingga kering sebelum anda cuci baju seperti biasa.
Cara memutihkan baju putih #4. Susu pekat
Sakitnya hati jika ada kesan dakwat daripada alat tulis melekat pada baju bukan? Jika anda hanya cuci baju yang sudah terkesan dengan menggunakan sabun dan air sahaja, 2 ke 3 kali cucian biasa lazimnya masih turut tiada kesan.
Jadi, bertindaklah di luar kotak dengan menggunakan susu pekat yang ada di dapur itu. Juga sama dengan cara di atas, anda hanya perlu campurkan beberapa sudu susu dengan air untuk jadi pes.
Kemudian, biarkan seketika untuk ia meresap dan mengering sebelum anda cuci baju seperti biasa. Kesannya, anda akan dapat lihat tiada lagi kesan dakwat dan pakaian kembali berwarna putih.
Cara hilangkan kotoran pada baju putih #5. Cuka
Jika tidak mahu guna cecair peluntur yang dipercayai bakal menipiskan fabrik pakaian, anda turut boleh cuba meletakkan cuka untuk mengembalikan warna baju hampir sama seperti semasa anda membelinya!
Caranya, anda cuma perlu memasukkan beberapa mililiter cuka bergantung kepada kuantiti baju ke dalam bekas cucian atau rendaman. Biarkan ia selama beberapa minit sebelum bilas dan basuh.
Ingat! Ini hanya untuk pakaian dengan warna putih sahaja. Dalam pada itu, turut elakkan daripada mencampurkan cuka dengan bahan pencuci atau peluntur lain kerana mungkin ada risiko yang boleh terjadi.
Konklusinya, wujud banyak lagi cara untuk memutihkan kembali baju putih anda itu sama ada dengan trik konvensional atau tradisional! Jadi, anda tidak lagi perlu khuatir untuk berani tampil berpakaian dengan warna yang cerah ya?
[embed-health-tool-bmi]