Sumber Protein, Bagaimana Mendapatkannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/07/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Makanan dengan sumber protein adalah merupakan antara nutrisi paling penting bagi tubuh badan manusia. Ia sangat membantu dalam diet bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan mengurangkan lemak serta mengekalkan rasa kenyang.

Sumber protein

Dari manakah sumber protein yang anda boleh dapatkan? Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh memberikan anda sumber protein:

1. Makanan laut

Makanan laut adalah pilihan yang baik dan mudah sebagai sumber protein memandangkan ia kebiasannya mengandungi rendah lemak. Sebahagian makanan laut adalah tinggi lemak seperti ikan salmon. Namun, ia mengandungi lemak yang sihat untuk jantung iaitu asid lemak omega 3.

2. Susu, keju dan yogurt

Susu serta produk tenusu seperti keju dan yogurt bukan sahaja kaya dengan protein, ia juga mengandungi kalsium dan sebahagiannya turut mengandungi vitamin D. Susu skim dan rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan gigi dan tulang yang kuat serta mencegah penyakit osteoporosis.

3. Telur

Dengan harga yang murah dan mudah didapati, telur merupakan pilihan diet yang bagus. Mengambil telur sebiji sehari masih selamat untuk kesihatan.

4. Kekacang

Setengah cawan kekacang mengandungi protein sama banyak dengan 30 gram daging yang dimasak. Tambahan pula, kekacang kaya dengan serat yang membuatkan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

5. Soya

Kacang soya membantu menurunkan kolesterol. 50 gram soya sehari boleh menurunkan kolesterol sebanyak sekitar 3%. Menggantikan sumber protein lain yang tinggi lemak dengan soya adalah baik dan sihat untuk jantung.

6. Daging tanpa lemak

Selain protein, daging tanpa lemak turut kaya dengan zat besi, zink, dan vitamin B12.

Ini adalah antara sumber protein yang boleh anda dapatkan. Pelbagaikan jenis makanan yang anda ambil. Ia akan memberikan lebih variasi pada nutrisi-nutrisi lain yang terkandung di dalam makanan tersebut. Selain itu, anda juga boleh memberikan variasi pada cara masakan dan hidangan. Ini akan menghilangkan rasa bosan dan lebih meningkatkan selera makan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sediakan Payung Sebelum Hujan! Ini 7 Nutrien PENTING Untuk Wanita Muda!

    Anda wanita bekerjaya? Ikuti tips kesihatan kami untuk mengetahui makanan kesihatan wanita yang TERBAIK untuk anda amalkan setiap hari!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 18/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pemakanan untuk Jantung yang Sihat

    Sekiranya anda sudah mempunyai keadaan jantung, pemakanan sihat sangat penting bagi mengurangkan kolesterol dan membawa manfaat kepada anda.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 09/05/2019 . 2 minit bacaan

    Sukakan Garam? Penemuan Terbaharu Mengenai Neuron yang Memicu Keinginan Terhadap Garam

    Garam adalah bahan perasa asas kepada hampir kesemua masakan, tetapi pengambilan dalam kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan komplikasi dan masalah kesihatan seperti penyakit kardiovaskular dan kognitif. Kadangkala ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 28/03/2019 . 2 minit bacaan

    Pengaruh Negatif Media Sosial Terhadap Pengambilan Makanan Oleh Kanak-kanak

    Media sosial mempunyai kedua-dua aspek pro dan kontra, dan umum mengetahui bahawa media sosial lebih banyak memberi kesan yang kurang baik atau negatif sekiranya digunakan mengikut perasaan semata dan tidak dikawal ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 27/03/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    rasa lapar false hunger

    Asyik Rasa Lapar Saja? Anda Mungkin Makan Banyak Sebab NAFSU! Ini Cara Nak Elak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
    bahan masakan

    Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    penyakit malnutrisi

    Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 16/07/2020 . 3 minit bacaan