Sarapan Meningkatkan Kesuburan Wanita PCOS

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 25/01/2021 . 2 minit bacaan
Share now

Amalan pengambilan sarapan pagi bukan hanya membantu membekalkan tenaga sepanjang hari atau membantu mendapatkan berat badan ideal tetapi ia juga membantu pasangan yang dalam usaha untuk mendapatkan anak. Menurut kajian Clinical Science, pengambilan separuh kalori harian pada waktu pagi boleh meningkatkan kesuburan anda.

Sindrom ovari polisistik menjejaskan kesuburan wanita

Sindrom ovari polisistik (PCOS) adalah gangguan keseimbangan hormon yang menyebabkan wanita sukar untuk hamil. Kebanyakan wanita pengidap PCOS yang memiliki kadar insulin tidak normal.


Insulin adalah hormon yang berperanan membantu penyerapan gula dalam tubuh dan menjaga kadar gula dalam darah supaya kekal seimbang. Sekiranya insulin dalam tubuh tidak berfungsi sebaiknya, bermakna tindak balas tubuh terhadap insulin menurun dan kadar gula dalam darah akan meningkat.

Apabila gula dalam darah terus meningkat dan tidak terkawal, ini menyebabkan kadar testosteron meningkat sehingga menganggu kitaran haid. Malah, jika kadar gula yang tinggi ini terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan penyakit jantung dan diabetes.

Mengurangkan resisten insulin dengan cara diet menurunkan berat badan dapat memperbaiki kesuburan. Namun, ia bukan pilihan tepat bagi wanita yang menghidapi PCOS yang bertubuh kurus. Oleh itu, rutin bersarapan mungkin boleh membantu anda.

Sarapan dan kesuburan wanita PCOS

Laporan NHS Choice melaporkan amalan bersarapan boleh membantu meningkatkan kesuburan wanita yang mempunyai PCOS.

Penyelidik di Universiti Tel Aviv telah mengkaji 60 wanita dengan PCOS yang mengambil sarapan yang lebih besar daripada makan malam menunjukkan bahawa kenaikan kadar ovulasi sebanyak 50 peratus.

Semasa kajian itu, wanita telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan kedua-dua kumpulan menggunakan 1,800 kalori sehari tetapi kumpulan sarapan yang besar itu mengambil 980 kalori untuk sarapan dan 190 kategori untuk makan malam, sementara kumpulan kedua melakukan sebaliknya iaitu makan malam yang lebih besar daripada sarapan.

Selepas 90 hari, doktor mengukur ovulasi dan menstruasi. Walaupun kumpulan tidak mempunyai perubahan dalam indeks jisim badan, kumpulan yang mempunyai makan malam yang lebih besar masih mempunyai tahap testosteron dan insulin yang lebih tinggi.

Kumpulan sarapan yang besar mempunyai peningkatan 50 peratus dalam kadar ovulasi mereka dan doktor berpendapat bahawa memakan sarapan yang lebih besar juga dapat membantu mengurangkan beberapa simptom lain yang sama dengan PCOS seperti diabetes jenis II, yang merupakan satu lagi keadaan kesihatan yang boleh wujud pada wanita akibat PCOS.

Meningkatkan kesuburan wanita juga dipengaruhi oleh faktor gaya hidup sihat yang lain seperti tidur yang cukup, senaman rutin, menghindari/berhenti merokok atau minum minuman beralkohol.

Apabila anda memiliki PCOS, sebaiknya berbincang dengan doktor untuk mendapatkan saranan diet dan gaya hidup sihat sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

    Kitaran haid adalah penting dalam aspek kesuburan wanita. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur? Adakah ubat-ubatan dapat merawatnya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 16/11/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

    Pernah mengalami keputihan berwarna coklat apabila apabila hampir dengan hari haid? Jika ya, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 13/11/2020 . 3 minit bacaan

    Haid Tidak Tentu Salah Satu Petanda PCOS, Jadi Bagaimana Cara Nak Kesan Jika Hamil?

    PCOS adalah keadaan yang mengganggu hormon dan kesuburan seseorang wanita. Justeru, pesakit yang inginkan zuriat mungkin sukar untuk mengesan kehamilan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/10/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Tahu Sudah Lepas Waktu Subur Atau Belum? Kenal Pasti 5 Tanda Ovulasi TIDAK Berlaku

    Proses ovulasi adalah perkara normal berlaku pada badan secara automatik. Tetapi apakah tanda boleh dikenal pasti jika wujudnya masalah kesuburan wanita?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Cubaan Hamil, Kehamilan 19/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    garis hitam

    Tak Hamil, Tapi Kenapa Ada Garis Hitam Di Perut? Ini Punca & Cara Hilangkannya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit PCOS dan kehamilan

    Wanita PCOS Berjaya Hamil? Ambil Tahu Ini, Ada Risiko Pada Bakal Ibu & Bayi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 30/11/2020 . 3 minit bacaan
    sebelum tidur

    Jejaka Jangan Banyak Main Telefon Sebelum Tidur, Risiko TIDAK SUBUR Tinggi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 18/11/2020 . 3 minit bacaan