Jangan Rendah Diri Jika Anda Pendek, Mungkin Boleh Cuba Cara Untuk Tinggi Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/08/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Sebenarnya, tak pelik pun jika ada individu yang ingin tahu cara nak tinggi.

Ada yang rasa mereka terlalu tinggi.

Ada pula rasa mereka terlalu rendah.

Ketinggian biasaannya dipengaruhi oleh gen keluarga, termasuk gaya hidup dan persekitaran kehidupan yang dijalani.

Dalam kebanyakan kes, anda tidak boleh mengubah ketinggian anda atau tidak terdapat cara untuk tinggi apabila anda telah dewasa. 

Apa yang menentukan ketinggian anda?

Ketinggian bergantung pada gen yang mereka warisi daripada ibu bapa mereka selain kesihatan umum dan nutrisi mereka selama tempoh pertumbuhan mereka.

Kanak-kanak dengan ibu bapa yang rendah lebih cenderung pendek berbanding kanak-kanak dengan ibu bapa yang tinggi.

Sebenarnya, terdapat pelbagai variasi dalam hal ini; adik beradik lelaki dan perempuan dengan ibu bapa yang sama berkemungkinan tidak akan mempunyai ketinggian yang sama.

Ibu bapa pula secara kebetulan, boleh mempunyai anak dengan ketinggian atau kerendahan yang tidak disangka yang mana ia berkaitan dengan ahli keluarga yang lain.

cara nak tinggi

Penyakit atau pemakanan yang kurang bernutrisi pada masa kanak-kanak, dilahirkan kecil atau pramatang semasa dilahirkan mungkin bermakna kanak-kanak tersebut tidak mencapai potensi penuh bagi ketinggian dewasa mereka.

Bagaimana dianggap sebagai terlalu tinggi @ terlalu rendah?

Julat ketinggian normal boleh berbeza di antara benua, kaum atau kumpulan etnik.

Oleh itu, ketinggian seseorang yang ditentukan secara perubatan atau sosial sebagai ‘pendek’ atau ‘tinggi’ boleh berbeza bergantung di mana mereka menetap atau latar belakang etnik mereka.

Masalah perubatan yang menjejaskan pertumbuhan adalah faktor yang paling kerap terjadi jika kanak-kanak membesar lebih perlahan atau lebih cepat berbanding daripada apa yang dijangka.

Punca bagi kanak-kanak yang melalui proses tumbesaran terlalu perlahan termasuklah:

  • Kekurangan hormon tiroid atau hormon pertumbuhan.
  •  Keadaan di mana hormon yang mengawal pertumbuhan adalah normal tetapi rangka tubuh atau skeleton tidak bertindak balas secara normal. Ini boleh disebabkan oleh masalah perubatan seperti sindrom Turner dan achondroplasia.
  • Penyakit yang boleh menjejaskan pertumbuhan. Contohnya, kanak-kanak yang mengalami masalah usus atau dada yang serius mungkin akan mengalami proses tumbesaran yang agak perlahan.

Hampir setiap individu yang sangat tinggi adalah normal dan tidak mempunyai masalah perubatan.

Sindrom Marfan dan Sindrom Klinefelter boleh menyebabkan pertumbuhan yang sangat tinggi, dan kelenjar pituitari yang sangat jarang berlaku menghasilkan terlalu banyak hormon pertumbuhan boleh mengakibatkan pertumbuhan yang sangat cepat (gigantisme).

Wujudkah sebarang cara lain sekiranya telah dewasa?

cara nak tinggi

Tiada kaedah yang boleh meningkatkan ketinggian anda.

Walaupun tiada apa yang dapat dilakukan untuk meningkatkan ketinggian seseorang selepas plat pertumbuhan di tulang telah ditutup, terdapat cara untuk anda kelihatan lebih tinggi.

Antaranya adalah dengan:

Cara nak tinggi #1: Mengamalkan postur badan yang baik

Berdiri dan duduk dengan postur yang baik bukan sahaja menjadikan seseorang kelihatan lebih tinggi, tetapi ia membantu menghalang sakit kepala dan sakit belakang yang sering terjadi jika anda membongkok.

Untuk berdiri dengan postur yang baik, seseorang individu perlu mengikut tip berikut:

  • Pastikan bahu berada di posisi yang betul
  • Tarik perut ke arah tulang belakang, dengan sedikit penglibatan otot
  • Pastikan paras kepala selaras dengan badan
  • Elakkan mengunci bahagian lutut
  • Pastikan berat badan diseimbangkan melalui tapak kaki
  • Biarlah tangan tergantung secara semula jadi di bahagian sisi

cara nak tinggi

Cara Nak Tinggi #2: Menguatkan otot teras

Bahagian tengah tubuh badan yang kuat boleh membantu individu mengekalkan postur yang baik dan kelihatan lebih tinggi.

Otot teras adalah otot-otot di bahagian abdomen dan di sepanjang tulang belakang.

Otot ini membantu menyokong tulang belakang.

Apabila otot-otot ini terlalu lemah, tulang belakang tidak disokong dengan betul dan boleh menyebabkan ia dimampatkan.

Ia juga boleh menyebabkan pembongkokan.

Untuk mendapatkan otot teras yang kuat, seseorang individu boleh mencuba latihan berikut:

  • Plank: Mengekalkan ketahanan otot-otot abdomen, kekalkan kedudukan di bahagian atas ketika melakukan push-up.
  • Superman: Baring diatas perut, angkat bahagian tangan, kaki, dan kepala daripada lantai dan tahan.
  • Abdominal crunch: Baring di bahagian belakang dengan membengkokkan lutut sambil kaki berada di atas lantai. Angkat kepala dan bahu menggunakan otot teras.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Elak Tertelan Lidah, Beri Pesakit Sawan Gigit Sudu? Berkesankah Cara Ini?

Kita selalu lihat individu yang terkena sawan akan diberi gigit sudu. Tujuannya untuk mengelakkan pesakit tertelan lidah. Namun, adakah ia membantu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 10/03/2020 . 3 minit bacaan

5 Saat Saja, Hembus Dan Masuk Mulut: Benarkah Makanan Jatuh Boleh Dimakan?

Jika anda pernah terdengar akan peraturan 5 saat bagi makanan jatuh, adakah anda tahu sama ada ia merupakan fakta ataupun mitos?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 02/03/2020 . 4 minit bacaan

5 Mitos MEREPEK Tentang COVID-19 Yang Masih Dipercayai Ramai, Tolong Berhenti!

Terdapat pelbagai jenis mitos virus korona, COVID yang telah tular dalam kalangan masyarakat tempatan. Pastikan anda mengetahui kebenaran dan faktanya, ya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Coronavirus, COVID-19 14/02/2020 . 3 minit bacaan

Betul Ke Limau Nipis Ubat Kencing Manis Atau Ia Hanya Mitos Semata-Mata?

“Limau nipis ubat kencing manis?” Betulkah terdapat khasiat limau kasturi untuk kencing manis? Jom kita bongkarkan kebenarannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pusat Kesihatan, Diabetes 16/12/2019 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

manfaat makan durian

Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 18/06/2020 . 3 minit bacaan
health tag

KARUT! Health Tag Tak Boleh Lindungi Dari COVID-19, Jangan Bazirkan Duit

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 02/04/2020 . 4 minit bacaan
air

Minum Air Suam Boleh Bunuh Virus COVID-19? Ini Jawapan Pakar!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/03/2020 . 3 minit bacaan
44 Individu MAUT Kerana Percaya ‘Petua Cegah’ COVID-19, Jangan Main Share Saja!

44 Individu MAUT Kerana Percaya ‘Petua Cegah’ COVID-19, Jangan Main Share Saja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 17/03/2020 . 4 minit bacaan