Kelemahan otot adalah salah satu simptom yang menakutkan dan membimbangkan. Ia juga merupakan tanda pelbagai masalah kesihatan.
Kelemahan otot adalah salah satu simptom yang menakutkan dan membimbangkan. Ia juga merupakan tanda pelbagai masalah kesihatan.

Bahkan, otot yang lemah secara berterusan akan menjadikan seseorang cenderung terhadap kegelisahan yang bakal membuatkan keadaan bertambah teruk kerana ia boleh menyebabkan tekanan serta masalah kesihatan kritikal lain.
Ikuti artikel ini sehingga tamat bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit ini dan rawatan yang boleh anda diambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.
Banyak keadaan kesihatan boleh menyumbang kepada otot yang lemah seperti CFS (chronic fatige syndrome), muscular dystrophies, dermatomyosistis, polio, natrium dalam darah rendah, kalium dalam darah rendah, riket, hypothyroidism, osteomalacia, neuralgia, dan sebagainya.
Berikut adalah beberapa punca utama bagi keadaan ini yang memerlukan penjagaan segera:
Sebenarnya otot anda tidak lemah, ia hanyalah sekadar ilusi perasaan anda.
Oleh itu, aktiviti berjalan boleh membantu, sekurang-kurangnya, memastikan otak berfikir positif kerana ia mendapat isyarat yang dihantar oleh badan semasa anda berjalan.
Berjalan juga adalah senaman yang baik untuk aliran darah dan otot. Selain itu, berjalan juga membantu mengurangkan tekanan.
Kesan hiperventilasi dapat mengurangkan tumpuan pernafasan. Anda harus bernafas dengan perlahan, tidak terlalu cepat atau terlalu mendalam.
Setiap nafas harus mengambil tempoh 15 saat daripada satu helaan nafas ke satu helaan nafas. Di antara helaan nafas itu, cuba tahan nafas anda selama beberapa saat untuk memastikan rentak pernafasan anda dalam keadaan normal.

Jangan fokus pada otot anda. Sebaliknya, bayangkan diri anda melalui senaman mental, panggilan telefon atau apa sahaja yang boleh alihkan perhatian minda daripada rasa sakit otot anda.
Minum air secukupnya dan bersantai adalah cara terbaik untuk memperbaiki penyakit lemah otot anda.
Selain itu, anda digalakkan untuk mencari maklumat berguna bagi mengawal kegelisahan.
Kebolehan mengawal kegelisahan bermakna anda boleh menghentikan ilusi perasaan otot yang lemah.
Selain itu, anda perlu mengambil ujian kegelisahan yang hanya mengambil masa selama 7 minit. Ujian ini bertujuan untuk memahami kegelisahan anda dan memberikan penyelesaian terbaik untuk menyembuhkannya bagi manfaat jangka panjang.
Sekiranya anda mengalami otot yang lemah tanpa sebab, segera aturkan temujanji dengan doktor anda.
Anda akan diberikan banyak maklumat berguna mengenai kelemahan otot kerana beberapa pemeriksaan pada otot dan rentak pergerakan otot anda akan dilakukan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Otot. http://www.myhealth.gov.my/otot/. Diakses pada Oktober 31, 2023.
Muscle. https://my.clevelandclinic.org/health/body/21887-muscle. Diakses pada Oktober 31, 2023.
Muscular Dystrophy. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/muscular-dystrophy/symptoms-causes/syc-20375388. Diakses pada Oktober 31, 2023.
Muscle Aches. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/muscle-aches. Diakses pada Oktober 31, 2023.
Neuromuscular Disorders. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/n/neuromuscular-disorders.html. Diakses pada Oktober 31, 2023.
Versi Terbaru
31/10/2023
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor