4 Tip Menghangatkan Hubungan dengan Pasangan Setelah Anak Berdikari

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 05/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Setelah berkeluarga, waktu anda akan lebih banyak dihabiskan untuk menguruskan anak-anak. Sama ada anda suka atau tidak, kadangkala pasangan anda sendiri diabaikan agar urusan anak-anak anda dapat diutamakan. Hal ini kadangkala membuatkan kemesraan antara anda dan pasangan kian basi, bahkan hilang begitu saja. Padahal sewaktu awal perkahwinan anda berdua sudah berjanji untuk tetap saling mencintai sehingga  ke akhir hayat. Kalau sudah begini, apa yang patut dilakukan?

Tidak usah risau! Baca penyelesaiannya di sini agar anda tetap boleh bermesra dengan suami dan memastikan api asmara tetap menyala setelah anak-anak dewasa dan berdikari.

Cara agar kembali mesra dengan suami setelah anak berdikari

Setelah bertahun-tahun hidup bersama, mengembalikan kemesraan seperti sewaktu kali pertama bercinta memang tidak semudah membalikkan telapak tangan. Rasa kaku dan canggung pasti muncul di awal waktu anda kembali hidup berduaan di rumah setelah anak berdikari, sama ada anak belajar dan bekerja mahupun berkeluarga sendiri.  Apatah lagi jika anda dan pasangan sudah terlalu lama berjarak kerana sibuk mengurus tanggungjawab masing-masing.

Namun, mengutip Huffington Post, sudah banyak penelitian yang membuktikan bahawa kebahagiaan dan keharmonian malah akan berada di puncaknya setelah anak-anak meninggalkan rumah. Berikut pelbagai strategi yang boleh anda dan suami lakukan untuk mengembalikan kemesraan yang memudar:

1. Sempatkan waktu untuk bersembang berdua setiap hari

Kalau sudah sekian tahun hidup bersama, anda mungkin sangat mengenali siapa pasangan anda seperti bayangan sendiri. Bermula daripada rutin hariannya, makanan kesukaan, hingga maklumat terperinci seperti apa yang membuatnya cepat marah atau sedih. Begitu juga sebaliknya. Pasangan anda adalah orang yang paling memahami siapa anda.

Ini boleh membuatkan bahan bualan kian terbatas. Mungkin yang biasa anda berdua sembangkan adalah hal-hal berulang tentang keadaan anak, rumah, kewangan dan pekerjaan. Cuba anda ingati semula, bilakah anda dan pasangan kali terakhir duduk santai dan bersembang seperti zaman bercinta dahulu?

Oleh itu, cubalah untuk memulakan tabiat bersembang hal-hal yang remeh walaupun kurang penting. Tidak ada salahnya untuk menghabiskan waktu bersembang memandangakan tanggungjawab anda berdua sebagai ibu bapa sudah jauh berkurang.

Bahkan, tidak ada salahnya untuk membicarakan seks dengan menyelitkan senda gurau ringan agar tidak kekok. Namun sebaik-baiknya, elakkan topik sekitar anak dan rumah, ya!

Siapa tahu dengan bersembang ringan seperti ini, anda berdua boleh kembali mesra dengan berkongsi fikiran, perasaan, mimpi, malah ketakutan dan kekecewaan Anda.

2. Tidak mengapa bermanja-manja lagi dengan pasangan

Ramai yang mengatakan jarak itu memisahkan. Jarak di sini maksudnya adalah kedekatan emosi atau ikatan batin antara anda dan pasangan. Semakin lama menikah, anda mungkin berasa semakin “jauh” dengan pasangan karena disibukkan rutin masing-masing. Lama kelamaan ini tidak hanya akan menjauhkan batin, tapi juga fizikal anda.

Untuk mengubahnya, cuba melakukan inisiatif yang sederhana namun spontan. Contohnya, memegang tangansi dia dan menyandarkan kepala pada bahunya sewaktu santai menonton TV berduaan di rumah. Atau, kejutkan dirinya dengan sesekali memberi kucupan di pipi atau pelukan hangat daripada belakang.

Walaupun kelihatan kecil, sentuhan fizikal seperti ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda menghargai dirinya sehingga membuatkan pasangan berasa kewujudannya dihargai. Pasangan anda juga akan termotivasi untuk selalu berusaha “membalas” memanjakan anda.

3. Cari idea berdating yang baru

Seiring berjalannya waktu, anda mungkin mula bosan dan berasa jenuh menjalani hubungan tersebut. Namun, jangan biarkannya berlarutan. Manfaatkan ketiadaan anak-anak di rumah untuk kembali mesra dengan pasangan melalui pelbagai aktiviti yang selama ini anda sukai atau ingin cuba tapi tidak pernah berkesempatan.

Contohnya, menonton filem bersama, makan malam istimewa di tempat kali pertama bertemu janji, pergi bercuti untuk “honeymoon kedua”, bersenam di luar, serta kegiatan lain yang boleh membuat anda kembali mesra dengan pasangan.

Pasangan yang menikmati quality time berdua dilaporkan lebih bahagia dalam waktu yang lama.

4. Hargai pasangan

Bertahun hidup bersama mungkin membuat anda lupa untuk menghargai pasangan selama ini. Padahal, menghargai pasangan adalah salah satu asas untuk sebuah hubungan yang bahagia.

Mulakanlah dengan hal sederhana, seperti dengan berterima kasih atas semua pengorbanan dan kerja keras yang selama ini telah dilakukannya untuk anda. Selain itu, jadi seorang pendengar yang baik ketika dia meluahkan perasaan kepada anda.

Hal ini bukan sahaja akan membuatkan pasangan berasa dihargai, tapi juga dapat menggalakkan masing-masing melihat hal-hal positif daripada diri masing-masing, sekaligus memotivasi anda berdua untuk selalu berusaha memberikan yang terbaik bagi satu sama lain.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    JAGA-JAGA! Teks Whatsapp Boleh Buat Hubungan Dengan Pasangan Retak, Kenapa?

    Kiriman teks sememangnya memudahkan anda dan pasangan untuk berhubung tetapi kerap bermesej juga boleh menyebabkan hubungan anda menjadi retak. Mengapa?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/02/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Lepas Tangan! Hanya Kanak-kanak 12 Tahun Keatas Sahaja Sesuai Ke Asrama Sekolah

    Tahukah anda, kanak-kanak yang berusia bawah daripada 12 tahun sebenarnya tidak sesuai dihantar ke asrama sekolah. Mengapa begitu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Keibubapaan, Penjagaan Kanak-kanak 18/11/2019 . 2 minit bacaan

    Serasi Atau Tidak? Pakar Kongsi 5 Tanda Ketara Jika Si Dia Jodoh Anda #tilljannah

    Ini merupakan tip yang diberikan oleh pakar untuk mengetahui jika hubungan anda dan pasangan akan kekal lama. Teruskan membaca untuk tahu selanjutnya.    

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 13/11/2019 . 3 minit bacaan

    Cuba Trick Ni Untuk Kembalikan Kemesraan Dengan Pasangan Anda

    Sekiranya anda berhadapan dengan situasi dingin bersama pasangan, apakah yang anda akan lakukan untuk memeriahkan kembali hubungan anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    perubahan kehidupan

    Nak Jadi Bapa Mithali? Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini, Anak Terjaga, Isteri Gembira!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    7-perkara-berbual-dengan-anak

    Gembira Baru Dapat Baby? Ini 7 Benda Anda Boleh Bual Bersama Si Manja, Pasti Dia Suka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 18/03/2020 . 3 minit bacaan
    bercinta dengan rakan sekerja

    Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Ini Pro & Kontra Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/03/2020 . 3 minit bacaan

    Siapa Kata Honeymoon Kena Sekali Saja? Kali Kedua Pun Boleh, Ini 5 Manfaatnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/03/2020 . 3 minit bacaan