backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Berdiri Lama Di Dapur Punca Tumit Kaki Pecah, Usah Risau, Atasinya Dengan 5 Bahan Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 07/11/2022

    Berdiri Lama Di Dapur Punca Tumit Kaki Pecah, Usah Risau, Atasinya Dengan 5 Bahan Ini

    Masalah tumit merekah mampu mencacatkan penampilan seseorang individu. Justeru, apakah cara mengatasi tumit pecah ini?

    Satu tinjauan mendapati sebanyak 20% orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami masalah kulit tumit merekah.

    Tahukah anda, perkara ini boleh berlaku pada orang dewasa mahupun kanak-kanak? Namun ia lebih cenderung untuk berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki.

    Dalam kebanyakan kes, masalah ini mungkin tidak kelihatan begitu serius. Tetapi, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa ketika berkaki ayam.

    Tambahan itu, rekahan tumit yang teruk dan dalam boleh menyebabkan rasa sakit.

    Teruskan membaca untuk mengetahui cara mengatasi tumit pecah yang boleh dilakukan hanya di rumah untuk merawat dan mencegah masalah tumit merekah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

    Apa yang menyebabkan tumit merekah?

    Antara petanda awal masalah tumit merekah adalah anda akan lihat kawasan kulit yang kering dan menebal. Ia dikenali sebagai callouse.

    Semasa anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan lebih mengembang dan boleh menyebabkannya bertambah parah.

    Faktor-faktor lain yang menyebabkan tumit merekah termasuk:

    • Berdiri lama selama beberapa jam
    • Berjalan kaki tanpa alas atau kasut
    • Penggunaan sabun yang mengeringkan akan menghilangkan minyak semula jadi kulit
    • Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau menyokong tumit
    • Kulit menjadi kering kerana iklim, seperti suhu sejuk atau kelembapan rendah

    Sekiranya anda tidak melembapkan kaki secara berkala, kulit kaki akan bertambah kering lebih cepat.

    Rawatan & cara mengatasi tumit pecah

    1. Pelembap kulit/losyen

    Rawatan pertama untuk masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembap yang dikhususkan pada kawasan tumit.

    Untuk mendapatkan hasil yang bagus, pastikan pelembap anda mengandungi bahan-bahan tersebut:

    • Urea
    • Asid salisilik
    • Asid alfa-hidroksi
    • Isomerat sakarida

    2. Skrub kaki anda

    Kulit di sekitar tumit yang retak selalunya lebih tebal dan kering berbanding di bahagian anggota badan lain.

    Dengan merendam dan menyental kaki anda, kaedah ini mampu memberikan hasil kulit yang lebih halus dan licin.

    Cara mengatasi tumit pecah dengan melakukan langkah seperti berikut:

    • Basahkah kawasan kaki anda menggunakan air suam selama 20 minit.
    • Gunakan loofah atau foot scrubber untuk menghilangkan kulit yang keras dan tebal.
    • Tepuk perlahan-lahan kaki anda dengan kain yang bersih untuk mengeringkannya.
    • Sapukan pelembap kulit pada kawasan yang ingin dirawat.
    • Pakai stoking untuk elak daripada meninggalkan kesan kaki pada lantai rumah.

    3. Madu

    cara mengatasi tumit pecah

    Madu mampu berfungsi sebagai ubat semula jadi dalam merawat masalah kulit tumit merekah.

    Menurut kajian, madu dikatakan mempunyai sifat antimikroba dan antibakteria.

    Penyelidikan juga menunjukkan madu dapat membantu dalam menyembuhkan dan membersihkan luka, serta melembapkan kulit.

    Oleh itu, anda boleh menggunakan madu sebagai agen pelembap setelah selesai menyental tumit seperti yang disebut di atas.

    4. Cara mengatasi tumit pecah – Minyak kelapa

    Minyak kelapa juga sering disyorkan untuk merawat masalah kulit kering seperti ekzema, dan psoriasis.

    Ia dapat membantu kulit anda mengekalkan kelembapan. Menggunakan minyak kelapa setelah skrub juga merupakan pilihan yang baik.

    Sifat antiradang dan antimikroba yang terkandung dalam minyak ini juga dapat memulihkan tumit daripada mengalami pendarahan mahupun jangkitan.

    5. Cara mengatasi tumit pecah – Rawatan semula jadi yang lain

    Terdapat banyak lagi jenis rawatan yang boleh anda lakukan dalam merawat masalah ini, walaupun tidak ada yang bukti secara khusus.

    Sebilangan besar bahan ini memberikan tumpuan terhadap fungsi melembapkan dan melembutkan kulit.

    Ini termasuk:

    • Minyak zaitun atau sayur-sayuran
    • Shea butter
    • Oatmeal dicampurkan dengan minyak, untuk penyentalan

    Punca-punca lain yang menyumbang dari segi kesihatan

    Kandungan gula dalam darah yang tinggi dan peredaran darah lemah akibat diabetes boleh menjadi penyebab kepada kulit kering.

    Masalah kesihatan lain yang boleh menyumbang terhadap kulit kering dan tumit merekah termasuk:

    • Kekurangan vitamin
    • Jangkitan kulat
    • Hipotiroidisme
    • Dermatitis atopik
    • Psoriasis
    • Kegemukan
    • Kehamilan
    • Faktor penuaan

    Cara mengatasi tumit pecah

    cara mengatasi tumit pecah

    Harus difahami bahawa pemilihan kasut yang tepat adalah sangat penting untuk menyokong kaki dan tumit.

    Elakkan daripada memakai:

    • Sandal yang terbuka dan tapak yang keras
    • Kasut yang tidak menyokong tumit kaki
    • Kasut yang terlalu ketat

    Cara lain untuk mengelakkan tumit merekah ialah:

    • Elakkan berdiri dalam satu kedudukan atau duduk dengan kaki yang disilangkan terlalu lama
    • Lakukan pemerikasaan kaki, terutamanya jika anda menghidap diabetes atau masalah kesihatan lain yang menyebabkan kulit kering
    • Minum banyak air untuk kekal terhidrat

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 07/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan