Jangan Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir, Bahaya! Apa Alasan Di Sebaliknya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 11/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kejadian individu disambar petir kerana menggunakan telefon bimbit bukan isu asing yang disajikan di dada akhbar negara kita.

Adakah benar penggunaan alat ini berbahaya ketika petir?

Hal ini menjadi tanda tanya orang ramai kerana sesetengah situasi tidak dapat dielakkan, seperti perlu menjawab panggilan penting ketika hujan ribut berlaku.

Bagaimana petir dibentuk?

bahaya petir

Petir adalah pelepasan elektrik. Sepantas kilat dapat memanaskan udara di sekitarnya hingga 30,000°C!

Pemanasan yang melampau ini akan menyebabkan udara akan mengembang dengan cepat.

Pengembangan ini bakal menghasilkan gelombang kejutan yang berubah menjadi gelombang bunyi yang dikenali sebagai guruh.

Oleh sebab daya tarikan, cas negatif di bahagian bawah awan ribut akan dikaitkan dengan cas positif dari tanah.

Setelah pengumpulan negatif di dasar awan menjadi cukup besar, aliran muatan negatif tersebut akan meluru ke arah Bumi.

Guruh dan kilat berlaku pada masa yang sama walaupun anda mungkin melihat kilat sebelum anda mula mendengar guruh.

Ini kerana cahaya bergerak jauh lebih pantas daripada bunyi.

Bahaya petir apabila individu bercakap dalam telefon?

cakap telefon ketika petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan!

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkan ia disambar petir.

Menurut pakar, kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku jika alat peranti elektronik ini sedang dicas dengan wayar pengecas dan disambungkan pada plug serta digunakan semasa kejadian ribut petir.

Cara-cara untuk mengelak daripada bahaya petir

Anda boleh melindungi diri anda daripada risiko ini walaupun anda terperangkap di luar rumah ketika ribut petir sedang berlaku.

Langkah keselamatan di luar rumah:

  • Elak melakukan aktiviti luar jika berisiko untuk ribut petir berlaku. Sekiranya ramalan cuaca memaklumkan bahawa ribut petir bakal berlaku, dinasihatkan agar anda menunda perjalanan atau aktiviti anda. Namun jika anda sudah berada di luar rumah, ketika petir sedang berlaku, cari tempat perlindungan yang selamat dan tertutup
  • Jangan lupa peraturan perkiraan 30-30. Setelah anda melihat kilat, mulailah menghitung hingga 30 kemudian baru anda keluar daripada tempat berteduh tersebut. Sekiranya anda mendengar guruh sebelum anda mencapai 30, pastikan anda kekal di mana anda berada
  • Tangguhkan dahulu aktiviti luar anda sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir
  • Jauhkan diri daripada lantai atau dinding yang diperbuat daripada konkrit. Ini kerana kilat petir boleh bergerak melalui wayar atau palang logam di dinding atau lantai konkrit

Langkah berjaga-jaga dan keselamatan semasa berada di dalam rumah bagi mengelakkan bahaya petir

  • Elakkan penggunaan air semasa ribut petir
  • Elak guna peralatan elektronik daripada semua jenis
  • Elakkan penggunaan telefon bimbit
  • Elakkan berada dekat dengan lantai dan dinding konkrit

Serangan kilat mungkin jarang berlaku, tetapi ia masih berlaku di luar sana dan risiko kecederaan serius atau kematian boleh berlaku.

Oleh itu, jangan ambil ringan akan bahayanya, patuhilah langkah pencegahan ribut petir dengan serius.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel ini:

Rumusan

Kesimpulan yang boleh kita dapat adalah, sekiranya petir berlaku semasa kita berada di luar bangunan, cepat-cepatlah kita mencari kawasan perlindungan yang tertutup seperti bangunan dan kereta sebagai tempat perteduhan sementara.

Elakan mencari perlindungan di bawah pokok dan kawasan yang berhampiran dengan tempat aliran cas seperti tiang elektrik dan telefon.

Selain daripada kawasan tersebut, kawasan kolam dan kawasan yang mempunyai objek besi juga mesti dielakkan.

Jika kita berada di dalam rumah, diingatkan agar tidak menggunakan alatan elektrik dan telefon bimbit yang sedang dicas terutamanya semasa petir.

Bertindaklah dengan mencabut plug alatan elektrik anda dengan segera sekiranya tanda-tanda petir akan berlaku.

Jika petir sudah berlaku, terdapat risiko pula semasa menarik alatan tersebut.

Oleh itu, sentiasalah berwaspada untuk mencegah sebarang kemungkinan perkara buruk daripada berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Anak Kurus Kering Sebab Kurang Zat? Apa Lagi Salah Faham Tentang Malnutrisi? #6 Paling Top

Penyakit malnutrisi bukan sahaja menjadi masalah orang yang lapar tetapi diet mereka kekurangan nutrien, banyak mitos yang disalahertikan oleh orang ramai.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 16/07/2020 . 3 minit bacaan

Mengimpikan Kehidupan Seks Yang HEBAT Bersama Pasangan, Ini Rahsia Yang Harus Anda Buat

Anda mengimpikan kehidupan seks yang lebih hot bersama pasangan? Mahu melakukan sesuatu yang berbeza? Boleh! Hanya pastikan anda cukup tidur!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 30/06/2020 . 3 minit bacaan

Halba Dan Keistimewaannya Pada Kesihatan, Ia Juga Boleh Menghalang Kanser Kolon? Wow!

Banyak kebaikan halba pada kesihatan seperti daunnya digunakan sebagai herba dan bijinya pula digunakan sebagai rempah digunakan bagi tujuan perubatan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Fakta Nutrisi, Pemakanan Sihat 20/08/2019 . 3 minit bacaan

10 Tip untuk Wanita Membuat Pilihan Makanan yang Lebih Baik

Pilihan makanan anda menentukan perasaan dan penampilan anda. Oleh itu, bagi mendapatkan perasaan dan kelihatan terbaik, anda perlu memberi lebih tumpuan kepada diet anda. Berikut 10 tip nutrisi untuk membantu anda ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Pemakanan Sihat 13/02/2019 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

tahun baharu

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
kesihatan diri remaja

Remaja Pun Ada Masalah Kesihatan, Jangan Ambil Ringan! Ibu Ayah Sila Alert Terutama No. 5!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
rabun warna

Lelaki Paling Ramai Buta Warna, Tapi Jangan Risau! Ada Cermin Mata Khas Untuk Si Rabun Warna

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
sup tulang

Ini Kebaikan Bone Broth Pada Si Kecil, Bolehlah Ibu Campurkan Ke Dalam Makanan Anak Nanti

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 21/10/2020 . 3 minit bacaan